Penurunan berat badan susah dilakukan? Pelikkan kenapa ada individu makan banyak tapi berat badan tak naik-naik. Perut ada cacing ke apa? Ke mana tah perginya semua nutrisi makanan yang diambil oleh mereka.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group
Penurunan berat badan susah dilakukan? Pelikkan kenapa ada individu makan banyak tapi berat badan tak naik-naik. Perut ada cacing ke apa? Ke mana tah perginya semua nutrisi makanan yang diambil oleh mereka.
Walaupun matlamat utama adalah untuk menurunkan berat badan, namun, anda perlu mengambil kira jenis makanan yang dapat memberikan kebaikan kesihatan optimum.
Hakikat penurunan berat badan adalah anda tidak perlu mengambil makanan yang sihat untuk kurus dan jika anda mengambil makanan yang sihat secara berlebihan, anda tetap akan menjadi gemuk.
Fokus anda seharusnya diletakkan kepada kesan penurunan berat badan dalam jangka masa panjang.
Pengiraan kalori mungkin memberikan sedikit sebanyak gambaran mengenai kenaikan atau penurunan berat badan namun ia tidak dapat memberikan gambaran kesihatan yang tepat.
Makanan berkualiti rendah yang mempunyai kandungan gula dan lemak tinggi seperti makanan segera, air bergula, makanan bergoreng dan makanan dengan indeks glisemik tinggi seperti kentang perlu dikurangkan pengambilannya.
Ini akan membantu anda untuk mencapai nilai berat badan lebih ideal.
Jangan risau, Pengarah Perhubungan Saintifik dan Perkembangan Kajian Asia Pasifik di Herbalife Nutrition, Alex Teo, berkongsikan caranya.
Menurut Alex, falsafah yang dipegang oleh syarikat Herbalife Nutrition melibatkan penggunaan suplemen dan makanan yang berkhasiat dalam mencapai tahap kesihatan optimum.
Menurutnya lagi, terdapat 7 elemen penting yang melengkapi gaya pemakanan seimbang.
Jika dibandingkan dengan nutrisi lain, makanan mengandungi protein tinggi boleh membuatkan seseorang individu itu untuk kenyang lebih lama.
Makanan berasaskan protein boleh diambil adalah ikan, ayam, kekacang dan bijirin.
Perkara yang perlu anda tahu adalah tidak semua protein mengandungi asid amino sama. Terdapat 20 jenis asid amino dan perbezaan susunannya boleh mencecah berjuta-juta jenis protein yang mempunyai fungsi spesifik di dalam badan.
Protein, secara amnya, terbahagi kepada 3:
Ada juga jenis sumber protein tumbuh-tumbuhan yang menggunakan air dan tenaga sedikit bagi menghasilkan jumlah yang sama banyak dengan protein yang berteraskan sumber haiwan.
Ia digelar sebagai protein baru (new protein) dan kebanyakan sumber lemak dan karbohidrat telah dibuang. Sebagai contoh, protein soya yang sering digunakan di dalam pelbagai jenis makanan bagi meningkatkan kandungan protein makanan tersebut.
Pengambilan makanan berprotein membantu anda dalam mencapai berat badan ideal dan dalam masa sama, mengekalkan jisim tubuh badan tanpa lemak.
Mudah atau tidak, bagi individu yang mempunyai berat badan berlebihan, pengurangan berat badan perlu digalakkan bagi menghindarkan mereka daripada risiko penyakit obesiti dan penyakit kronik.
Jika anda mengalami masalah atau keliru berkaitan dengan jenis nutrisi yang perlu anda ambil, berjumpalah dengan doktor untuk mendapatkan khidmat nasihat kesihatan.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen