Jika Pernah Terlintas Ingin Membunuh Diri, Usah Berdiam! Lakukan 3 Perkara Ini

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 19/01/2021 . 3 minit bacaan
Share now

Bunuh diri ialah masalah yang kian membarah dalam kalangan masyarakat ketika ini. Perkataan ‘membarah’ ini sudah cukup menerangkan realiti sebenar penyakit mental dan kesannya kepada si penderita. 

Pada tahun ini, topik yang berkisar tentang bunuh diri mempunyai kepentingannya yang tersendiri, lebih-lebih lagi apabila ramai yang tersepit akibat pandemik yang entah bila akan berakhir.

Ramai yang mula putus asa lantaran hidup yang semakin mendesak.

Apabila tiada lagi pilihan lain dalam hidup, ramai yang bertindak mengakhirinya sebagai jalan terakhir untuk keluar daripada masalah mereka.

Namun, bunuh diri bukanlah jawapannya. Malah, amalan ini amat ditegah oleh agama.

Perasaan hampa, sedih dan putus asa boleh menyebabkan sesiapa sahaja mengalami kesedihan yang melampau. Tetapi, ini bukan bermakna tiada lagi harapan di hujung jalan.

Walaupun ramai pihak telah melakukan intervensi, namun bilangan mereka yang membunuh diri tetap mengalami peningkatan tahun demi tahun.

Bunuh diri merupakan sesuatu yang boleh dielakkan jika anda mendengar, melihat dan bertindak dengan betul. Malah, perkara ini jarang berlaku tanpa sebarang tanda amaran.

Jika anda pernah melihat tanda-tanda ingin membunuh diri pada sahabat atau ahli keluarga anda, sama ada dari segi perubahan tingkah laku ataupun melalui status mereka di media sosial – jangan pernah tutup mata dan abaikannya.

Oleh sebab itu, anda perlu peka terhadap sebarang perubahan yang boleh menjurus kepada perlakuan membunuh diri. Ada 3 cara bagaimana anda boleh melakukannya:

1. Kenali tanda amaran membunuh diri

Pastikan anda menelefon polis jika seseorang yang anda kenali:

  1. Cuba untuk mencederakan diri sendiri dan berniat untuk membunuh diri, lebih-lebih lagi jika individu tersebut mempunyai senjata bersama mereka.
  2. Mencari jalan untuk membunuh diri, contohnya membeli senjata tidak kiralah secara bersemuka ataupun melalui perkhidmatan atas talian.
  3. Bercakap atau menulis mengenai bunuh diri di media sosial.

Walau bagaimanapun, bukan semua individu akan menunjukkan gejala yang jelas seperti di atas. Ada individu yang suka memendam rasa dan menyembunyikan kedukaan mereka.

Namun, mereka yang menderita dalam diam inilah yang paling memerlukan bantuan daripada anda.

Kadangkala, mereka rasa malu untuk meluahkan perasaan kepada ibu bapa atau rakan-rakan, bimbang tindakan mereka itu dilihat sebagai sesuatu yang lemah dan tidak matang.

Oleh sebab itu, jangan biarkan mereka yang mempunyai keinginan tidak elok ini terus mendiamkan diri.

Jika anda nampak rakan-rakan atau ahli keluarga anda yang mengalami perubahan dari segi tingkah laku, cuba dekati mereka dan tanya, “Awak OK? Mungkin saya boleh membantu.”

2. Elak tekanan perasaan, dapatkan rawatan yang sesuai

bunuh diri

Hampir 90% daripada mereka yang mempunyai hasrat untuk membunuh diri sebenarnya sedang bergelut dengan penyakit mental.

Oleh sebab itu, pakar berpendapat rawatan yang bersesuaian boleh membantu untuk mengurangkan risiko bunuh diri.

Lakukan apa sahaja di bawah kemampuan anda untuk membantu mereka yang mempunyai keinginan membunuh diri.

Galakkan mereka untuk berjumpa pakar ataupun bantu mereka berjumpa doktor dalam kadar yang segera.

Terapi secara berkala dan pengambilan ubat-ubatan yang bersesuaian dapat membantu pesakit untuk menguruskan simptom yang dialami disebabkan penyakit mereka.

Sebenarnya, anda juga boleh membantu mereka yang mengalami depresi.

Tidak cukup sekadar berkata, “Telefon saya jika ada masalah.” Anda mungkin perlu lakukan lebih daripada itu. Cuba periksa keadaan mereka, telefon, atau hantar pesanan ringkas secara berkala.

Galakkan mereka untuk mengamalkan diet yang sihat, tidur yang mencukupi dan senaman sekurang-kurangnya 30 minit sehari.

3. Pastikan anda mempunyai hubungan sosial yang bermakna

membunuh diri

Hubungan sosial yang bermakna dapat membantu kita untuk hidup lebih lama dan lebih gembira.

Walaupun ramai yang berkata, lebih ramai lebih meriah – tetapi percayalah kadangkala anda tidak perlukan ramai kawan untuk rasa bahagia.

Cukuplah jika anda mempunyai beberapa orang teman rapat. Ingatlah, kualiti lebih penting daripada kuantiti.

Jika anda ingin pastikan mental anda kekal sihat, ada beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk memperbaiki hubungan yang sedia ada:

1. Rancang untuk berjumpa kawan-kawan anda

Pada zaman sekarang, mudah untuk sesiapa sahaja kekal berhubung dengan rakan-rakan.

Namun, untuk berjumpa mereka secara bersemuka – itu mungkin sesuatu yang sukar untuk dilakukan.

Pertemuan secara bersemuka lebih baik daripada berhubung melalui atas talian. Kajian mendapati, persahabatan dapat membantu meningkatkan kesihatan fizikal dan mental seseorang.

2. Jangan lupa masa bersama keluarga

Individu yang rapat dengan keluarga masing-masing didapati kurang berisiko untuk menghidap depresi. Oleh sebab itu, cuba luangkan masa dengan ibu bapa anda sekurang-kurangnya seminggu sekali.

Hubungan yang kuat antara ahli keluarga merupakan sokongan yang terbaik tatkala kita berada di dalam kesusahan.

Mereka pasti akan menghulurkan tangan untuk menolong jika kita mempunyai masalah ataupun ditimpa kemalangan.

3. Cari hobi baru untuk kurangkan tekanan perasaan

membunuh diri

Jika anda tidak mempunyai sebarang hobi, inilah masanya untuk anda mencari hobi baru. Hobi boleh membantu memberi anda ruang untuk menyerlahkan bakat yang terpendam.

Selain itu, hobi juga boleh jadi sesuatu yang menyeronokkan! 

Tidak kiralah apa sebab anda sukakan hobi tersebut, aktiviti ini mempunyai banyak kebaikan dari segi kesihatan, termasuklah merendahkan risiko anda untuk mengalami depresi.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

SOP Tahun Baru Cina Telah Diluluskan, Sejauh Mana Ia Bersesuaian Dengan Situasi Wabak?

Prosedur operasi standard (SOP) yang diumumkan oleh kerajaan Malaysia bagi sambutan Tahun Baru Cina sepanjang wabak pandemik virus korona berlangsung...

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
COVID-19 11/02/2021 . 3 minit bacaan

Lelaki Playboy Nampak Bergaya? Golongan Ini Berisiko Alami Masalah Mental!

Seksisme adalah satu bentuk diskriminasi atau prejudis terhadap jantina tertentu (lelaki atau perempuan), dan ia sering dikaitkan terutamanya dengan...

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Kesihatan Lelaki Lain 10/02/2021 . 3 minit bacaan

Cemburu BUKAN Tanda Sayang! Jika Berlebihan, Ini Tanda Gangguan Mental

Hubungan yang sihat membolehkan kedua-dua pihak rasa disayangi, dijaga, dan dihormati. Tetapi, bagaimana pula jika ia diberikan secara berlebihan?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Hubungan Yang Sihat 09/02/2021 . 3 minit bacaan

Hand Sanitizer Sudah Jadi Kewajipan Di Musim COVID, Tahukah Anda Ia Ada 7 Fungsi Lain?

Tahukah anda bahawa sebenarnya terdapat pelbagai fungsi hand sanitizer. Namun, sila baca ini terlebih dahulu untuk tahu tentangnya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Kebersihan Diri 09/02/2021 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

program vaksinasi

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Sudah Tiba! Rujuk Jadual Vaksin Di Sini

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 24/02/2021 . 3 minit bacaan
gangguan perasaan

Sakit Jantung & Depresi Saling Berkait Rapat? Hati-Hati Jika Anda Ada Salah Satu Penyakit Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 22/02/2021 . 3 minit bacaan
asma

AWAS Wanita Penghidap Asma Berisiko Alami Komplikasi Teruk COVID-19! Ambil Langkah Ini

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 16/02/2021 . 3 minit bacaan
suntikan vaksin

Betul Ke Vaksin COVID-19 Boleh Sebabkan Kesan Sampingan Kekal? 

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 11/02/2021 . 3 minit bacaan