Bagaimana untuk mengetahui sama ada darah keluar ketika hamil itu normal atau berbahaya? Ikuti artikel ini untuk penjelasan lebih lanjut.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group
Bagaimana untuk mengetahui sama ada darah keluar ketika hamil itu normal atau berbahaya? Ikuti artikel ini untuk penjelasan lebih lanjut.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.
Pendarahan faraj semasa hamil trimester pertama adalah perkara biasa.
Dianggarkan lebih 20% kehamilan mengalami pendarahan ringan atau tompokan darah semasa mengandung dan kebanyakan mereka yang berdepan situasi ini dapat melalui kehamilan sihat.
Selalunya punca darah keluar semasa hamil yang berlaku adalah tidak berbahaya walaupun sebelum seseorang individu tersebut menyedari diri sedang mengandung.
Biasanya pendarahan ini terjadi apabila telur yang disenyawakan melekat pada lapisan rahim. Ia dikenali sebagai pendarahan implantasi.
Tanda-tanda pendarahan implantasi adalah pendarahan ringan atau tompokan di sekitar tempoh jangkaan kedatangan haid. Namun tidak semua wanita akan melaluinya.
Baca juga:
Darah keluar ketika hamil dalam tempoh 3 bulan pertama kehamilan adalah perkara biasa walaupun ia sering menjadi punca kebimbangan kebanyakan bakal ibu.
Ramai yang tertanya-tanya berapa banyak pendarahan awal kehamilan yang dianggap normal. Walaupun pendarahan awal mungkin menunjukkan kehadiran masalah yang serius, namun selalunya ia jarang berlaku.
Umumnya istilah tompokan ini biasanya merujuk kepada beberapa titik darah dan tidak menutupi keseluruhan tuala wanita atau panty liner. Manakala pendarahan pula adalah aliran darah yang cukup berat sehingga memerlukan pemakaian tuala wanita.
Jika berlaku pendarahan semasa trimester pertama, pakailah pelapik seluar dalam atau tuala wanita supaya anda dapat mengetahui jumlah aliran darah dan boleh memaklumkan kepada doktor.
Tetapi anda tidak disarankan untuk menggunakan tampon atau meruang (douche) semasa mengandung.
Pengeluaran hormon semasa kehamilan juga boleh mengakibatkan perubahan pada serviks, menjadikan ia lebih lembut dan terdedah kepada pendarahan.
Di samping itu, polip serviks – pertumbuhan lebihan tisu tidak berbahaya – mungkin terbentuk dan ia mungkin lebih mudah berdarah semasa berbadan dua.
Dalam kedua-dua kes di atas, tompokan atau pendarahan ringan mungkin tercetus selepas hubungan seksual atau pemeriksaan serviks.
Jangkitan faraj turut boleh mengakibatkan pendarahan faraj secara tiba-tiba semasa kehamilan. Pendarahan itu mungkin disertai dengan keputihan tidak normal.
Pendarahan faraj semasa awal kehamilan kadangkala menunjukkan masalah yang serius, seperti:
Apabila berlaku pendarahan semasa hamil – tanpa mengira peringkat kehamilan yang dilalui – adalah wajar untuk melakukan pemeriksaan doktor segera. Ini terutamanya jika pendarahan yang berlaku banyak seperti haid dan disertai kesakitan atau kekejangan.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen