βDatang bulanβ bukanlah momen yang ditunggu-tunggu oleh segelintir wanita kerana potensi berlakunya PMS, kekejangan dan kembung perut. Namun bagaimana pula jika anda didatangi haid dua kali sebulan?
Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim Β· Dokter Umum Β· Hello Health Group
βDatang bulanβ bukanlah momen yang ditunggu-tunggu oleh segelintir wanita kerana potensi berlakunya PMS, kekejangan dan kembung perut. Namun bagaimana pula jika anda didatangi haid dua kali sebulan?
Kitaran haid yang normal bagi wanita dewasa adalah antara 21 dan 35 hari, namun adalah tidak menghairankan jika seseorang wanita itu mengalami perubahan bulanan dalam kitaran haid mereka.
Baca lebih lanjut tentang Kesihatan WanitaΒ di sini.
Sepanjang anda didatangi haid, anda mungkin akan mengalami situasi ini; kitaran haid berlangsung selama beberapa hari atau lebih sedikit daripada bulan sebelumnya, atau mungkin bermula lebih awal atau lambat daripada kitaran sebelumnya.
Perkara ini adalah normal, namun kadang-kadang, anda mungkin didatangi haid dua kali sebulan.
Sekiranya kitaran period anda berada di hujung spektrum yang lebih pendek,Β anda boleh datang bulan pada awal dan akhir bulan yang sama. Jika ini yang berlaku, tiada apa yang perlu dirisaukan.
Tetapi jika anda mengalami pendarahan di luar kitaran haid normal atau datang haid dua kali sebulan, perkara pertama yang harus dilakukan adalah untuk mengenal pasti sama ada ia adalah disebabkan pendarahan atau darah haid.
Sekiranya anda mengalami pendarahan haid, anda harus menggunakan tuala wanita atau tampon setiap beberapa jam.
Darah haid anda ini mungkin berwarna merah, coklat, ataupun merah jambu.
Sebaliknya, jika anda mengalami masalah pendarahan, darah yang keluar tidak akan cukup untuk mengisi tuala wanita atau tampon.
Darah ini kebiasaannya akan berwarna merah gelap atau coklat.
Setelah anda tentukan sama ada darah yang keluar disebabkan pendarahan atau darah haid, anda boleh mula mencari punca yang mungkin menyebabkan pendarahan tersebut berlaku.
1. Perimenopause
Perimenopause juga boleh menjadi penyebab berlakunya masalah ini. Ini adalah ketika tempoh menjelang menopaus, di mana hormon anda mulai berubah.
Tempoh perimenopause berbeza di antara wanita dan mungkin berlangsung hingga 10 tahun.
Selama tempoh ini, anda mungkin mengalami kitaran haid yang lebih pendek atau lebih lama, pendarahan yang lebih ringan atau lebih berat.
2. Endometriosis
Keadaan ini mengakibatkan pertumbuhan tisu yang serupa dengan tisu rahim di kawasan lain bahagian badan anda.
Gejala endometriosis termasuklah sakit dan kekejangan pada perut serta pendarahan yang tidak teratur.
Kadang-kadang pendarahan yang dialami mungkin menjadi sangat berat sehingga menyerupai haid.
3. Fibroid
Ini adalah satu ketumbuhan di rahim, dan biasanya tidak agresif atau menjadi kanser, tetapi boleh menyebabkan pendarahan yang berat semasa haid.
Gejala tambahan fibroid rahim termasuk:
4. Masalah tiroid
Masalah tiroid seperti hipertiroidisme dan hipotiroidisme juga boleh menyebabkan haid dua kali sebulan. Ini kerana, masalah tiroid boleh menyumbang kepada ketidakteraturan kitaran haid.
Dalam hipotiroidisme, kelenjar tiroid anda tidak aktif dan tidak dapat membuat hormon tiroid yang mencukupi.
Tanda dan gejala hipotiroidisme termasuk:
Anda harus berjumpa dengan doktor sekiranya anda mengalami perkara-perkara berikut:
Rawatan masalah ini bergantung kepada penyebab terjadinya pendarahan. Walau bagaimanapun, wanita yang mempunyai kitaran haid yang pendek secara semula jadi atau yang berada di peringkat awal akil baligh tidak memerlukan rawatan.
Doktor anda mungkin mencadangkan kawalan kelahiran hormon sebagai rawatan kerana ia dapat membantu mengatur haid dan menyelesaikan potensi masalah anemia yang berlaku akibat pendarahan yang banyak.
Untuk hipotiroidisme pula, doktor anda mungkin mencadangkan terapi penggantian hormon tiroid oral.
Selain itu, semasa perimenopause, doktor mungkin mencadangkan terapi hormon untuk mengatur haid anda sehingga ketika anda memasuki menopaus.
Sekiranya anda mempunyai fibroid rahim, doktor anda mungkin mengesyorkan terapi yang berbeza, termasuk alat intrauterin, embolisasi arteri rahim, atau pembedahan.
Anda juga harus membuat perubahan gaya hidup untuk mengurangkan tahap tekanan anda kerana stres juga dapat mempengaruhi kitaran haid anda.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen