Bukan Merokok Sahaja Boleh Tingkatkan Risiko Kanser, Minum Minuman Keras Juga Sama!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 23/10/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Alkohol merupakan salah satu punca kanser yang mungkin ramai orang tidak tahu. Ini kerana, hampir 6% kematian akibat kanser berpunca daripada tabiat minum minuman keras?

Di United Kingdom, hampir 11,900 individu menghidap kanser saban tahun. Malah, mereka juga turut terdedah kepada 200 jenis penyakit termasuklah penyakit kardiovaskular, penyakit berjangkit dan nyanyuk!

Semua jenis minuman beralkohol seperti wine, beer, cocktail, dan liquor terbukti mempunyai kaitan dengan kanser. Malah, pengambilan alkohol yang berlebihan boleh menyebabkan 7 jenis kanser yang berlainan!

Jika anda kerap ambil minuman beralkohol, mungkin sudah sampai masanya untuk anda kurangkan pengambilan ataupun terus berhenti. Untuk pengetahuan anda, mereka yang minum sekali-sekala juga turut mempunyai peningkatan risiko untuk menghidap penyakit kanser!

Kesan alkohol dan kaitannya dengan penyakit kanser

penyakit kanser

The National Toxicology Program di Amerika Syarikat telah menyenaraikan minuman beralkohol sebagai sejenis karsinogen iaitu bahan yang boleh menyebabkan kanser.

Oleh sebab itu, semakin banyak anda minum, semakin besarlah risiko untuk anda menghidap kanser.

Walaupun anda cuma minum segelas sehari, risiko anda untuk menghidap kanser tetap akan meningkat. Untuk pengetahuan anda, 3.5% kematian yang disebabkan oleh kanser di Amerika Syarikat pada tahun 2009 adalah disebabkan oleh pengambilan alkohol.

Tambahan lagi, tabiat minum minuman keras telah terbukti dapat meningkatkan risiko anda untuk menghidap 5 jenis kanser ini:

1.   Alkohol punca kanser payudara

Kajian telah mendapati bahawa wanita yang minum minuman keras lebih berisiko untuk menghidap kanser payudara.

Menurut kajian tersebut, walaupun wanita tersebut minum secara sederhana, mereka masih boleh berhadapan dengan risiko yang lebih tinggi (1.04 kali ganda) untuk menghidap kanser.

Walau bagaimanapun, untuk mereka yang minum secara berlebihan, mereka mempunyai risiko sebanyak 1.5 kali ganda untuk menghidap kanser jika dibandingkan dengan individu yang tidak pernah ambil minuman keras.

Alkohol boleh meningkatkan tahap estrogen dalam badan wanita. Ini merupakan salah satu punca yang mengaitkan antara kanser payudara dan juga tabiat minum minuman keras.

Oleh sebab itu, penting untuk wanita yang tergolong dalam kumpulan berisiko untuk mengurangkan atau terus berhenti mengambil minuman beralkohol supaya risiko kanser payudara dapat dikurangkan. 

2.   Alkohol memberi kesan buruk terhadap hati

Individu yang minum minuman keras dalam satu jangka masa yang panjang berisiko untuk menghidap kanser hati. Untuk pengetahuan anda, pengambilan alkohol yang terlalu banyak boleh merosakkan organ hati.

Oleh sebab itu, mereka yang kerap minum minuman beralkohol akan mudah mengalami inflamasi yang akan meningkatkan risiko kanser.

Mereka yang kerap minum minuman keras didapati dua kali ganda berisiko untuk menghidap dua jenis kanser hati iaitu hepatocellular carcinoma dan intrahepatic cholangiocarcinoma.

3.   Kanser kolorektal disebabkan pengambilan alkohol

penyakit kanser

Individu yang ambil minuman keras secara sederhana akan mengalami peningkatan risiko sebanyak 1.2 kali ganda, manakala mereka yang minum secara berlebihan mempunyai risiko sebanyak 1.5 kali ganda untuk menghidap kanser kolorektal.

Lelaki juga lebih berisiko untuk menghidap kanser ini berbanding wanita. Walau bagaimanapun, tabiat minum minuman keras didapati dapat meningkatkan risiko kanser dalam kalangan kedua-dua jantina.

4.   Punca kanser kepala dan leher

Jika anda juga mengamalkan tabiat merokok disamping minum minuman keras, risiko untuk anda menghidap penyakit kanser kepala dan leher akan meningkat berkali ganda berbanding jika anda cuma ambil minuman keras.

Alkohol akan membuatkan sel yang telah rosak sukar untuk sembuh.

Selain itu, jika anda merokok, alkohol juga akan menyebabkan kesemua bahan kimia dalam rokok untuk turun ke bahagian tekak dan esofagus. 

 Alkohol beri kesan baik terhadap kesihatan?

penyakit kanser

Ada beberapa jenis kajian yang mencadangkan bahawa pengambilan alkohol yang sedikit mungkin boleh membantu fungsi hati. Ini disebabkan alkohol mengandungi sejenis kompaun yang dikenali sebagai polyphenols yang terbukti baik untuk hati.

Walau bagaimanapun, hingga hari ini, masih belum ada bukti yang kukuh mengenai perkara ini. Malah, polyphenols bukan hanya boleh didapati di dalam wain merah, ia juga boleh dijumpai di dalam buah-buahan seperti beri.

Selain itu, sejenis kompoun yang dikenali sebagai resveratrol yang ditemui di dalam anggur juga dikenalpasti dapat mengurangkan kanser.

Namun, sama seperti kajian sebelumnya, pengambilan wain merah mungkin tidak dapat membantu anda untuk mengelakkan kanser. Malah, mereka yang minum red wine masih lagi berisiko untuk menghidap kanser prostat ataupun kanser kolorektal.

Tinggalkan alkohol dan jalani hidup yang lebih sihat

Anda boleh berhenti minum minuman keras jika melakukan beberapa perubahan dalam gaya hidup anda.

Salah satu caranya ialah dengan mencatat pengambilan alkohol harian anda. Jika anda sememangnya seorang peminum minuman keras yang tegar, sebarang bentuk pengurangan boleh membantu anda untuk menurunkan risiko kanser.

Jika boleh, elakkan daripada minum minuman beralkohol setiap hari. Selain itu, anda juga boleh pilih untuk ‘berpuasa’ daripada minuman beralkohol pada hari-hari tertentu.

Mungkin sukar untuk anda terus berhenti daripada minum minuman keras. Walau bagaimanapun, sokongan daripada kawan-kawan serta teman rapat mungkin dapat membantu anda untuk tinggalkan tabiat ini dengan lebih cepat!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Kanser Kolon, Pembunuh Senyap Yang Berbahaya? Awasi Penyebab Sebenar Ia Berlaku!

Mungkin ramai yang masih belum cakna mengenai penyebab kanser kolon yang sebenar bukan? Jom klik artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Kanser, Kanser Kolorektal 13/11/2020 . 3 minit bacaan

MENGEJUTKAN! Tanpa Hubungan Intim Pun Anda Boleh Terkena HPV, Anak Dara Turut Berisiko!

Tahukah anda, jangkitan HPV sebenarnya bukan hanya berlaku disebabkan hubungan intim, ia juga mampu terjadi tanpa libatkan aktiviti seksual!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Seksual 09/11/2020 . 3 minit bacaan

Sejenis Cendawan Dikatakan Boleh Merawat HPV? Jangan Terlambat Untuk Ambil Vaksin!

HPV adalah penyakit jangkitan kelamin yang paling kerap berlaku dan berbahaya. Persoalannya, apa rawatan penyakit HPV? Jom klik untuk tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Seksual 02/11/2020 . 3 minit bacaan

Selalu Susah Nak Tidur? Hati-hati! Makanan & Minuman Ini Boleh Sabotaj Waktu Tidur Anda

Adakah anda mengalami kesukaran tidur pada waktu malam? Jika ya, secara tidak sedar anda mungkin mempunyai insomnia. Apa yang boleh dilakukan?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Insomnia, Tidur Berkualiti 30/10/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

ooforektomi

Ingin Buang Ovari Untuk Cegah Kanser? Ada RISIKO Yang Perlu Anda Ketahui

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 25/01/2021 . 3 minit bacaan
kesan tabiat buruk pada wajah

Tak Guna Membazir Beli Produk Anti Penuaan Mahal-Mahal Jika Masih Buat Tabiat Ini…

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 22/01/2021 . 3 minit bacaan
akibat rokok

Bukan Saja Pembunuh Senyap, Rokok Juga Buat Bibir & Gusi Jadi Lebih Gelap?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 13/01/2021 . 3 minit bacaan
penyakit wanita

Penyakit Tak Mengenal Jantina, Ada 7 Sakit Orang Perempuan Boleh ‘Hinggap’ Pada Lelaki

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 03/12/2020 . 3 minit bacaan