backup og meta

Lebih Terangsang Jika Encik Suami 'Main' Kasar? Ini Sebab Ada Wanita LEBIH PUAS Bila Seks Ganas!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 20/10/2022

    Lebih Terangsang Jika Encik Suami 'Main' Kasar? Ini Sebab Ada Wanita LEBIH PUAS Bila Seks Ganas!

    Seks… Ia cukup sinonim dengan unsur kenikmatan, keseronokan, keintiman dan yang seangkatan dengannya. Tiada pula kita dengar seks dikaitkan dengan kesakitan, kan? Ternyata, wujud golongan yang menganggap rasa sakit ketika bersama suami sebagai 1 nikmat!

    Jika betul, tidak mustahil jika ada mana-mana wanita di luar sana yang menikmati rasa sakit pecah dara pada malam pertama, kan?

    Sekiranya anda ingin memahami perkara di luar kebiasaan ini dengan lebih lanjut, teruskan pembacaan ya!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Seksual, sila dapatkannya di sini.

    Kesakitan fizikal sebagai sumber kenikmatan

    Seseorang individu mungkin alami kesakitan ketika bersama disebabkan pelbagai punca yang berkaitan dengan kesihatan, seperti kondisi vaginismus, kecederaan atau jangkitan pada vulva/faraj, mahupun kecederaan serta jangkitan pada zakar/buah zakar.

    Jika anda mengalami kesakitan atau ketidakselesaan lain pada alat kelamin saat bersenggama, adalah disarankan untuk bercakap dengan doktor atau golongan profesional kesihatan mengenainya.

    Manakala, bagi individu dewasa yang sihat dan saling bersetuju untuk menambah rencah ke dalam kehidupan seks mereka dengan melakukan perkara di luar kebiasaan, ini adalah bermanfaat dan digalakkan!

    Ia boleh melibatkan sebahagian daripada amalan BDSM (istilah digunakan untuk menggambarkan aspek seks yang melibatkan dominasi, kepatuhan, dan kawalan).

    Tetapi, yang menjadi persoalannya, bagaimana kesakitan boleh ditukar menjadi nikmat?

    sakit ketika bersama suami

    Menurut teori evolusi manusia dan mamalia lain, kesakitan berfungsi terutamanya sebagai sistem amaran, yang menjadi indikasi kepada bahaya ancaman fizikal.

    Contohnya, kesan terbakar atau melecur adalah menyakitkan, lantas ia mengekang kita daripada menyentuh atau terdedah kepada bahaya api.

    Namun, secara fisiologi, rasa sakit dan nikmat sebenarnya mempunyai lebih banyak persamaan daripada yang disangka!

    Penyelidikan telah menunjukkan, kedua-dua sensasi kesakitan dan kenikmatan mengaktifkan mekanisme saraf yang sama di otak.

    Keseronokan dan kesakitan keduanya terikat dengan sistem dopamin dan opioid yang berinteraksi di otak, mengawal neurotransmitter yang terlibat dalam tingkah laku yang didorong oleh aspek ganjaran atau motivasi; makan, minum, dan seks.

    Untuk makluman, rasa ‘syok’ yang dialami mereka yang gemarkan sensasi menyakitkan untuk membangkitkan nafsu syahwat adalah sama dengan apa yang dirasai para atlet ketika mereka memaksa tubuh berlatih melepasi had.

    Sukakan rasa sakit ketika bersama suami? Mengapa?

    #1 Semuanya bermula dengan kimia otak!

    Seperti yang telah dikupaskan di atas, penjelasan di sebalik kenikmatan rasa sakit ketika bersama suami atau sakit pecah dara berkaitan dengan  kimia otak, menurut Dr. Jess O’Reilly, Ahli Seksologi (PhD), Pengarang dan Personaliti TV.

    Tubuh anda melepaskan hormon termasuk endorfin sebagai tindak balas terhadap kesakitan, dan ini juga adalah hormon sama yang melonjakkan keseronokan seksual dan mempromosikan ikatan antara pasangan.

    Reseptor kesakitan dan kenikmatan dapat bertindak balas dengan cara yang sama, mendorong pelepasan melatonin dan serotonin di otak.

    Tambah beliau lagi, wanita lebih cenderung memberi respons terhadap rangsangan fizikal, berbeza dengan lelaki yang lebih gemarkan rangsangan visual dan lisan.

    Menikmati rasa sakit ketika bersama suami juga boleh berlaku dek kerana wanita dikatakan mempunyai toleransi kesakitan yang lebih tinggi.

    #2 Rasa sakit boleh tingkatkan sensasi seksual?

    Salah satu sebab sesetengah orang menikmati rasa sakit ketika bersama suami adalah kerana ia menambahkan nafsu seksual dengan peningkatan sensasi fizikal.

    Pun begitu, dalam banyak-banyak jenis ‘aktiviti ganas’, adalah penting untuk mengenal pasti sama ada anda sukakannya atas dasar fizikal ataupun aspek mental.

    Ini kerana, secara fizikal, rasa sakit ketika melakukan aktiviti seksual dikatakan membuatkan mood menjadi lebih seksi dan menggoda!

    Apabila rasa sakit atau impak dikenakan, darah bakal naik ke permukaan kulit, membuatkan badan terasa lebih sensitif, lantas menjadikan kalian lebih mudah terangsang!

    #3 Lakukan seks di luar tabii boleh jadi menyeronokkan!

    sakit ketika bersama suami

    Menikmati rasa sakit ketika bersama suami juga boleh terjadi dek kerana keseronokan yang dirasai apabila melakukan perbuatan di luar norma kebiasaan.

    Sensasi yang dirasai ketika seks ganas, ditambah pula dengan idea nakal melalui ‘aktiviti’ seks di luar tabii boleh menjadi 1 perkara menyeronokkan untuk dibuat bersama pasangan!

    Dr. O’Reilly juga bersetuju, unsur-unsur terlarang dapat mewujudkan hubungan antara rasa nikmat dan kesakitan.

    Seks boleh menjadi 1 perkara yang ‘membebaskan’ anda daripada cengkaman realiti dunia.

    Justeru, bagi individu dengan gaya hidup atau hubungan yang stabil dan mudah diramalkan, anda mungkin lebih tertarik dengan seks ganas atau BDSM untuk meloloskan diri daripada kenyataan.

    Kemungkinan manfaat-manfaat psikologi

    Apabila seseorang mengalami kesakitan fizikal dan dalam konteks yang berbeza, turut mengalami perubahan emosi positif, rasa sakit pecah dara yang dirasai berkurangan.

    Dalam bahasa yang lebih mudah, emosi positif yang diperolehi daripada aktiviti seksual bersama pasangan berupaya menenggelamkan rasa sakit dialami.

    Pada masa yang sama, kesakitan yang dialami secara sukarela semasa bersenggama secara mengejutkan juga, memberi kesan psikologi dan hubungan interpersonal yang positif!

    Tambah lagi, kajian dari tahun 2015 mendapati, majoriti individu yang mengamalkan seks BDSM melaporkan pengurangan tahap tekanan dan kebimbangan. Hebat bukan?

    Pokok pangkalnya, terdapat pelbagai sebab yang membuatkan rasa sakit ketika bersama suami sebagai 1 kenikmatan untuk sesetengah orang.

    Mereka mungkin sukakan sensasi fizikal yang dirasai, atau ia mungkin lebih daripada itu.

    Walau apa pun alasannya, tiada salahnya untuk kalian terokai gabungan sakit ketika bersama suami dan kenikmatan ketika bersama, mana tahu ‘kombinasi’ itu sesuai untuk anda dan pasangan, kan?

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 20/10/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan