home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Bagaimana Mengendalikan Perubahan Dalam Kehidupan

Bagaimana Mengendalikan Perubahan Dalam Kehidupan

Perubahan dalam kehidupan adalah sesuatu yang menakutkan tetapi ia tidak dapat dielakkan. Anda mungkin berdepan dengan situasi bertukar pekerjaan atau berpindah ke negara lain atau mungkin kehilangan individu yang anda sayangi. Namun, daripada anda takut untuk berdepan dengan perubahan, sebaiknya anda menerima perubahan tersebut dan menerimanya sebagai satu yang positif dan optimis. Dari masa ke masa, segalanya akan bertambah baik, tetapi bagaimana penerimaan anda secara mental adalah perkara yang penting. Berikut adalah beberapa tip untuk membantu anda menghadapi perubahan:

Ubah cara pemikiran

Bayangkan perubahan itu adalah seperti membakar roti. Ia tidak berlaku dalam sekelip mata. Ia memerlukan masa untuk menerimanya – langkah demi langkah. Langkah pertama yang penting adalah mengubah cara pemikiran anda terhadap perubahan yang berlaku. Berikan anggapan positif kepada perubahan tersebut, terima dan cari jalan yang terbaik untuk berdepan kesukaran yang mungkin timbul.

Terbuka dan fleksibel

Ubah cara fikiran dan sikap anda mengenai masalah atau isu yang dihadapi. Anda harus bersiap sedia untuk perubahan. Kekal tenang dan terbuka. Ke tepikan sebarang harapan. Selagi anda boleh menerima perubahan tanpa mengira halangan yang akan tiba, anda pasti akan dapat menikmati kehidupan yang indah dan bahagia.

Kawal kehidupan

Perubahan boleh berlaku pada tahap-tahap tertentu dalam kehidupan. Cuba senaraikan perkara yang mungkin berlaku dan sediakan penyelesaian terbaik. Sebagai contoh, tanya kepada diri anda, jika sesuatu berlaku; bagaimana reaksi anda, apa perasaan dan fikiran anda – ini akan memberikan anda pilihan penyelesaian.

Lakukan perubahan

Untuk berubah adalah sesuatu yang sukar. Benarkan diri anda menjadi aktif dari hanya menunggu sesuatu untuk berlaku. Kawal situasi. Jangan terburu-buru dalam melakukan sebarang keputusan. Anda boleh lihat di mana anda perlu lakukan penyesuaian dan ambil tindakan. Mengambil langkah ke belakang dapat membantu anda untuk mengelakkan tekanan dan kegelisahan yang mungkin hadir bersama perubahan yang tidak terjangka.

Dapatkan bantuan

Ia sesuatu yang normal untuk mempunyai perasaan yang bercampur-baur dengan segala perubahan yang berlaku ke atas anda. Anda mungkin tidak dapat bangun apabila anda jatuh, tetapi anda tidak keseorangan. Berkongsilah apa yang anda rasakan bersama keluarga dan rakan untuk dapatkan semangat dan nasihat. Tetapkan pada minda anda, ramai individu lain yang turut merasai situasi yang sama seperti anda, dan anda boleh mendapat manfaat dari pengalaman mereka. Anda juga boleh mendapatkan sokongan dan bantuan dari profesional seperti kaunselor atau psikologi. Mereka terlatih untuk memberikan bimbingan yang sebaiknya untuk menyokong anda secara mental.

Proses perubahan dalam kehidupan adalah sesuatu yang sukar. Ia mungkin mendatangkan ketidakselesaan, tekanan dan menakutkan. Tetapi dengan mempunyai sikap yang positif dan mengetahui bila masa yang sesuai untuk mendapatkan bantuan, ia boleh menjadikan perubahan sesuatu yang lebih mudah.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

7 tips for dealing with change. http://au.reachout.com/7-tips-for-dealing-with-change. Accessed September 13, 2016.

5 Tips to Help You Manage Change. http://www.essentiallifeskills.net/change.html. Accessed September 13, 2016.

How to deal with change. http://www.positive-changes-coach.com/how-to-deal-with-change.html. Accessed September 13, 2016.

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Asyikin Md Isa Disemak pada 24/06/2020
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
x