backup og meta

Remaja Perempuan Lebih Ramai Dirawat Di Hospital Selepas Cubaan Mencederakan Diri

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 03/12/2019

    Remaja Perempuan Lebih Ramai Dirawat Di Hospital Selepas Cubaan Mencederakan Diri

    Kita biasa mendengar kisah cubaan membunuh diri atau mencederakan diri sendiri yang berlaku dalam kalangan remaja perempuan. Bagaimana untuk atasi masalah ini?

    Peratusan remaja perempuan

    Dalam kajian Welsh mengatakan lebih 76 peratus remaja perempuan yang cuba mencederakan diri akan dirawat di hospital berbanding hanya 49 remaja lelaki. Hasil analisis kajian ini juga mendapati peratusan individu yang mencederakan diri adalah dalam kalangan mereka yang berusia 15 hingga 19 tahun.

    Penyelidikan dilakukan oleh Swansea University ini mengkaji sejumlah 15,739 kes mencederakan diri sendiri, memfokuskan individu dalam lingkungan usia 10 hingga 24 tahun yang berlaku antara tahun 2003 hingga 2015. 

    Peningkatan isu mencederakan diri ini dilihat dalam kalangan individu berusia 10 hingga 14 tahun. Malah kadarnya meningkat dua kali ganda pada kawasan-kawasan dengan masalah kemiskinan berbanding kawasan golongan yang kaya. 

    Perbezaan peratusan

    Analisis data yang berjaya dikumpulkan adalah diperolehi daripada pelbagai tempat di mana golongan remaja mendapatkan bantuan doktor, hospital, klinik pesakit luar dan unit kecemasan di seluruh Wales. 

    Pakar perubatan mengakui bahawa mereka mendapati terdapat perbezaan peratusan remaja lelaki yang dimasukkan ke hospital seperti kadar peratusan remaja perempuan. Keadaan ini berbeza walaupun sama ada individu lelaki mahupun perempuan mempunyai kebebasan untuk meninggalkan hospital tanpa menerima sebarang rawatan.

    Dalam kajian ini, sebab atau punca mengapa pesakit melakukan percubaan untuk membunuh diri tidak dikaji. Namun menurut salah seorang penulis kajian daripada Swansea University Medical School, Amanda Marchant, “Melalui kajian ini, dapat dirumuskan perkara yang paling penting adalah untuk mengenal pasti sebarang komunikasi atau hubungan dengan perkhidmatan kesihatan merupakan satu peluang untuk memberikan sokongan dan bantuan.”

    Jelas Amanda lagi, “Pengamal perubatan mengatakan bahawa mereka mengalu-alukan sebarang latihan atau bantuan yang boleh diberikan untuk menyokong dan membantu individu remaja yang datang kepada mereka.”

    Semakin prihatin

    Menurut salah seorang ahli Papyrus, iaitu organisasi mencegah masalah bunuh diri, Kelly Thorpe, statistik itu adalah benar berdasarkan pengalamannya sepanjang dalam perkhidmatan kaunseling.

    Walau bagaimanapun, beliau memberitahu terdapat peningkatan dalam data untuk individu yang dipanggil sebagai golongan prihatin terhadap individu sekeliling. Peratusan ini melibatkan ibu bapa, guru dan mana-mana individu yang prihatin dengan kesejahteraan golongan belia berusia 12 hingga 16 tahun dengan cubaan mencederakan diri. 

    Kajian yang dilakukan ini merupakan sebahagian daripada kaedah konsultasi yang dilancarkan oleh kerajaan Welsh untuk mengatasi masalah berkaitan kesihatan mental dalam kalangan penduduk di sana. 

    Dalam data baru yang diperolehi, mendedahkan bahawa lebih 11,000 individu belia mendapatkan perkhidmatan kaunseling antara tahun 2017 dan 2018.

    Konklusi 

    Adakalanya timbul isu membunuh diri ini apabila seseorang individu itu berada dalam keadaan tertekan, berasa tidak dipedulikan ataupun kurang kasih sayang dan perhatian sekeliling. Jadi sebagai ibu bapa, anda harus memainkan peranan penting dalam mengatasi masalah ini. Cuba untuk ambil tahu tentang apa yang dilalui oleh anak anda. Setiap individu memerlukan individu lain untuk ada di sampingnya.

    Dalam masa yang sama pastikan anda membawa anak anda untuk mendapatkan pemeriksaan. Ini kerana pakar perubatan akan dapat membantu membuat penilaian dalam konteks tekanan, akademik, sosial dan keluarga. Ia sekali gus dapat membantu mencari kaedah dan rawatan yang sesuai berdasarkan kemurungan yang dihadapi.

    Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 03/12/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan