brand logo

Jaminan Produk Asli 100%

Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Komuniti
Booking Doktor

Iklan

Kongsi

8 Jenis Kondisi Mulut Sumbing! Selain Bibir, Lelangit Bayi Juga Boleh Terjejas?

Semua ibu bapa pasti mahu cahaya mata mereka untuk lahir dengan sihat dan sempurna. Pun begitu, mungkin masih ada risiko bayi lahir cacat seperti kondisi mulut sumbing.

8 Jenis Kondisi Mulut Sumbing! Selain Bibir, Lelangit Bayi Juga Boleh Terjejas?

Kondisi ini mungkin tidak akan mendatangkan sebarang bahaya yang teruk namun mencacatkan fungsi serta imej pada bahagian sekitar mulut dan bibir bayi malang tersebut.

Dalam pada itu juga, terdapat beberapa jenis kondisi bibir sumbing yang boleh terjadi pada si comel anda. Jom terus baca artikel ini untuk tahu tentangnya dengan lebih lanjut!

Apakah yang dimaksudkan dengan sumbing?

Untuk pengetahuan anda semua, sumbing itu adalah keadaan di mana wujud kelainan atau kecacatan pada bentuk bibir dan mulut yang biasa muncul sejak dari lahir lagi.

Kondisi yang dianggarkan berlaku kepada 1 daripada 1000 bayi ini bermula sejak mereka menjalani proses pertumbuhan dan perkembangan di dalam kandungan si ibu.

Antara ciri utama kondisi sumbing ini adalah wujud celahan atau belahan pada bibir atas atau lelangit mulut yang mungkin boleh bersambung sehingga ke kawasan hidung.

mulut sumbing

Apabila bayi anda ada masalah mulut atau bibir sumbing, mereka juga mungkin akan mengalami:

  • Kesulitan untuk menyusu
  • Kesulitan untuk menelan
  • Kesukaran untuk bertutur
  • Masalah pada gigi dan gusi
  • Suara yang nasal atau sengau
  • Infeksi telinga yang kerap dan teruk
  • Kesan buruk pada fizikal dan mental

Ia bukan sahaja akan mencacatkan fizikal si bayi malah turut menjejaskan fungsi oral mereka. Disebabkan itu pula, ibu bapa perlu bertindak dengan cepat untuk menyelesaikannya.

Apa punca & faktor risiko kondisi ini?

Seperti yang telah kami nyatakan di atas tadi, kondisi bibir atau mulut sumbing ini bermula sejak mereka berada pada proses pertumbuhan dan perkembangan di dalam kandungan.

Menurut Centers for Disease Control and Prevention (CDC), ia akibat daripada wajah terutama kawasan di sekitar mulut dan bibir bayi tidak dapat terbentuk dengan sempurna.

Punca utama masalah ini tentu sekali akibat genetik. Hipotesisnya, jika ada ibu bapa atau ahli keluarga dengan kondisi mulut sumbing ini, maka bayi anda juga turut tinggi risiko.

mulut sumbing

Selain itu juga, turut ada beberapa faktor risiko lain yang menyumbang kepada masalah ini iaitu:

  • Pengamalan diet tidak sihat
  • Pendedahan kepada bahan kimia
  • Pengambilan ubat ketika hamil
  • Kondisi diabetes ketika mengandung
  • Terlebih berat badan ketika mengandung
  • Ibu bapa yang menghisap rokok
  • Ibu bapa yang mengambil alkohol

Dalam usaha untuk mengelakkan kondisi ini terjadi kepada bayi anda, maka ibu bapa juga perlu mengelakkan punca dan faktor risiko di atas tadi. Dapatkan nasihat doktor.

Apa jenis-jenis mulut @ bibir sumbing?

Sebenarnya, ada banyak jenis kondisi sumbing yang anda perlu tahu dan ia terbahagi kepada 2 kategori utama iaitu sumbing bibir (cleft lip) dan sumbing lelangit (cleft palate).

Cleft lift

  • Forme fruste unilateral cleft lip – Kesumbingan halus pada bibir atas yang terlihat seakan ada lekukan kecil
  • Incomplete unilateral cleft lip – Kesumbingan pada salah satu sisi bibir atas yang tidak bersambung sehingga ke hidung
  • Complete unilateral cleft lip – Kesumbingan pada salah satu sisi bibir atas yang akan bersambung sehingga ke hidung
  • Incomplete bilateral cleft lip – Kesumbingan pada kedua-dua sisi bibir atas yang tidak bersambung sehingga ke hidung
  • Complete bilateral cleft lip – Kesumbingan pada kedua-dua sisi bibir atas yang akan bersambung sehingga ke hidung

Cleft palate

  • Incomplete cleft palate – Kesumbingan pada lelangit lembut sahaja dan tidak lelangit keras di belakang mulut
  • Complete cleft palate – Kesumbingan pada lelangit lembut dan lelangit keras di belakang mulut sehingga mendedahkan kaviti oral dan nasal
  • Submucous cleft palate – Kesumbingan pada lelangit lembut dan/atau lelangit keras serta diselubungi dengan membran mukus pada dinding mulut

Jika anak anda sumbing, ibu bapa perlu…

mulut sumbing

Seperti mana kondisi lain juga, masalah sumbing perlu dicegah dan dirawat dengan kadar segera.

Matlamat utama untuk usaha ini adalah meningkatkan kemampuan dan kebolehan anak anda untuk menjalani aktiviti seharian yang normal sama seperti kanak-kanak lain.

Apa yang ibu bapa perlu buat untuk mengatasi masalah bibir atau mulut sumbing ini adalah terbahagi kepada 2 kaedah utama yakni prosedur pembedahan dan terapi pertuturan.

Prosedur pembedahan

Prosedur pembedahan biasa akan dilakukan mengikut usia bayi seperti senarai di bawah ini:

  • Pembedahan membaik pulih bibir: 3 hingga 6 bulan pertama
  • Pembedahan membaik pulih lelangit: 12 bulan atau lebih awal
  • Pembedahan susulan: Antara umur 2 tahun sehingga akhir usia remaja

Terapi pertuturan

Lanjutan daripada itu, anak dengan masalah sumbing juga perlu menjalani terapi pertuturan agar mereka mampu bertutur dengan lebih baik sekali gus menyelesaikan masalah fizikal dan mental.

medical
Panel Perubatan Hello Doktor
Disemak secara perubatan oleh
Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada tadi