brand logo

Jaminan Produk Asli 100%

Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Komuniti
Booking Doktor

Iklan

Kongsi

Bayi Yang Dilahirkan Ibu Berdarah O Berisiko Alami Jaundis Teruk? Ini Sebabnya!

Bayi mengalami demam kuning adalah normal. Tetapi dikatakan jika berlaku ketidakserasian jenis darah antara ibu dan anak, masalah jaundis lebih teruk boleh terjadi. Jadi apakah petua hilangkan kuning bayi darah O yang boleh dicuba ya?

Bayi Yang Dilahirkan Ibu Berdarah O Berisiko Alami Jaundis Teruk? Ini Sebabnya!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Masalah demam kuning

Jaundis – warna kuning pada mata dan kulit – disebabkan oleh pigmen dalam darah yang dikenali sebagai bilirubin.

Bilirubin dilepaskan ke dalam darah melalui pecahan normal dan kitaran ganti sel darah merah yang secara semula jadi berlaku sepanjang masa. Ia kemudiannya diproses oleh hati ke dalam bentuk yang boleh dikeluarkan melalui saluran penghadaman.

Bayi baru lahir biasanya mengalami tahap bilirubin lebih tinggi dalam beberapa hari pertama kehidupan kerana mereka mempunayai tahap kitaran sel darah merah yang cepat – kesannya penghasilan bilirubin lebih banyak.

Hati mereka juga masih belum matang dan kurang mampu mengeluarkan bilirubin daripada tubuh. Faktor-faktor tersebut menyumbang kepada jaundis fisiologi.

Warna kuning bayi dengan jaundis fisiologi selalunya ketara sekitar 2 hari kehidupan dan memuncak pada 3-5 hari dan kemudian sembuh dalam tempoh 2 minggu.

Oleh kerana jaundis jenis ini tidak mendatangkan bahaya kepada bayi, maka tiada sebarang rawatan yang diperlukan. Pun begitu, terdapat beberapa bayi mungkin memerlukan rawatan.

Risiko jaundis patologi

Sebelum mengetahui petua hilangkan kuning bayi darah O pada si ibu, berikut penerangan bagaimana perbezaan jenis darah turut mempengaruhi tahap keterukan jaundice pada si kecil.

Jaundis patologi adalah berbeza dengan fisiologi. Ia melibatkan tahap bilirubin lebih tinggi dan memerlukan rawatan untuk mempercepatkan penyingkiran bilirubin.

Ia boleh berlaku pada mana-mana bayi baru lahir dengan jaundis fisiologi (normal) yang berlebihan. Terdapat juga faktor risiko yang boleh menyebabkan bayi mengembangkan jaundis patologi.

Salah satu faktornya adalah kelahiran pramatang. Bayi yang dilahirkan lebih daripada 2 minggu sebelum tarikh jangkaan bersalin lebih berisiko untuk mengembangkan tahap bilirubin lebih tinggi.

Semakin pramatang bayi, fungsi hati mereka akan lebih kurang matang semasa dilahirkan. Keadaan ini sekali gus menyukarkan mereka untuk menyingkirkan bilirubin. 

Perbezaan jenis darah & demam kuning 

Ketidakserasian jenis darah antara ibu dan bayi juga merupakan sebab untuk mengesan jaundis bayi yang baru lahir dengan lebih terperinci.

Ini apabila ibu tergolong dalam kumpulan darah O – dan mempunyai antibodi terhadap sel darah A dan B – manakala bayi yang baru lahir terdiri daripada jenis darah A atau B.

Keadaan tersebut boleh menyebabkan sel darah merah bayi lebih cepat rosak disebabkan oleh antibodi ibu yang telah masuk ke dalam aliran darah si kecil. Kesannya jaundis yang lebih teruk boleh berlaku.

Faktor risiko lain yang boleh menyebabkan jaundis patologi berlaku termasuklah lebam berlebihan pada bayi baru lahir, mempunyai adik-beradik lain yang sebelum ini turut memerlukan rawatan untuk masalah kuning dan berbangsa Asia Timur.

Kuning yang dialami bayi dalam tempoh 24 jam selepas dilahirkan cenderung menjadi jaundis patologi dan sentiasa memerlukan pemantauan serta penilaian kakitangan perubatan.

Petua hilangkan kuning bayi darah O

Rawatan bergantung kepada punca jaundis, paras bilirubin, dan umur bayi.

Walaupun penyusuan susu ibu juga dianggap sebagai faktor risiko, ia sebenarnya kurang sesi penyusuan yang berkesan adalah menjadi faktor risikonya.

Ibu disarankan untuk menyusukan bayi sejurus selepas dilahirkan dan meneruskan sesi penyusuan antara 8-12 kali sehari untuk beberapa hari pertama. 

Petua hilangkan kuning bayi darah O adalah melalui susu ibu kerana ia adalah makanan yang ideal untuk bayi, dan demam kuning yang dialami tidak boleh dijadikan alasan untuk menambah susu formula ke dalam diet harian si manja. 

Namun sekiranya susu badan tidak mencukupi, doktor mungkin mencadangkan untuk menambah susu formula.

Jaundis ringan biasanya akan hilang selepas 1-2 minggu apabila tubuh bayi dapat menyingkirkan bilirubin berlebihan dengan sendirinya. 

Manakala untuk kes jaundis lebih serius, rawatan perlu dimulakan secepat mungkin. Antara rawatan yang perlu dilalui bayi adalah:

Cecair 

Kehilangan cecair (dehidrasi) akan menyebabkan paras bilirubin meningkat.

Petua hilangkan kuning bayi darah O #Fototerapi

Terapi cahaya (fototerapi) adalah rawatan yang paling biasa untuk penyakit kuning. Bayi akan dibaringkan di bawah lampu tanpa pakaian supaya kulit mereka terdedah kepada cahaya.

Cahaya biru akan menukarkan bilirubin ke dalam bentuk yang boleh dikeluarkan dari badan melalui air kencing. Selimut terapi cahaya juga boleh digunakan.

petua hilangkan kuning bayi darah o

Transfusi darah

Dalam sesetengah kes jaundis, bayi mungkin memerlukan pemindahan darah khas disebut exchange transfusion. 

Prosedur kecemasan ini dilakukan jika paras bilirubin sangat tinggi dan tidak turun dengan fototerapi. Darah bayi akan digantikan dengan darah penderma untuk menurunkan kadar bilirubin secepat mungkin.

Ini melibatkan penyingkiran sejumlah kecil darah bayi pada satu masa dan menggantikannya dengan darah segar berulang kali selama beberapa jam.

Imunoglobulin intravena (IVIg), antara petua hilangkan kuning bayi darah O

Bayi dengan ketidakserasian jenis darah mungkin akan menjalani prosedur ini. IVIg akan menyekat antibodi yang menyerang sel darah merah dan mengurangkan keperluan untuk transfusi darah.

petua hilangkan kuning bayi darah o

Petua hilangkan kuning bayi darah O: Pemantauan doktor

Doktor atau jururawat harus memeriksa bayi anda yang baru lahir di antara 3-5 hari kerana pada masa inilah paras bilirubin biasanya memuncak.

Lakukan pemeriksaan doktor segera jika bayi kelihatan lebih kuning atau kerap mengantuk dan meragam mahupun kurang menyusu.

medical
Panel Perubatan Hello Doktor
Disemak secara perubatan oleh
Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 2 hari lalu