Jika dahulu semasa masih kecil, penulis sering dibawa oleh ayah atau ibu ke taman-taman permainan di tepi pantai ketika hujung minggu. Sekadar menghabiskan masa selama 30 minit atau 1 jam bersuka ria bersama adik-beradik bermain permainan yang disediakan atau berkejaran sehingga basah berpeluh seolah-olah terlibat dengan aktiviti kecergasan fizikal.
Setelah itu, kami akan mencari gerai-gerai yang menjual makanan seperti keropok atau pisang goreng bagi menghilangkan rasa lapar dan dahaga setelah penat bermain. Memori seperti itu tidak mungkin akan kembali memandangkan usia kini telah semakin meningkat.