Walau bagaimanapun, kesan sampingan ini tidak berlarutan dalam jangka masa yang panjang. Malah, buat masa ini, tidak ada sebarang masalah kesihatan lain yang dikesan.
Namun, saintis mendapati mereka yang mengambil dua dos vaksin yang berbeza mempunyai respons antibodi yang lebih tinggi. Malah, responsnya lebih kuat berbanding mereka yang mengambil dua dos vaksin AstraZeneca!
Walau bagaimanapun, mungkin perlu ada banyak lagi kajian lain yang harus dilakukan pada masa hadapan.
Namun, beberapa negara seperti Sepanyol dan German sudahpun menawarkan vaksin Pfizer-BioNtech atau Moderna untuk dos kedua kepada penerima vaksin AstraZeneca.
Di Sepanyol, pemberian vaksin AstraZeneca kepada orang dewasa berusia 60 tahun ke bawah telah dihentikan sepenuhnya disebabkan risiko darah beku yang jarang berlaku.
Kebanyakannya masih belum mendapat suntikan vaksin kedua sehingga hari ini.
Baca juga:
Campur dua vaksin bukanlah perkara luar biasa

Walaupun kedengaran pelik, campur dua vaksin bukanlah sesuatu yang baharu. Malah, saintis yang terlibat dengan vaksinasi untuk HIV sudah lama menimbangkan penggunaan dua dos vaksin yang berbeza untuk penyakit ini.
Namun, hingga hari ini masih belum ada vaksin HIV/AIDS yang efektif. Walaupun begitu, vaksin yang paling efektif telah dihasilkan pada tahun 2012 dan merupakan kombinasi beberapa jenis vaksin yang berbeza.
Vaksin Ebola yang dihasilkan oleh Johnson & Johnson merupakan salah satu contoh vaksin campuran yang digunakan hingga ke hari ini. Vaksin ini juga dapat memberikan imuniti yang berkekalan dalam satu jangka masa yang lama.
Malah, mereka yang bertanggungjawab dalam penghasilan vaksin AstraZeneca juga sedang melihat kemungkinan untuk menggabungkan suntikan pertama vaksin mereka dengan vaksin Sputnik V dari Rusia.
Selain imunisasi yang lebih kuat, amalan campur dua vaksin mungkin dapat menghalang vaksin daripada menjadi kurang efektif terhadap varian baharu.
Sebarang perubahan dalam pemberian vaksinasi juga merupakan sesuatu yang normal. Malah, vaksin influenza juga diolah setiap tahun supaya ia terus efektif dan sejajar dengan pengetahuan yang sedia ada.
Bagaimana pula dengan Malaysia?

Menurut Khairy Jamaluddin, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), buat masa ini kerajaan masih mempertimbangkan manfaat campur dua vaksin.
Namun, beliau juga tidak mahu tergesa-gesa dan ingin mendapatkan data yang lebih banyak sebelum membuat sebarang keputusan. Tetapi, beliau tetap optimis akan penggunaan dua dos vaksin yang berbeza.
Buat masa ini, semua penerima vaksin akan menerima vaksin yang sama untuk kedua-dua dos. Namun, beliau juga tidak menafikan kemungkinan untuk mencampur dua dos vaksin pada masa hadapan.
Menurut WHO pula, masih belum ada data yang cukup untuk menggalakkan amalan campur dua vaksin. Menurut polisi, semua orang perlulah mengambil dua dos vaksin daripada jenis yang sama.
Namun, mereka tidak menolak kemungkinan amalan ini mungkin akan dilakukan pada masa akan datang.
Sains sering berubah dan pengetahuan juga makin berkembang. Malah, dari segi immunologi juga, amalan mencampur dua vaksin bukanlah sesuatu yang mustahil.
Apa yang penting, elakkan memilih vaksin mengikut jenama. Vaksin yang terbaik adalah vaksin yang paling cepat yang boleh anda dapatkan.
Ketika ini, kita sedang bergelut untuk menurunkan jumlah kes harian. Tanpa vaksinasi, kita mungkin akan terus lumpuh dek penyakit berjangkit dan semakin jauh dengan kebebasan yang diingini.
[mc4wp_form id=”115319″]
#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen