Pisang Kaya dengan kandungan asid amino tryptophan serta vitamin A, B6 dan C, serat, kalium, fosforus, zat besi dan karbohidrat. Karbohidrat yang membantu dalam meningkatkan emosi juga berperanan dalam penyerapan tryptophan dalam otak, manakala vitamin B6 membantu menukar tryptophan kepada hormon serotonin yang dapat membantu menaikkan emosi.
- Ayam
Isi ayam tanpa lemak atau kulit turut dapat menaikkan emosi dengan membantu meningkatkan pengambilan asid amino tryptophan – yang dapat membantu penghasilan serotonin – salah satu neurotransmiter yang paling penting berkaitan emosi. Ayam juga mengandungi asid amino lain yang dipanggil tirosin yang dapat membantu mengurangkan simptom kemurungan.
- Strawberi
Merupakan antara buah dalam kumpulan beri yang paling digemari. Ia kaya dengan pelbagai vitamin dan nutrien seperti vitamin A dan C serta mangan (kandungan mineral). Dapat meningkatkan bahan kimia yang menghasilkan rasa gembira pada bahagian otak.
Anda mungkin berminat untuk membaca:
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen