brand logo

Jaminan Produk Asli 100%

Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Komuniti
Booking Doktor

Iklan

Kongsi

Anak Lahir Dengan Tapak Kaki Rata, Ibu Bapa Perlu Cepat Buat 4 Pemeriksaan Ini!

Mempunyai tapak kaki rata (flat foot) boleh jadi masalah besar bagi individu terutama golongan kanak-kanak kerana ia mungkin akan buat pergerakan mereka terjejas.

Anak Lahir Dengan Tapak Kaki Rata, Ibu Bapa Perlu Cepat Buat 4 Pemeriksaan Ini!

Kondisi yang membuat lengkungan patut ada pada tapak kaki menjadi rata ini bakal menjejaskan sistem sokongan di saat individu sedang berdiri atau ketika berjalan.

Persoalannya, apa yang ibu bapa perlu buat jika si kecil anda ada masalah tapak kaki leper? Jom terus baca artikel ini untuk tahu tentangnya dengan lebih lanjut lagi!

Apa yang dimaksudkan dengan tapak kaki rata?

Untuk pengetahuan anda semua, tapak kaki leper atau dalam istilah perubatan ‘pes planus‘ adalah kondisi di mana lengkungan patut ada pada tapak kaki itu tidak wujud.

Sebenarnya, setiap anak akan lahir dengan kondisi tapak kaki yang rata atau leper. Selepas masuk usia 3 tahun pula, maka baru lengkungan tersebut muncul di tapak kaki.

Pun begitu, gangguan dalam sistem muskuloskeletal pada anak ini akan jadi punca lengkungan itu menyusut atau menghilang di saat tapak kaki ditekapkan di permukaan.

tapak kaki rata

Ramai ibu bapa yang mungkin tidak tahu anak mereka ada masalah ini kerana lengkungan itu akan kembali di saat si kecil duduk atau baring. Ia mungkin agak mengelirukan.

Disebabkan itu pula, ibu bapa wajar lebih peka dengan pertumbuhan serta perkembangan tubuh badan terutama pada tempat yang tersembunyi seperti tapak kaki mereka.

Apa punca dan faktor risiko tapak kaki leper?

Seperti mana yang telah kami kata di atas tadi, kondisi ini adalah akibat gangguan dalam sistem muskuloskeletal individu. Puncanya masih tidak dapat dipastikan hingga kini.

Masalah bawaan sejak dari lahir ini juga mungkin didalangi oleh kondisi lain seperti yang berikut:

  • Tulang yang ada pada kaki tidak menumbuh atau membentuk dengan baik di saat bayi di dalam kandungan
  • Otot yang ada pada kaki telah meregang dan mengejang lantas menyebabkan kecederaan serta kecacatan kekal
  • Isu keadaan kesihatan yang menyerang sistem tulang, otot, sendi dan saraf di tapak kaki atau tubuh badan lain

Dalam pada itu, turut wujud beberapa faktor risiko lain yang boleh menyumbang kepada masalah ini iaitu obesiti, diabetes, artritis dan penuaan apabila anak mula membesar.

Kondisi ini mungkin boleh dicegah atau dirawat jika ia dikesan pada peringkat awal lagi. Jadi, ibu bapa perlu main peranan penting dalam usaha elak ia dari jadi lebih teruk.

tapak kaki rata

Segera bawa anak anda untuk buat pemeriksaan!

Sekiranya anda mula perasan bahawa ada kemungkinan anak anda mengalami masalah tapak kaki leper, maka sila segera bawa mereka jumpa doktor untuk buat pemeriksaan.

Pemeriksaan di bawah boleh bantu untuk mengesan dan merawat kondisi ini pada peringkat awal:

#1. Sinaran X

Pemeriksaan ini dilakukan dengan menggunakan sinar radiasi bagi menghasilkan imej tulang dan sendi yang lebih jelas pada tapak kaki. Ia adalah langkah awal paling penting.

#2. Imbasan CT

Pemeriksaan ini dilakukan dengan menggunakan sinar radiasi bagi memberikan butir lebih jelas dari banyak sudut agar masalah tapak kaki rata dapat dikesan dan dirawat.

#3. Ujian ultra bunyi

Ujian ini biasa dilakukan apabila doktor syak ada kecederaan pada tendon dengan menggunakan gelombang suara bagi memperlihatkan imej dan butir keseluruhan tapak kaki.

#4. MRI

MRI yang menggunakan gelombang radio dan magnet untuk memperlihatkan gambar yang sangat terperinci juga mungkin perlu dilakukan bagi memastikan diagnosis tersebut.

tapak kaki rata

Dengan melakukan salah satu atau kesemua metode di atas tadi, maka doktor dapat menentukan sama ada anak anda mengalami flat food atau kondisi lain yang berkaitan.

Apa pula yang ibu bapa perlu buat selepas itu?

Setelah doktor telah mengesahkan bahawa si comel anda mengalami kondisi tapak kaki leper, maka doktor akan menentukan apa jenis ubatan dan rawatan yang terbaik.

Berikut adalah beberapa cara untuk mengubat dan merawat kondisi tapak kaki rata anak anda:

  • Penggunaan alat sokongan lengkungan tapak kaki – Boleh dicari dan dibeli di pusat kesihatan, alat ini boleh bantu meredakan rasa sakit atau tidak selesa apabila anak anda berdiri atau berjalan
  • Penggunaan kasut sokongan lengkungan tapak kaki – Boleh dicari dan dibeli di pusat kesihatan, kasut ini boleh bantu meredakan rasa sakit atau tidak selesa apabila anak anda berdiri atau berjalan
  • Latihan untuk kelenturan tapak kaki – Dalam usaha elak tendon Achilles merosot, latihan ini boleh bantu tendon meregang dan membantu proses pemulihan dari kondisi ini.
  • Terapi fizikal tapak kaki – Pakar terapi fizikal akan bantu anak anda dari segi postur dan pergerakan untuk mereka lebih mudah berjalan dan berlari
  • Pembedahan – Sekiranya masalah ini jadi punca kondisi dan komplikasi lebih teruk, maka prosedur operasi pada tapak kaki mungkin perlu dijalankan.
medical
Panel Perubatan Hello Doktor
Disemak secara perubatan oleh
Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada tadi