backup og meta

Pengguguran Bukan Punca Utama Bunuh Diri

Pengguguran Bukan Punca Utama Bunuh Diri

Berdepan tekanan masalah sering dikaitkan dengan punca membunuh diri. Manakala individu wanita pernah menggugurkan kandungan, ia dikatakan faktor utama mendorong tindakan ‘mencabut’ nyawa sendiri. Benarkah?

Bunuh diri sebab menggugurkan kandungan?

Dalam sebuah artikel yang diterbitkan dalam American Journal of Psychiatry, pakar psikiatri forensik, Dr Liza Gold mencatatkan, “Pada tahun 1990-an dan awal 2000-an, undang-undang ‘postabortion trauma syndrome’ dengan kesan fizikal dan emosi digunakan untuk menentang prosedur pengguguran.

Sindrom ini melibatkan masalah kemurungan yang sukar dijelaskan, menjejaskan naluri keibuan yang mungkin menyebabkan penderaan atau pengabaian kanak-kanak pada kemudian hari, rasa bersalah yang kuat serta pemikiran dan keinginan membunuh diri.

Kepercayaan ini diguna pakai oleh beberapa buah negeri. Di mana individu wanita yang ingin menggugurkan kandungan akan diberitahu mengenai kesan mental yang mungkin akan dialami selepas melakukan pengguguran. 

Kajian analisis

Walau bagaimanapun, dalam satu kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat, penyelidik menyatakan bahawa prosedur pengguguran kandungan oleh wanita tidak menyebabkan peningkatan risiko untuk membunuh diri.

Penyelidik daripada University of Maryland mengkaji sejumlah 523,380 individu wanita di Denmark bagi mengesan kemungkinan wujudnya kaitan antara prosedur pengguguran dengan percubaan membunuh diri.

Kajian yang dilakukan itu menganalisis data untuk tempoh lebih daripada 17 tahun kepada wanita berusia antara 18 hingga 36 tahun. Ia lebih memfokuskan kepada individu yang pernah menggugurkan kandungan dan percubaan membunuh diri yang tidak berjaya. 

Dalam kajian tersebut, didapati bahawa wanita yang menggugurkan kandungan cenderung untuk mengakhiri kehidupan mereka. Namun proses pengguguran yang dilakukan bukanlah penyebab utama.

Sebaliknya, ia dipengaruhi oleh keadaan kesihatan mental seseorang individu. Ini di mana tekanan dan situasi mental yang dialami sebelum hamil dipercayai mendasari percubaan membunuh diri.

Hasil penyelidikan

Sepanjang tempoh kajian, terdapat 8.9 percubaan membunuh diri daripada 1,000 individu pada tahun sebelum pengguguran dan 8.6 percubaan selepas prosedur menggugurkan kandungan berlaku. 

Angka ini kemudiannya berkurangan kepada 4.6 percubaan bagi setiap 1,000 individu bagi lima tahun selepas itu. Catatan penurunan terus berlaku kepada 2.2 percubaan selepas tempoh lima tahun itu. Jumlah 2.2 itu adalah kadar yang sama dengan individu wanita yang tidak pernah melakukan pengguguran kandungan.

Angka yang dicatatkan ini menunjukkan bahawa individu wanita yang menggugurkan kandungan sebenarnya lebih berdepan risiko kecenderungan untuk membunuh diri sebelum pengguguran itu berlaku dan bukan selepasnya. 

Apa kata penyelidik

Daripada penyelidikan yang diterbitkan dalam jurnal The Lancet Psychiatry, saintis memberitahu bahawa risiko percubaan membunuh diri adalah tinggi dalam kalangan wanita yang melakukan pengguguran, tetapi bukan selepas pengguguran berlaku.

Menurut salah seorang penyelidikan kajian, Dr Julia Steinberg, “Hasil kajian menunjukkan bahawa pengguguran kandungan tidak mempunyai kaitan dengan membunuh diri. Ia sama ada berkaitan dengan pemikiran, rancangan atau cubaan membunuh diri seperti yang diuar-uarkan dalam dasar pengguguran yang diguna pakai oleh beberapa buah negara.”

Kesimpulan

Apa yang boleh disimpulkan daripada kajian yang dilaksanakan ini adalah keinginan untuk membunuh diri tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan pengguguran kandungan yang dilakukan.

Percubaan membunuh diri dalam kalangan wanita adalah lebih disebabkan keadaan kesihatan mental yang terjejas. Jadi penjagaan aspek kesihatan fizikal dan mental secara keseluruhan adalah amat penting dalam menghindari sebarang perlakuan negatif kepada diri. 

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

https://www.dailymail.co.uk/health/article-7702639/Abortion-does-not-increase-womans-risk-attempting-suicide.html /Accessed on Nov 24, 2019

Versi Terbaru

26/11/2019

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Kehadiran Anda Membawa Perbezaan! Ini Cara Bantu Mereka Yang Ingin Membunuh Diri

Bunuh Diri, Mengapa Ramai Pilih Mercu Tanda Ikonik Seperti Jambatan Pulau Pinang?


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 26/11/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan