home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Kehadiran Anda Membawa Perbezaan! Ini Cara Bantu Mereka Yang Ingin Membunuh Diri

Kehadiran Anda Membawa Perbezaan! Ini Cara Bantu Mereka Yang Ingin Membunuh Diri

Bukan mudah untuk menenangkan seseorang yang mempunyai niat untuk bunuh diri.

Malah, jika didekati oleh mereka yang menyuarakan hasrat ingin membunuh diri, pasti ramai yang akan rasa serba salah dan tidak tahu cara yang terbaik untuk mengendalikan situasi ini.

Sebenarnya, anda boleh bantu mereka yang mempunyai niat untuk membunuh diri. Malah, tindakan anda boleh menjadi penyelamat ketika mereka sedang bergelut dengan kehidupan mereka.

Mereka yang mempunyai niat untuk membunuh diri selalunya akan mengalami perubahan dari segi tingkah laku.

Jika mereka menyuarakan sebarang keinginan untuk membunuh diri ataupun mencari jalan untuk melakukannya, anda perlu lakukan sesuatu untuk membantu mereka.

Fahami mereka yang ingin bunuh diri

tanda bunuh diri

Individu yang mempunyai keinginan ini selalunya dibutakan oleh perasaan sedih, kecewa dan hampa yang keterlaluan.

Mereka juga tidak dapat mencari jalan lain untuk keluar daripada situasi mereka sekarang melainkan dengan cara membunuh diri.

Mereka yang mempunyai niat untuk membunuh diri berada dalam risiko yang paling tinggi jika mereka mempunyai PELAN untuk membunuh diri, CARA untuk melakukannya dan BILA mereka akan melakukannya.

Paling penting sekali, mereka perlulah mempunyai NIAT untuk membunuh diri. Mereka yang mempunyai semua faktor ini adalah dalam keadaan yang berbahaya.

Sebagai sahabat ataupun ahli keluarga yang prihatin, ini beberapa langkah yang anda boleh lakukan untuk menolong insan yang anda sayang keluar daripada situasi ini.

1. Tanya sama ada mereka OK

Tanya sama ada niat untuk membunuh diri pernah terlintas dalam fikiran mereka.

Soalan yang ringkas dan padat ini cukup untuk membuatkan individu yang mempunyai tekanan perasaan untuk bertindak meluahkan perasaan sebenar mereka.

Selain itu, anda juga boleh tanya soalan lain seperti ‘bagaimana anda boleh membantu’ dan ‘apa yang menyebabkan anda rasa sakit’?

Walaupun anda sebenarnya sedang bertanya, namun dalam keadaan ini anda sepatutnya menjadi pendengar yang setia.

Pastikan anda menumpukan sepenuh perhatian kepada mereka dan dengar jawapan mereka dengan serius. Elakkan daripada memberi komen negatif ataupun cuba menafikan perasaan mereka.

Ramai yang rasa takut untuk bertanya tentang keadaan seseorang kerana risau mereka akan jadi semakin tertekan.

Malah, walaupun mereka menunjukkan tanda untuk bunuh diri, masih ramai yang tidak mahu untuk masuk campur kerana takut menjadi trigger atau punca mereka bunuh diri.

Namun, kenyataan di atas tidak semestinya benar. Malah, dengan mengajak mereka untuk berkomunikasi dan bercakap, mereka lebih berkemungkinan untuk tidak meneruskan niat mereka untuk membunuh diri.

2. Cuba untuk ada bersama mereka

tanda bunuh diri

Walaupun anda hanya bercakap dengan teman atau ahli keluarga anda yang mempunyai niat untuk membunuh diri melalui corong telefon, tapi semua ini masih lagi dikira sebagai satu langkah oleh anda untuk kekal berada di samping mereka.

Jika anda pernah berjanji untuk terus menyokong mereka, pastikan anda boleh kotakan janji anda.

Walau bagaimanapun, tidak mengapa jika anda tidak boleh penuhi semua permintaan mereka.

Berada bersama seseorang ketika mereka mempunyai niat untuk membunuh diri merupakan sesuatu yang boleh menyelamatkan nyawa, lebih-lebih lagi jika mereka amat berisiko untuk mencederakan diri sendiri.

Menurut kajian, individu yang tidak lagi berada dalam isolasi dan mempunyai teman untuk bercakap kurang berisiko untuk bertindak secara tidak rasional.

Dengan menemani rakan ataupun ahli keluarga anda yang suicidal, anda mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk memulihkan keadaan.

3. Pastikan mereka mendapat pertolongan daripada pakar

Mereka yang mempunyai niat untuk membunuh diri selalunya akan rasa ragu-ragu untuk berjumpa pakar. Mereka mungkin rasakan mereka tidak memerlukan khidmat daripada pakar psikiatri.

Walaupun sukar, cuba pujuk mereka untuk berjumpa doktor ataupun ahli psikiatri secepat mungkin.

Memang benar anda boleh menemani mereka ketika mereka melalui masa yang sukar, namun anda bukanlah seorang doktor ataupun ahli psikiatri.

Terangkan kepada mereka tentang kepentingan mendapatkan bantuan pakar, lebih-lebih lagi ketika mental mereka berada dalam keadaan rapuh.

Jika mereka enggan, pujuk mereka untuk bercakap dengan seseorang yang mempunyai autoriti yang lebih rendah seperti guru, kumpulan sokongan ataupun badan NGO seperti Befrienders yang boleh membantu.

Menurut kajian, ramai yang bertindak mendapatkan khimat professional akan rasa lega, lebih tenang dan kurang tertekan setelah mereka bercakap dengan seseorang yang lebih pakar.

Jangan abaikan tanda bunuh diri

bunuh diri

Jika seseorang bercakap mengenai keinginan mereka untuk bunuh diri ataupun mempunyai tingkah laku yang mencurigakan, jangan pernah abaikan tanda tersebut dengan harapan ia akan pulih dengan sendirinya.

Anda tidak mempunyai sebarang tanggungjawab untuk menghalang orang lain daripada membunuh diri. Namun, intervensi yang anda lakukan mungkin dapat membantu mereka kekal selamat dan boleh mendapatkan rawatan yang sepatutnya.

Bunuh diri paling banyak berlaku dalam kalangan mereka yang berumur 65 tahun ke atas. Selalunya, mereka dihantui rasa sunyi yang amat sangat dan tidak mempunyai sebarang sebab lagi untuk meneruskan kehidupan.

Oleh sebab itu, jangan pernah abaikan orang yang berada di sekeliling anda. Perhatikan sebarang perubahan dari segi tingkah laku seperti gemar mengasingkan diri atau sering bercakap mengenai kematian.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. HelpGuide. 2020. Suicide Prevention. September. Accessed November 9, 2020. https://www.helpguide.org/articles/suicide-prevention/suicide-prevention.htm.
  2. Mayo Clinic. 2018. Suicide: What to do when someone is suicidal. January 31. Accessed November 9, 2020. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/suicide/in-depth/suicide/art-20044707.
  3. Rethink Mental Illness. n.d. Suicidal thoughts – How to support someone. Accessed November 9, 2020. https://www.rethink.org/advice-and-information/carers-hub/suicidal-thoughts-how-to-support-someone/.
  4. Teens Health. 2020. My Friend Is Talking About Suicide. What Should I Do? October. Accessed November 9, 2020. https://kidshealth.org/en/teens/talking-about-suicide.html.
  5. The National Suicide Prevention Lifeline. n.d. Help Someone Else. Accessed November 9, 2020. https://suicidepreventionlifeline.org/help-someone-else/.
Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Fatin Zahra Disemak pada 03/05/2021
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
x