backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

3

Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Darah Haid, Bagaimana Nak Tahu Ia Normal @ Tidak?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 03/03/2022

Darah Haid, Bagaimana Nak Tahu Ia Normal @ Tidak?

Apa itu menstruasi? Ia adalah antara fasa perubahan terbesar yang bakal dialami seorang gadis apabila aliran darah haid mereka bermula.

Perkara ini berlaku apabila badan anda alami perubahan daripada fasa kanak-kanak kepada seorang wanita dewasa, ia juga dikenali sebagai proses akil baligh.

Sekiranya anda didatangi haid buat pertama kalinya dan berasa cemas, anda tidak keseorangan tau! Perasaan ini adalah normal dan dialami semua gadis.

Apabila sudah menginjak usia matang ini, kesedaran dan pengetahuan berkaitan kitaran haid yang normal memainkan peranan penting!

Mari fahami apa itu menstruasi yang normal, untuk memulakan kehidupan dewasa yang sihat.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

Apa itu menstruasi?

Bagi menjawab persoalan apa itu menstruasi, ia melibatkan proses pengguguran lapisan rahim wanita melalui faraj setiap bulan, hingga putus haid (menopaus).

Menstruasi juga dikenali dengan istilah haid, period, ‘datang bulan’ atau kitaran, menyingkirkan pengumpulan darah dan tisu haid sekitar setiap 28 hari.

Darah haid, terdiri daripada darah dan sebahagian tisu bahagian dalam rahim, mengalir dari rahim melalui serviks dan keluar dari badan melalui faraj.

Ini adalah sebahagian daripada proses kitaran haid bulanan yang berlaku dalam sistem pembiakan wanita, yang memungkinkan kehamilan.

Setiap orang sama ada remaja lelaki dan perempuan yang bakal memasuki fasa akil baligh harus diajar mengenai haid dan proses yang dilalui oleh wanita ketika badan mereka mempersiapkan diri untuk potensi mengandung.

Kini anda telah mengetahui apa itu menstruasi.

Kitaran haid normal

Apa itu menstruasi

Setelah anda tahu apa itu menstruasi, anda perlu tahu kitaran haid yang normal. Haid atau menstruasi yang normal adalah berbeza bagi setiap wanita. Setiap bulan, salah satu ovari anda akan melepaskan telur (ovum).

Dalam masa yang sama, rahim bakal dipersiapkan untuk membantu janin membesar sekiranya telur itu disenyawakan. Sekiranya proses ini berlaku, anda akan mengandung!

Namun jika tidak, tubuh bakal menyingkirkan lapisan rahim melalui faraj, yang membentuk darah haid.

Kitaran menstruasi dianggap bermula pada hari pertama haid, purata kitaran adalah 28 hari.

Pun begitu, 1 kitaran boleh berkisar antara 21 hari hingga 35 hari.

Langkah-langkah kitaran haid pula dipicu oleh kenaikan dan penurunan zat kimia di dalam badan, iaitu hormon.

Kelenjar pituitari di otak dan ovari pada saluran pembiakan wanita menghasil dan melepaskan hormon tertentu semasa kitaran haid, menyebabkan organ-organ saluran pembiakan bertindak balas dengan cara tertentu.

Fasa khusus yang berlaku semasa kitaran haid dapat dijelaskan seperti berikut:

  1. Fasa haid:  Ini acap kali berlangsung dari hari pertama hingga hari ke 5, adalah waktu di mana lapisan rahim dikeluarkan melalui faraj jika kehamilan tidak berlaku. Sebilangan besar wanita ‘berdarah’ selama 3 hingga 5 hari, tetapi jangka masa antara 2 hingga 7 hari masih dianggap normal.
  2. Fasa follicular: Fasa ini biasanya berlaku dari hari keenam hingga 14. Pada masa ini, tahap hormon estrogen meningkat, menyebabkan lapisan rahim (endometrium) tumbuh dan menebal. Di samping itu, hormon lain (hormon perangsang folikel) memicu pertumbuhan folikel di ovari. Pada hari ke 10 hingga 14, salah satu folikel yang sedang berkembang akan membentuk telur (ovum) yang matang sepenuhnya.
  3. Ovulasi: Fasa ini pula berlaku sekitar pada hari ke-14 dalam kitaran haid 28 hari. Peningkatan hormon yang mendadak (hormon luteinizing) menyebabkan ovari melepaskan telurnya dan proses ini dipanggil ovulasi.
  4. Fasa luteal: Fasa ini berlangsung sekitar hari ke-15 hingga hari ke-28. Setelah telur dilepaskan dari ovari, ia mula bergerak ke rahim melalui tiub fallopio. Tahap hormon progesteron turut meningkat bagi bantu menyiapkan lapisan rahim untuk kehamilan. Sekiranya telur disenyawakan oleh sperma dan menempel pada dinding rahim, anda bakal hamil. Sekiranya kehamilan tidak berlaku, tahap estrogen dan progesteron menurun dan lapisan rahim yang menebal bakal disingkirkan semasa haid.

Usia haid bermula

apa itu menstruasi

Sebilangan besar gadis alami haid buat kali pertama ketika berusia antara 10 hingga 15 tahun.

Secara purata pula berusia sekitar 12 tahun, namun tubuh setiap gadis mempunyai ‘jadualnya’ tersendiri.

Walaupun tidak ada usia yang tepat bagi seorang gadis mendapatkan haidnya, namun terdapat beberapa petunjuk ‘datang bulan’ yang boleh dikenal pasti.

Biasanya, seorang gadis bakal didatangi haid sekitar 2 tahun selepas payudaranya mula membesar.

Tanda lain pula adalah cecair keputihan (seperti lendir) yang mungkin dilihat atau dirasakan pada seluar dalam.

Keputihan ini biasanya bermula sekitar 6 bulan hingga setahun sebelum seorang gadis memperoleh haid pertamanya.

Gejala haid normal

Pada bulan tertentu, payudara anda mungkin terasa agak sakit ketika datang haid.

Dalam bulan-bulan lain pula, anda mungkin alami masalah kekembungan perut atau perubahan mood.

Antara simptom haid normal yang lain turut merangkumi:

  • Jerawat
  • Craving makanan
  • Masalah tidur
  • Payudara terasa sakit
  • Kembung
  • Moody
  • Kekejangan di bahagian bawah perut dan belakang

Untuk makluman pembaca, setiap haid tidak sama. Dalam kebanyakan situasi, haid yang tidak teratur atau abnormal tidak memerlukan perhatian perubatan.

Jumpa doktor

Segera temui doktor di klinik atau hospital berdekatan sekiranya:

  • Anda alami aliran darah yang lebih berat berbanding biasa
  • Perlu menukar pad atau tampon setiap jam

Apa itu menstruasi

  • Haid berlangsung lebih dari 7 hari
  • Tidak didatangi haid selama lebih dari 90 hari
  • Anda mengalami kesakitan yang teruk
  • Anda mungkin hamil (telah melakukan hubungan seks dan haid anda sekurang-kurangnya lewat 5 hari)
  • Anda masih belum mula haid di usia 16 tahun
  • Haid terhenti secara tiba-tiba
  • Anda tiba-tiba berasa sakit setelah menggunakan tampon
  • Haid masih belum kembali dalam masa 3 bulan pasca penggunaan pil pencegah kehamilan dan yakin tidak hamil
  • Mempunyai pertanyaan atau kebimbangan mengenai haid atau potensi kehamilan

#IWD2022 #StandStrong

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 03/03/2022

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan