Prof. Madya Dr. Thuaibah Bt Hashim merupakan seorang pensyarah dalam bidang patologi di Cyberjaya University College of Medical Sciences, Malaysia, di bawah Jabatan Sains Perubatan Asas, Fakulti Perubatan.
Dr. Thuaibah adalah pakar patologi yang mempunyai sub kepakaran dalam Histopatologi Renal. Selain daripada mengajar, beliau juga aktif dalam aktiviti kebajikan seperti Pertubuhan Ikram Putrajaya dan Surau Al-Munawwarah Bangi Golf Resort. Beliau juga ahli Persatuan Perubatan Islam Malaysia, Kolej Patologi di Akademi Perubatan Malaysia dan Persatuan Alumni Sekolah Seri Puteri.
Dr. Thuaibah mempunyai banyak penerbitan dan anugerah dalam bidang patologi termasuk:
1. Sijil Penghargaan dan Insentif terhadap sumbangan ke atas penghapusan wabak ensefalitis Nipah di Negeri Sembilan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, 1999.
2. Hadiah dan Sijil Perkhidmatan Cemerlang di Hari Kualiti, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM 2002.
3. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2003 daripada UPM
4. Anugerah Jasa Putra 2006 daripada UPM
PENGALAMAN
Cyberjaya University College of Medical Sciences
ANUGERAH
Sijil Penghargaan dan Insentif terhadap sumbangan ke atas penghapusan wabak ensefalitis Nipah di Negeri Sembilan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, 1999.
Hadiah dan Sijil Perkhidmatan Cemerlang di Hari Kualiti, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM 2002.
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2003 daripada UPM
Anugerah Jasa Putra 2006 daripada UPM