backup og meta

Bukan Bayi Saja Kena Suntik, WARGA EMAS Pun Sama! Ada 5 Vaksin Orang Tua Mesti Ambil

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 01/06/2021

    Bukan Bayi Saja Kena Suntik, WARGA EMAS Pun Sama! Ada 5 Vaksin Orang Tua Mesti Ambil

    Walaupun suntikan vaksin pneumococcal lebih diutamakan kepada bayi, namun perlu diketahui bahawa warga emas juga memerlukan vaksin pneumococcal ini. Selain suntikan ini, ada empat lagi vaksin untuk warga emas yang perlu diambil.

    Ini senarainya.

    Mengapa warga emas perlu mendapatkan suntikan vaksin seperti suntikan vaksin pneumococcal?

    Kanak-kanak dan warga emas adalah antara golongan yang sangat berisiko untuk mendapat jangkitan penyakit.

    Sekiranya warga emas ini bertemu dengan mereka yang mempunyai jangkitan, jangkitan tersebut akan berpindah kepada warga emas dengan mudah sekali.

    Ini kerana, sistem imun atau sistem pertahanan diri warga emas sudah semakin lemah.

    Sistem imun yang lemah ini tidak berkemampuan untuk melindungi tubuh mereka daripada serangan jangkitan secara keseluruhan.

    Oleh sebab itu, mereka memerlukan suntikan vaksin bagi memperkuatkan sistem imun mereka. 

    Berikut adalah senarai lima jenis vaksin yang disarankan untuk warga emas.

    Vaksin untuk warga emas 1: Suntikan vaksin pneumococcal

    suntikan vaksin pneumococcal

    Pneumococcus adalah nama bagi bakteria yang menjadi punca kepada pneumonia atau radang paru-paru.

    Ia adalah sejenis jangkitan paru-paru yang sangat serius sehingga boleh menyebabkan kematian.

    Selain bayi dan juga kanak-kanak, warga emas yang berumur 65 tahun dan ke atas adalah antara golongan yang berisiko tinggi mendapat jangkitan ini.

    Oleh itu, suntikan vaksin pneumococcal ini amat diperlukan oleh kumpulan warga emas.

    Suntikan vaksin pneumococcal ini melindungi mereka daripada penyakit dan juga komplikasi akibat pneumonia.  

    Vaksin untuk warga emas 2: Vaksin influenza atau flu

    Selain daripada suntikan vaksin pneumococcal, warga emas juga amat memerlukan suntikan vaksin influenza.

    Ini kerana, flu yang berlaku boleh menyebabkan kematian jika jangkitan pada sistem pernafasan berlaku dengan teruk.

    Golongan warga emas merupakan golongan yang berisiko untuk mendapat kematian akibat daripada jangkitan flu.

    Selain melindungi warga emas itu sendiri, suntikan vaksin flu turut melindungi kanak-kanak atau bayi di sekitar warga emas.

    Suntikan vaksin flu boleh mengelakkan virus flu itu daripada tersebar kepada kanak-kanak yang juga merupakan golongan yang berisiko tinggi. 

    Vaksin untuk warga emas 3: Vaksin DTap

    Vaksin Tdap melindungi warga emas daripada tiga jenis penyakit iaitu tetanus, difteria dan juga batuk kokol.

    Walaupun vaksin Tdap ini lebih sinonim dengan bayi, namun golongan warga emas turut disarankan untuk mengambilnya.

    vaksin untuk warga emas

    Ibu bapa anda mungkin pernah disuntik dengan suntikan vaksin ini sewaktu mereka masih kecil, namun imuniti mungkin akan semakin menghilang apabila mereka semakin berusia.

    Oleh itu, bawa mereka ke klinik untuk mendapatkan suntikan booster vaksin Tdap ini.

    Selain untuk melindungi ibu bapa anda, suntikan ini juga bertujuan untuk mengelakkan penyebaran virus penyakit tersebut kepada individu lain.

    Ini termasuklah kanak-kanak, bayi dan juga anggota keluarga yang lain. 

    Vaksin untuk warga emas 4: Vaksin penyakit kayap atau vaksin herpes zoster

    Warga emas adalah golongan yang sangat berisiko untuk mendapat penyakit kayap.

    Ini kerana, virus penyakit kayap ini hanya akan aktif setelah sistem imun manusia semakin lemah iaitu pada usia yang lanjut.

    Walaupun seseorang itu mungkin pernah mendapat kayap sebelum ini, tidak bermakna dia tidak akan mendapat jangkitan yang sama sekali lagi.

    Perlu diketahui bahawa, jika ibu bapa anda mendapat kayap, ia berisiko untuk menyebabkan penyakit chicken pox atau cacar air kepada kanak-kanak.

    Ini kerana, virus yang menyebabkan kayap serta chicken pox adalah virus yang sama.

    Virus ini berada dalam tubuh manusia dalam keadaan yang tidak aktif dan akan kembali aktif setelah sistem imun lemah.

    Oleh sebab itu, apabila ia menjadi aktif, ia boleh menyebabkan kayap kepada warga emas dan chicken pox kepada kanak-kanak.

    Vaksin untuk warga emas 5: Vaksin MMR

    suntikan vaksin pneumococcal

    Vaksin MMR adalah jenis vaksin yang memberikan perlindungan kepada tiga jenis penyakit iaitu measles atau demam campak, beguk dan juga rubella.

    Walaupun ramai daripada kita mungkin pernah menerima suntikan vaksin ini sewaktu masih kecil, namun ia mungkin sudah tidak lagi berkesan seiring dengan peningkatan usia.

    Ketiga-tiga penyakit ini adalah penyakit yang sangat mudah berjangkit.

    Ia boleh berjangkit kepada individu lain dengan mudah melalui batuk dan bersin.

    Memandangkan warga emas adalah golongan yang berisiko mendapat penyakit ini, adalah lebih baik untuk membawa mereka ke klinik bagi mendapatkan suntikan vaksin MMR. 

    Jadi, apa tunggu lagi! Bawa ibu bapa anda sekarang untuk mendapatkan vaksin di atas.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 01/06/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan