backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Trimester Terakhir Paling Mencabar? Jumpa Doktor Segera Jika Berlaku 5 Perkara Ini!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 05/09/2023

Trimester Terakhir Paling Mencabar? Jumpa Doktor Segera Jika Berlaku 5 Perkara Ini!

Setelah melalui trimester pertama dan trimester kedua, maka ibu hamil akan beralih pula pada fasa yang terakhir iaitu kandungan trimester 3 kehamilan.

Ramai ibu hamil yang mungkin akan kata bahawa ia merupakan fasa yang paling sukar ekoran tarikh untuk bersalin itu sudah sangat dekat.

Tidak kurang juga ada yang akan kata bahawa ketika kehamilan 38 minggu perut sering mengeras selain beberapa lagi petanda yang lain.

Khas buat anda yang sedang mengandung pada trimester terakhir, ayuh bersama kita ikuti artikel ini dengan lebih mendalam lagi!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kehamilan, anda boleh klik di sini.

Apa itu kandungan trimester 3?

Umum mengetahui bahawa proses kehamilan buat wanita dengan janin yang sempurna akan berlangsung selama 40 minggu.

Kemudian, proses ini akan dibahagikan pada  3 trimester yakni trimester pertama, kedua dan ketiga.

kandungan trimester 3

Kandungan trimester 3 atau sering dirujuk sebagai trimester terakhir ini merangkumi minggu 28 hingga 40 kehamilan sebelum ibu hamil bersalin.

Ia merupakan trimester kehamilan yang paling mencabar secara fizikal dan mental kerana akan berlaku banyak perubahan pada ibu dan janin.

Ini kerana janin yang wujud dalam kandungan ibunya akan membesar dengan sepenuhnya lantas menyebabkan perut sering mengeras.

Selain itu juga, terdapat banyak lagi perubahan yang mungkin akan berlaku pada si ibu pada ketika ini sebelum mereka melahirkan anak.

Apa yang berlaku di trimester ketiga ini?

Bukan sahaja kehamilan 38 minggu perut sering mengeras buat si ibu, malahan ada banyak lagi perubahan yang bakal berlaku termasuklah:

  • Badan rasa sakit dan banyak bengkak
  • Pergerakan bayi sangat aktif
  • Kerap ke tandas untuk membuang air
  • Rasa resah dan gelisah untuk bersalin
  • Kesukaran untuk tidur
  • Payudara membesar dan membengkak
  • Berlaku kontrasi rahim (Braxton-Hicks)

Simptom-simptom di atas ini boleh dianggap sebagai sesuatu yang normal, namun segera berjumpa doktor sekiranya berlaku tanda bahaya kehamilan trimester 3 berikut:

risiko kehamilan

Buat janin dalam perut pula, ia merupakan ketika di mana mereka sudah mempunyai tulang yang sempurna dan mula membuka matanya.

Pada sekitar minggu ke 36, bayi sepatutnya berada dalam posisi kepala ke bawah dan jika tidak, doktor mungkin akan mencuba untuk memusingkannya.

Sebagai alternatif, doktor mungkin akan mencadangkan ibu hamil agar melakukan pembedahan Caesarean (C-Section) untuk bersalin nanti.

Pada sekitar minggu ke 37, bayi akan matang sepenuhnya dan organ badan akan berfungsi menandakan ia sudah bersedia untuk lahir.

Pemeriksaan dengan doktor

Tanpa mengira trimester pertama, trimester kedua atau kandungan trimester 3, semua ibu hamil perlu kerap berjumpa doktor untuk memeriksa kandungan mereka.

Pada trimester terakhir kehamilan ini, anda mungkin perlu lebih kerap berbincang dan berkonsultasi dengan doktor kerana tarikh kelahiran sudah dekat.

Sekitar minggu ke 36, doktor mungkin akan menjalankan ujian Group B strep test untuk mengesan kewujudan bakteria yang berbahaya buat anda dan bayi.

Selain itu, doktor juga mungkin akan menjalankan pemeriksaan faraj bagi memastikan serviks anda lebih nipis dan lembut sebelum due date tiba kelak.

Jika terdapat sebarang masalah lain berkaitan kehamilan atau kesihatan tubuh badan anda, sila segera dapatkan nasihat doktor tentangnya.

kandungan trimester 3

Kekalkan tahap kesihatan anda

Bagi memastikan proses kehamilan itu kekal normal, sempurna dan berjaya, si ibu perlu sentiasa berada pada tahap kesihatan yang terbaik.

Dalam usaha mencapai hasrat itu, ada beberapa perkara yang ibu dengan kandungan trimester 3 perlu buat & elak untuk memastikan kesihatan anda dan juga bayi.

Berikut adalah perkara ibu hamil perlu buat:

  • Terus mengambil vitamin pranatal
  • Kekal aktif kecuali badan terlalu sakit dan bengkak
  • Buat senaman untuk kuatkan otot pelvik
  • Makan diet yang tinggi buah, sayur, protein dan serat
  • Makan kalori yang cukup (sekitar 300 berbanding biasa)
  • Minum air kosong dengan lebih banyak
  • Cuba untuk lebih banyak berjalan dari berehat
  • Pastikan gigi dan gusi kekal sihat
  • Dapatkan rehat dan tidur dengan cukup

Berikut adalah perkara ibu hamil perlu elak:

  • Menghisap rokok
  • Meminum alkohol
  • Meminum kafein
  • Menyalahgunakan dadah
  • Senaman yang melibatkan tekanan pada perut
  • Makanan laut mentah dan tinggi merkuri
  • Produk tenusu yang tidak dipasteur
  • Daging yang diproses
  • Najis haiwan peliharaan
  • Perjalanan yang jauh melibatkan sebarang jenis kenderaan
  • Ubatan tertentu seperti isotretinoin, acitretin, thalidomide dan ACE inhibitors

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang cara kekal sihat semasa kandungan trimester 3, sila lebih kerap berjumpa doktor untuk dapatkan nasihat.

kandungan trimester 3

Persediaan bersalin semasa kandungan trimester 3

Seperti mana yang kami telah nyatakan di atas tadi, kandungan trimester 3 atau trimester terakhir ini adalah fasa sebelum ibu hamil melahirkan anak.

Disebabkan itu, adalah sangat penting untuk kalian melakukan persediaan dengan lebih awal bagi memastikan proses bersalin kelak lebih mudah dan lancar.

Terdapat beberapa perkara dalam senarai semak yang ibu hamil perlu tahu iaitu:

  • Mengunjungi kelas pranatal untuk belajar tip, trik dan teknik untuk bersalin
  • Mencari ahli keluarga, saudara atau teman yang boleh menjaga anak lain anda
  • Memasak makanan yang boleh dibeku dan dimakan
  • Menyediakan nombor telefon kecemasan buat isi rumah
  • Memastikan rumah anda berada pada keadaan yang selamat
  • Menyediakan segala barangan untuk bermalam di wad
  • Memastikan jalan dan kenderaan terbaik untuk ke hospital
  • Memasang kerusi khas bayi pada kenderaan anda
  • Membeli kereta sorong bayi yang berkualiti tingggi
  • Membeli pakaian, lampin dan segala barang keperluan bayi
  • Memohon cuti bersalin daripada majikan anda
  • Merancang pelan bersalin dengan doktor (ini termasuk siapa yang boleh berada dengan anda ketika bersalin, prosedur hospital dan biaya insuran)

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 05/09/2023

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan