brand logo

Jaminan Produk Asli 100%

Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Komuniti
Booking Doktor

Iklan

Kongsi

Mata Anak Sering Berkedip? Adakah Ini Tanda Mereka Ada Masalah Penglihatan?

“Eh, kenapa mata anak sering berkedip? Ada masalah mata ke? Perlukah saya belikan vitamin untuk mata anak?”

Sudah tentulah, ibu bapa yang baik akan selalu risau mengenai kesihatan anak masing-masing. 

Susah untuk pastikan anak menjaga mata dengan baik apabila terdapatnya lambakan peranti elektronik yang boleh mereka akses dengan mudah.

Mata si manja akan melalui pelbagai perubahan dan berkembang melalui pelbagai fasa sejak lahir. Walaupun perkembangan ini berbeza mengikut individu, ada caranya untuk pastikan kesihatan mata anak terjaga.

Ibu bapa perlulah lebih aktif dalam penjagaan mata anak. Tidak tahu apa yang perlu dilakukan? Jangan risau, kami ada beberapa langkah yang mudah dan simple untuk diamalkan ibu bapa.

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan keibubapaan, anda boleh klik di sini.

Cara mudah menjaga mata anak

Perlukah saya ambil vitamin untuk mata anak? Apa yang perlu dilakukan jika anak sering gosok mata? Mata anak juga sering berkedip tanpa sebab!

Wahai ibu bapa di luar sana, usah terlalu risau mengenai kesihatan mata anak. Jika ada sesuatu yang merisaukan, bawa anak berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut, lebih-lebih lagi jika ibu bapa juga mempunyai masalah penglihatan.

Kanak-kanak yang sedang membesar akan mengalami perubahan yang drastik. Badan mereka akan membesar dan berkembang, sama jugalah dengan mata mereka.

Ibu bapa yang sentiasa peka mengenai kesihatan mata anak bukan sahaja dapat melakukan pengesanan awal, mereka juga boleh mencegah masalah mata ini daripada menjadi lebih teruk.

Ada beberapa langkah mudah yang boleh ibu bapa lakukan untuk menjaga kesihatan anak. Antaranya ialah:

1. Berikan anak makanan yang sihat

mata anak sering berkedip

Makanan yang mengandungi zink, lutein, asid lemak omega-3 serta vitamin A, C, E sangat bermanfaat untuk mata si manja.

Cuba berikan anak buah-buahan yang kaya dengan vitamin C dan E seperti mangga dan oren. Vitamin ini juga dapat memulihkan sebarang kerosakan yang berlaku pada tisu mata dan mencegah jangkitan.

Ikan yang mengandungi asid lemak omega-3 juga dapat mengelakkan mata anak kering. Jika mata anak sering berkedip, ini mungkin tanda mata mereka kekeringan.

Pada masa yang sama, pengambilan makanan yang sihat dapat mengelakkan penyakit lain seperti obesiti dan tekanan darah tinggi yang boleh menyebabkan masalah mata pada masa hadapan.

2. Bawa anak berjumpa doktor mata untuk pemeriksaan

Jangan lupa untuk bawa anak berjumpa doktor mata secara berkala. Melalui pemeriksaan ini, doktor dapat mencartakan perkembangan mata anak serta mengesan sebarang masalah penglihatan yang mereka alami.

Jika masalah ini dikesan awal, doktor dapat memberikan rawatan awal yang mungkin dapat mencegah masalah tersebut daripada menjadi lebih serius.

Bawa anak berjumpa doktor mata sekurang-kurangnya setahun sekali. Jika anda mempunyai masalah penglihatan, pastikan lawatan ke klinik dilakukan dengan lebih kerap.

3. Peka terhadap sebarang tanda amaran

mata anak sering berkedip

Ada beberapa tanda yang menandakan si manja mempunyai masalah penglihatan. Antaranya ialah:

  1. Tidak berminat untuk melihat objek yang jauh.
  2. Mata anak sering berkedip.
  3. Anak sering menggosok mata.
  4. Kepala anak teleng.
  5. Sering mengecilkan mata ketika menonton televisyen, melihat sesuatu.
  6. Sensitif terhadap cahaya matahari.
  7. Tidak berminat untuk membaca.
  8. Koordinasi tangan dan mata yang lemah.

4. Hadkan penggunaan skrin

Tidak dinafikan, sukar untuk kita hadkan penggunaan skrin dalam kalangan anak-anak. Kini, pembelajaran juga sering dilakukan secara atas talian. Malah, mereka juga terdedah dengan pelbagai gajet seperti telefon dan tablet.

Sebagai panduan, ajar anak ikuti langkah 20-20-20. Pastikan setiap 20 minit, anak akan fokus pada objek lain yang sejauh 20 kaki selama 20 saat.

Kajian menujukkan, cahaya biru dari telefon bimbit tidak berbahaya terhadap kesihatan mata.

Walau bagaimanapun, amalan melihat skrin terlalu dekat boleh menyebabkan sakit mata. Selain itu, mata si manja juga akan menjadi kering dan gatal-gatal. Tidak hairanlah anak sering berkedip ketika menonton TV!

5. Lindungi mata anak ketika bersukan

mata anak sering berkedip

Jika anak anda aktif bersukan, pastikan mereka memakai peralatan perlindungan untuk mata. Di Amerika Syarikat, sebanyak 1.5 juta kes dicatatkan setiap tahun disebabkan kecederaan mata.

Oleh sebab itu, pemakaian kaca mata perlindungan ini amat penting. Kajian juga menunjukkan hampir 90% masalah mata boleh dielakkan.

Pastikan kaca mata tersebut diperbuat daripada bahan yang kuat seperti plastik tahan pecah.

Jika anak anda masih kecil, pastikan anda periksa kawasan rumah dan alihkan semua objek yang tajam atau boleh mendatangkan kecederaan pada mata.

mata anak sering berkedip

medical
Panel Perubatan Hello Doktor
Disemak secara perubatan oleh
Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada tadi