Pernah tak anda mendengar saranan untuk memberikan seusu kambing kepada si manja. Tetapi sesuaikah susu kambing untuk bayi? Ikuti perkongsian artikel berikut untuk mengetahui dengan lebih lanjut.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
Sesuai ke susu kambing untuk bayi?
Bagi mereka yang mempunyai kesukaran untuk menyusukan bayi dengan susu badan, mungkin kalian pernah dicadangkan atau mendengar mengenai saranan untuk memberikan bayi anda susu kambing.
Susu kambing sememangnya mengandungi khasiat yang baik untuk badan manusia dan bagi individu yang beragama Islam, memberi anak meminum susu kambing adalah dikatakan mengikut sunnah Nabi.
Berikut adalah beberapa kebaikan susu kambing yang baik untuk kesihatan badan, antaranya:
Sistem penghadaman
Susu yang dihasilkan daripada kambing berbeza dari segi kandungan proteinnya berbanding susu lembu.
Susu daripada kambing mengandungi kandungan kasein yang lebih rendah, menjadikan kadar proteinnya lebih tinggi.
Kadar kasein kepada protein yang lebih rendah ini membantu untuk memudahkan penghadaman berbanding susu lembu yang mempunyai kadar kasein kepada protein yang lebih tinggi.
Ini kerana ia membawa kepada pembentukan globul lemak yang lebih kecil dan juga pembentukan dadih (curd) yang lebih lembut.
Alahan
Keadaan intolerans laktosa adalah disebabkan oleh kekurangan enzim lactase dalam badan seseorang itu. Enzim ini berfungsi untuk menghadam gula utama dalam susu iaitu laktosa.
Apabila seorang penghidap intoleransi laktosa (alahan susu) mengambil susu, laktosa yang tidak dihidrolisis ini akan ditapai oleh bakteria-bakteria yang terdapat di dalam usus besar.
Proses penapaian ini akan menyebabkan pembentukan gas dan juga pelepasan asid lemak bebas.
Tindakan tersebut akan mengakibatkan simptom-simptom seperti kembung perut, cirit-birit, ketidakselesaan perut dan juga kerap membuang angin.
Oleh yang demikian, ia dikaitkan dengan masalah intoleransi laktosa yang lebih rendah. Susu yang diperoleh daripada kambing mengandungi laktosa yang lebih rendah berbanding susu lembu.
Kandungan mineral dan vitamin
Secara keseluruhan, kandungan mineral dan juga vitamin yang terdapat dalam susu kambing adalah lebih tinggi daripada kandungan mineral dan vitamin yang terdapat dalam susu badan manusia.
Susu badan manusia hanya mengandungi satu per empat hingga satu per enam sahaja daripada kandungan kalsium dan magnesium yang terdapat dalam susu yang dihasilkan oleh kambing.
Dari sudut vitamin dan zat-zat lain, susu daripada kambing mengandungi jumlah iodin yang lebih tinggi berbanding susu manusia.
Ia juga membekalkan vitamin A dan niacin yang mencukupi, di samping vitamin-vitamin baik yang lain seperti thiamin, riboflavin dan juga asid pantotenik.
Namun, bagaimana pula dari aspek kesesuaian mengikut faktor usia si manja, adakah susu kambing untuk bayi sesuai diberikan terutamanya kepada anak yang baru lahir?
Baca juga: