Darah haid berketul? Kondisi ini boleh terjadi kepada mana-mana wanita ketika datang bulan, dan kadangkala ia juga mampu menimbulkan kerisauan.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group
Darah haid berketul? Kondisi ini boleh terjadi kepada mana-mana wanita ketika datang bulan, dan kadangkala ia juga mampu menimbulkan kerisauan.
Haid ialah proses semula jadi dan normal yang dialami semua wanita bermula usia akil baligh.
Kaum Hawa mungkin berasa bimbang melihat darah haid berketul ketika menstruasi, tetapi perkara ini adalah normal dan jarang menimbulkan risiko komplikasi.
Untuk pengetahuan kalian, darah haid berketul adalah campuran sel darah, tisu dari lapisan rahim, dan protein dalam darah yang membantu mengatur aliran haid.
Sekiranya anda tertanya-tanya bagaimana gumpalan darah ini berlaku, jom ikuti artikel ini!
Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan kesihatan wanita, anda boleh klik di sini.
Sebilangan besar wanita usia subur akan menyingkirkan lapisan rahim mereka setiap 28 ke 35 hari. Lapisan rahim ini juga disebut sebagai endometrium.
Endometrium tumbuh dan menebal sepanjang bulan sebagai tindak balas terhadap estrogen, hormon wanita. Tujuannya adalah untuk membantu menyokong telur yang disenyawakan.
Sekiranya kehamilan tidak berlaku, hormon akan memberi petanda agar lapisan itu gugur, menjadikan proses ini dikenali sebagai haid.
Apabila lapisan rahim digugurkan, ia bakal bercampur dengan:
Campuran elemen ini kemudiannya dikeluarkan dari rahim melalui serviks (pembukaan rahim) lantas ke faraj.
Ketika lapisan rahim digugurkan, ia terkumpul di bahagian bawah rahim, sementara menunggu serviks berkontraksi dan mengeluarkan isinya.
Untuk membantu meleraikan penggumpalan ini, tubuh melepaskan anticoagulants untuk menipis dan membolehkannya melalui serviks dengan lebih mudah.
Namun, ketika aliran darah melebihi kemampuan tubuh untuk menghasilkan anticoagulants, gumpalan haid akan terbentuk.
Darah haid berketul adalah satu perkara normal yang boleh berlaku kepada mana-mana wanita ketika menstruasi.
Bagi kebanyakan kes, kondisi ini bukanlah menjadi satu kebimbangan, tetapi kadangkala ia mampu menjadi indikasi kepada masalah wanita lain.
Ingin tahu apakah masalah kesihatan lain dimaksudkan? Teruskan membaca!
Faktor fizikal dan hormon boleh mempengaruhi kitaran haid anda dan menghasilkan aliran berat.
Aliran menstruasi yang berat akan meningkatkan kemungkinan anda mengalami darah haid berketul.
Semak kitaran haid dan tempoh ovulasi anda dengan menggunakan Kalkulator Kesuburan di sini.
Kondisi rahim membesar atau membengkak boleh memberi tekanan tambahan pada dinding rahim, lantas meningkatkan pendarahan dan penggumpalan haid.
Bukan itu sahaja, kondisi ini juga berisiko mengganggu keupayaan rahim untuk berkontraksi.
Apabila rahim tidak berkontraksi dengan betul, darah bakal menggumpal di dalam rongga rahim.
Di samping itu, obstruksi rahim turut boleh disebabkan oleh:
Fibroid adalah ketumbuhan di dinding rahim yang bukan bersifat kanser. Selain pendarahan haid yang berat, ia juga berisiko menyebabkan:
Apa yang membimbangkan, sehingga 80% daripada golongan wanita dipercayai akan memperolehi fibroid saat mencecah usia 50 tahun.
Penyebabnya masih tidak diketahui, tetapi genetik dan hormon estrogen serta progesteron mungkin memainkan peranan dalam pembentukannya.
Endometriosis adalah kondisi di mana lapisan rahim tumbuh di luar rahim dan memasuki saluran pembiakan.
Sekitar tempoh haid pula, gejala-gejalanya mampu mengakibatkan:
Sama seperti masalah fibroid, punca sebenar endometriosis masih menjadi tanda tanya bagi pakar.
Bagi yang tidak mengenali kondisi ini, adenomiosis berlaku apabila lapisan rahim, untuk sebab yang tidak dapat dipastikan, tumbuh ke dinding rahim, lantas menyebabkan rahim membesar dan menebal.
Selain pendarahan yang berpanjangan dan berat, kondisi ini berpotensi menyebabkan ukuran rahim menjadi 2 hingga 3 kali ganda lebih besar!
Untuk membesar dan menebal dengan betul, lapisan rahim bergantung pada keseimbangan hormon estrogen dan progesteron.
Sekiranya mana-mana hormon tersebut menjadi tidak seimbang, wanita berisiko untuk mengalami pendarahan haid yang berat.
Beberapa perkara yang boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon merangkumi:
Tambahan itu, gejala utama ketidakseimbangan hormon adalah haid yang tidak teratur.
Untuk mendiagnosis punca gumpalan darah haid yang tidak normal, doktor akan bertanya mengenai tanda dan gejala dialami, melakukan ujian darah atau pencitraan, pemeriksaan fizikal, atau kesemuanya sekali.
Mengetahui punca sebenar akan membolehkan doktor mencadangkan rawatan yang paling sesuai bagi pesakit.
Doktor juga mungkin menyarankan mengambil suplemen zat besi jika pesakit didapati kehilangan terlalu banyak darah atau berisiko mengalami anemia (badan kekurangan sel darah merah).
Selain itu juga, ada beberapa tip yang boleh dilakukan pesakit di rumah, seperti:
Bagi ubat-ubatan pula, doktor mungkin menetapkan ubat hormon untuk membantu menyeimbangkan hormon dan mengawal pendarahan berat.
Bukan itu sahaja, mereka mungkin turut mencadangkan untuk gunakan atau mengubah kaedah perancang kehamilan.
Peranti intrauterin (IUD) yang mengandungi progestin dapat mengurangkan aliran darah, dan beberapa jenis pil perancang juga boleh membantu.
Untuk mengenal pasti jenis rawatan terbaik buat anda, pastikan untuk mendapatkan khidmat nasihat doktor atau pakar sebelum membuat apa-apa keputusan ya!
Baca juga:
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen