backup og meta

Ada Masalah Mesti Terfikir Nak Bunuh Diri, Ayuh Tanganinya Dengan Baik Mengikut Cara Ini

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 15/05/2023

    Ada Masalah Mesti Terfikir Nak Bunuh Diri, Ayuh Tanganinya Dengan Baik Mengikut Cara Ini

    Apakah punca bunuh diri? Adakah disebabkan masalah peribadi, tekanan hidup atau faktor lain yang tidak dapat kita kenal pasti? Tahukah anda, setiap tahun, hampir 703 000 di seluruh dunia bertindak membunuh diri.

    Bunuh diri merupakan satu tragedi yang dapat memberi impak buruk terhadap keluarga, masyarakat dan juga negara.

    Tidak dinafikan, ada masanya sesetengah individu mungkin merasa terdesak dan tertekan atas masalah yang dihadapi dalam hidup mereka. Ini merupakan antara punca bunuh diri yang lazim menjadi pemicu. 

    Malah anda juga mungkin pernah terfikir untuk membunuh diri apabila berdepan dengan situasi yang terlalu membebankan dalam kehidupan anda.

    Apa yang perlu dilakukan sekiranya berdepan dengan situasi sedemikian?

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Mental, sila dapatkannya di sini.

    1. Dapatkan bantuan profesional untuk kenal pasti punca bunuh diri

    punca bunuh diri

    Keinginan untuk membunuh diri adalah sangat berbahaya; oleh itu, jadi tidak ada guna untuk melawannya sendiri. Dapatkan bantuan perkhidmatan profesional atau pakar untuk kenal pasti mengapa anda ingin membunuh diri dan cuba bercakap mengenainya untuk solusi.

    Sebagai alternatif, anda boleh mendapatkan terapi atau berjumpa doktor, malah anda juga boleh pergi ke balai polis yang terdekat jika ia adalah satu kecemasan. Jangan malu untuk mendapatkan bantuan.

    2. Hubungi rakan atau individu yang dipercayai

    punca bunuh diri

    Apabila anda bersendirian dengan keinginan anda, risiko bunuh diri meningkat dengan ketara. Jangan pendam kerana ia hanya akan menjadikan keadaan lebih buruk.

    Kenal pasti punca bunuh diri dan kemudian hubungi seseorang yang anda percayai, kemudian luahkan apa yang anda rasa dengan mereka. Ada masanya, bercakap dengan seseorang yang mengambil berat dan bersedia mendengar dapat menghasilkan perubahan. Teruskan berbual sehingga anda berasa tenang.

    Anda mungkin akan berasa malu untuk meluahkan tentang apa yang anda rasa. Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa individu yang menyayangi anda pasti tidak akan menghakimi atau melayani anda dengan cara yang berbeza.

    Mereka pasti akan berasa terharu kerana anda memilih untuk berkongsi luahan anda dengan mereka dan bukan membiarkan sahaja.

    3. Punca bunuh diri disebabkan dadah dan alkohol

    punca bunuh diri

    Punca bunuh diri yang utama ialah penggunaan dadah dan alkohol.

    Terdapat sesetengah individu, apabila berdepan tekanan, daripada menghadapinya, mereka memilih untuk melarikan diri dengan mendekatkan diri kepada dadah dan alkohol. Tanpa mereka sedari, dadah dan alkohol tidak mendatangkan sebarang manfaat. Malah penggunaan dadah dan alkohol ini hanya menjadikan keadaan lebih parah dan berbahaya.

    Ada juga yang memilih untuk menyalahgunakan narkotik dan ubat-ubatan seperti antidepresen untuk menyingkirkan kebimbangan serta keinginan membunuh diri mereka itu. Tetapi ia hanyalah untuk sementara dan akhirnya akan menyebabkan mereka akan bertambah tertekan.

    Baca juga:

    4. Jadikan rumah lebih selamat

    Apabila berdepan dengan keinginan untuk membunuh diri, idea yang baik adalah menjadikan rumah adalah selamat. Ini bermakna anda perlu menyimpan barang atau objek bahaya seperti pisau pencukur, senjata api dan objek tajam. Anda boleh memberikan kepada seseorang yang anda percayai untuk menyimpannya, membuang atau meletakkan ia di tempat berkunci.

    Keingin membunuh diri adalah sangat berbahaya dan individu yang memiliki keinginan seperti ini tidak boleh diabaikan atau dipandang remeh. Adalah lebih baik untuk berkongsi dengan seseorang yang dapat memahami dan boleh menawarkan bantuan apabila anda memerlukannya.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 15/05/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan