backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

7

Tanya Doktor
Simpan

Petua Nak Cepat 'Lekat', Kena Bersetubuh Sehari Lepas Isteri Habis Haid, Menjadi Ke?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid Ā· Dokter Umum Ā· Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid Ā· Disemak pada 19/01/2024

    Petua Nak Cepat 'Lekat', Kena Bersetubuh Sehari Lepas Isteri Habis Haid, Menjadi Ke?

    Mengandung selepas period, pernah tak terjadi kepada anda atau teman baik yang anda kenali?

    Kehamilan adalah suatu impian buat kebanyakan wanita namun tidak semua yang bernasib baik akibat masalah ketidaksuburan diri atau pasangan.

    Disebabkan itu, pelbagai ikhtiar dicuba sama ada secara moden atau tradisional dalam usaha untuk mengandung.

    Ada satu cara untuk mudah hamil yang sering dimomokkan iaitu buat seks 1 hari selepas tamat haid. Benarkah?

    Untuk mengetahui jawapan tepat tentang mengandung selepas habis period, mari sama-sama kita ikuti artikel ini dengan lebih mendalam lagi tentang mengandung selepas period ini.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

    Seks dan haid

    Sebelum mengetahui jawapan bolehkah mengandung selepas period, ayuh kita fahami secara ringkas mengenai hubungan intim ini.

    Seks adalah satu perbuatan atau perlakuan di mana pasangan suami isteri bersetubuh dengan cara memasukkan alat sulit lelaki ke dalam kemaluan wanita.

    Tujuannya adalah untuk melepaskan air mani yang mengandungi sperma ke dalam rahim wanita untuk tujuan persenyawaan.

    Sekiranya proses persenyawaan ini tidak berlaku, maka ovum akan dilepaskan daripada tubuh badan wanita semasa tempoh haid.

    Bagaimana pula jika seks itu dilakukan semasa haid? Bolehkah mengandung selepas habis period?

    mengandung selepas period
    Boleh hamil selepas habis period?

    Seks ketika haid

    Seperti mana yang kebanyakan kita sudah tahu, individu beragama Islam adalah dilarang untuk melakukan hubungan seks (penetrasi zakar ke dalam faraj) semasa sedang haid.

    Ini disebabkan oleh darah haid itu adalah kotor dan termasuk dalam kategori najis pertengahan (mutawasitah), serta akan mendatangkan pelbagai kesan negatif terhadap pelaku.

    Namun ini bukan bermakna yang anda dan pasangan langsung tidak boleh bermesraan di kamar tidur.

    Kalian berdua mungkin boleh cuba untuk memuaskan nafsu syahwat dengan aktiviti ā€˜ringan-ringanā€™.

    Pun begitu, masih ada individu yang melakukan seks ketika haid kerana beranggapan bahawa ia adalah waktu yang sesuai kerana ia tidak akan menyebabkan kehamilan.

    Adakah pemikiran sebegini betul atau salah?

    Bersenggama semasa haid boleh hamil?

    Adakah boleh hamil selepas haid?

    Ramai pasangan yang belum bersedia untuk mengandung bersetubuh ketika sedang haid kerana percaya ia tidak akan menyebabkan kehamilan.

    Hakikatnya, persetubuhan yang dilakukan sewaktu si isteri sedang datang bulan tetap membolehkanĀ kehamilan yang tidak dirancang.

    Ini kerana peratusan untuk anda hamil dikatakan adalah sangat rendah sewaktu haid namun ia bukannya 0%.

    Dalam erti kata yang lebih mudah, masih wujud kemungkinan untuk kehamilan itu berlaku walaupun jarang.

    Jadi, pemikiran tersebut adalah tidak tepat sama sekali dan seks ketika haid harus dielak kerana terdapat pelbagai risiko yang mungkin boleh berlaku!

    Apa risiko bersetubuh ketika datang haid?

    Berasmaradana bersama pasangan ketika tempoh ini tentu sekali adalah kotor dan jijik ekoran darah yang mengalir keluar daripada faraj.

    Cuba kalian bayangkan alat sulit, cadar dan tilam yang dipenuhi dengan darah haid semasa atau seusai sahaja bercanda dengan pasangan.

    Selain itu, kita sangat tidak digalakkan untuk bermesraan atau berintiman semasa sedang haid kerana ia boleh menyebarkan penyakit.

    Penyakit yang dikatakan ini tentu sahaja terdiri daripadaĀ pelbagai jenis penyakit jangkitan kelamin (STD)Ā seperti:

    Jadi lakukanlah seks selepas isteri tamat tempoh datang haid ya?

    mengandung selepas period
    Sebab kenapa tidak boleh berhubungan semasa period.

    Bolehkah mengandung selepas period tamat 1 hari?

    Berapa lama boleh tahu mengandung?

    Baiklah, kita semua sudah tahu bahawa seks ketika haid bukanlah idea yang baik kerana ia tentu sekali adalah satu perbuatan yang jijik dan kotor.

    Selain itu, ia juga mungkin tidak akan mencegah kehamilan tidak dirancang seperti yang dimomokkan serta boleh menyebarkan penyakit.

    Maka, berasmaradana selepas isteri tamat tempoh datang haid adalah idea yang paling ideal!

    Berbalik semula kepada persoalan utama artikel ini iaitu bersetubuh sehari selepas haid boleh mengandung atau berapa lama boleh tahu mengandung?

    Jawapan mudahnya adalah ya kerana wanita boleh hamil pada bila-bila masa sahaja tidak kira sebelum, semasa atau selepas tempoh haid. Pendek kata boleh mengandung selepas period tamat ya!

    Namun peratusannya mungkin tidak begitu tinggi kerana kebanyakan wanita normal akan subur pada hari ke-12 hingga ke-14 selepas datang bulan.

    Ini kerana pada ketika inilah proses ovulasi akan berlaku dengan baik dan pesat, sekali gus meningkatkan peluang untuk anda mengandung.

    Jadi, sila rancang ā€˜timingā€™ untuk kalian berdua bercanda di kamar tidur dengan baik ya?

    mengandung selepas period
    Rancang hubungan intim anda selepas habis period.

    Mengandung selepas period ā€“ Adakah boleh hamil selepas haid?

    Ada sesetengah pasangan yang mendambakan kehamilan manakala segelintir pasangan lagi mengelakkan ia daripada berlaku akibat sebab tertentu.

    Sama ada anda mahu atau tidak, keputusan terletak di tangan kalian berdua dan ia sangat memerlukan komunikasi yang baik bersama pasangan.

    Adakah boleh hamil selepas haid?

    Jika anda ingin hamil, seks selepas haid tamat 1 hari bukanlah idea yang bagus kerana ia bukan waktu di mana isteri sedang subur.

    Sebaiknya, anda cuba untuk tunggu sehingga hari ke-12 hingga ke-14 selepas isteri tamat haid kerana ia adalah waktu di mana ovulasi sedang berlaku maka mengandung selepas period boleh terjadi.

    Konklusinya, sila rancang kehamilan dengan baik!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum Ā· Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid Ā· Disemak pada 19/01/2024

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan