brand logo

Jaminan Produk Asli 100%

Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Komuniti
Booking Doktor

Iklan

Kongsi

Anak Anda Ada Masalah Jenis Tapak Kaki Rata? Kena Cepat Mula Fisioterapi!

Sebenarnya, ada dua jenis tapak kaki yang wujud iaitu lengkung atau rata. Jika anak anda ada masalah tapak kaki rata, maka aspek pergerakan mereka mungkin akan terjejas.

Anak Anda Ada Masalah Jenis Tapak Kaki Rata? Kena Cepat Mula Fisioterapi!

Ini kerana lengkungan yang patut ada tapak kaki mereka itu tidak wujud sekali gus akan menjejaskan sistem sokongan di saat anak anda sedang berdiri atau ketika berjalan.

Dalam usaha untuk menyelesaikan masalah ini, cara urut tapak kaki yang betul itu mungkin boleh bantu anak anda. Jom terus baca artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut!

Apa maksud jenis tapak kaki rata pada anak?

Buat anda yang mungkin belum tahu, jenis tapak kaki rata (pes planus) adalah kondisi berkaitan anggota kaki di mana lengkungan patut ada pada tapak kaki itu tidak wujud.

Sebenarnya, setiap anak itu akan lahir dengan kondisi tapak kaki yang datar atau leper. Selepas masuk usia 3 tahun pula, maka baru lengkungan tersebut muncul di tapak kaki.

jenis tapak kaki

Namun, gangguan dalam sistem muskuloskeletal pada anak itu mungkin akan jadi punca lengkungan itu menyusut atau menghilang di saat tapak kaki ditekapkan di permukaan.

Para ibu bapa mungkin tidak tahu bahawa anak mereka ada masalah ini kerana lengkungan itu akan kembali di saat si kecil duduk atau baring. Ia boleh jadi mengelirukan.

Maka, ibu bapa wajar lebih peka dan teliti dengan aspek pertumbuhan serta perkembangan tubuh badan terutama pada tempat yang tersembunyi seperti tapak kaki mereka.

Apa punca jenis tapak kaki rata pada anak?

Seperti mana yang telah kami kata di atas tadi, kondisi ini adalah angkara ada gangguan dalam sistem muskuloskeletal individu. Puncanya masih lagi tidak dapat dipastikan.

Masalah tapak kaki sejak dari lahir ini juga mungkin didalangi oleh kondisi lain seperti di bawah:

  • Tulang yang ada pada kaki tidak menumbuh atau membentuk dengan baik di saat bayi di dalam kandungan
  • Otot yang ada pada kaki telah meregang dan mengejang lantas menyebabkan kecederaan serta kecacatan kekal
  • Isu keadaan kesihatan yang menyerang sistem tulang, otot, sendi dan saraf di tapak kaki atau tubuh badan lain

jenis tapak kaki

Selain itu juga, turut wujud beberapa faktor risiko lain yang boleh menyumbang kepada masalah ini iaitu obesiti, diabetes, artritis dan penuaan apabila anak mula membesar.

Ia mungkin boleh dicegah atau dirawat jika kondisi ini dikesan pada peringkat awal lagi. Jadi, ibu bapa perlu main peranan penting dalam usaha elak ia dari jadi lebih buruk.

Fisioterapi adalah usaha yang paling baik?

Selepas anak anda telah menjalani 4 jenis pemeriksaan iaitu sinaran X, imbasan CT, ujian ultra bunyi, MRI dan disahkan ada masalah ini, maka perlu segera buat fisioterapi.

Fisioterapi ini mungkin boleh bantu masalah pes planus dengan cara menguatkan tulang, otot, sendi dan tendon di sekitar kawasan tapak kaki untuk menyokong pergerakan.

Dengan cara urut tapak kaki yang betul di dalam terapi ini, maka rasa sakit yang dialami oleh anak anda setelah lama berdiri atau berjalan mungkin akan dapat dikurangkan.

Bagaimana cara urut tapak kaki yang betul?

jenis tapak kaki

Prosedur fisioterapi untuk masalah jenis tapak kaki rata akan melibatkan cara urut tapak kaki yang betul oleh pakar dalam bidang ini. Berikut adalah antara cara-cara yang betul:

  • Teknik urutan bersama tuaman panas – Dengan tuaman panas seperti air hangat, maka tapak kaki akan rasa lebih relaks dan kurang sakit
  • Teknik urutan bersama tuaman sejuk – Dengan tuaman sejuk seperti air batu, maka tapak kaki akan rasa lebih relaks dan kurang sakit
  • Penggunaan gelombang bunyi – Gelombang bunyi boleh membantu mengurangkan sakit dan bengkak serta melancarkan sirkulasi darah
  • Penggunaan stimulasi elektrik – Stimulasi elektrik juga membantu mengurangkan sakit dan bengkak serta melancarkan sirkulasi darah
  • Senaman ringan dan sederhana – Senaman seperti toe clawing, toe spreading, toe walking, fully toe extending, heel walking, arch muscle strength dan sebagainya juga sangat penting jika anak anda ada masalah jenis tapak kaki rata

Konklusinya, fisioterapi adalah langkah penting yang ibu bapa kena cepat mula jika anak anda ada masalah tapak kaki ini. Dapatkan informasi dan nasihat lanjut daripada doktor.

medical
Panel Perubatan Hello Doktor
Disemak secara perubatan oleh
Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada tadi