backup og meta

Ibu Hamil? Tahniah! Tapi Waspada Dengan 13 Perkara Bahaya Sepanjang Trimester 1 Ini

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 14/06/2023

    Ibu Hamil? Tahniah! Tapi Waspada Dengan 13 Perkara Bahaya Sepanjang Trimester 1 Ini

    9 bulan tempoh kehamilan sering dianggap sebagai pengalaman berharga dalam hidup wanita. Walau bagaimanapun, terdapat tanda bahaya kehamilan trimester 1 yang sering dialami oleh wanita hamil.

    Keadaan ini terjadi kerana perubahan besar pada badan semasa mengandung dan menampung kehidupan baharu.

    Ayuh kita ketahui antara risiko komplikasi yang boleh terjadi semasa trimester pertama kehamilan anda.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

    Tanda bahaya kehamilan trimester 1

    Berlaku perubahan ketara dalam aktiviti hormon semasa trimester pertama. Perubahan ini penting tetapi ia membawa bersama komplikasi kepada ibu mengandung seperti keletihan atau loya.

    Terdapat sesetengah komplikasi adalah berisiko rendah dan lebih kepada mendatangkan ketidakselesaan berbanding bahaya. Namun ada beberapa kesan serius yang perlu anda ketahui.

    1. Keguguran 

    Dianggarkan 10-15% kehamilan berakhir dengan keguguran. Daripada jumlah ini, dilaporkan sekitar 89% berlaku semasa trimester pertama.

    Keguguran semasa awal kehamilan boleh disebabkan oleh jangkitan, keabnormalan kromosom, gangguan darah beku atau masalah anatomi rahim.

    tanda bahaya kehamilan trimester 1

    Langkah terbaik untuk mengatasi keadaan ini adalah dengan pengambilan makanan seimbang, bersenam, menghindari alkohol dan rokok bagi membantu mengekalkan kehamilan anda.

    2. Kehamilan ektopik, antara tanda bahaya kehamilan trimester 1

    Kehamilan ektopik berlaku apabila telur yang disenyawakan ditanam di luar rahim. Dianggarkan 1 daripada 50 keseluruhan kehamilan berisiko menjadi kehamilan ektopik.

    Kebanyakan kehamilan ini berlaku dalam tiub fallopio dan boleh menyebabkan tiub pecah. Keadaan ini boleh menyebabkan kematian kerana berlaku pendarahan dalaman.

    3. Sembelit dan cirit-birit

    Masalah berkaitan perut bukanlah perkara luar biasa.

    Biasanya wanita akan mengalami sembelit ringan hingga teruk disebabkan perubahan dalam diet dan pengambilan makanan kaya zat besi. Keadaan ini boleh mengakibatkan buasir dan najis berdarah. 

    Jika masalah cirit-birit berlanjutan lebih daripada 3-4 hari, anda harus mendapatkan pemeriksaan doktor kerana ia boleh menyebabkan dehidrasi dan lemah badan.

    Baca juga:

    4. Kehamilan berganda

    Kebanyakan ibu dengan kehamilan berganda akan mengalami pendarahan faraj. Komplikasi kehamilan kembar pada trimester awal ini termasuklah kehilangan janin – di mana berlakunya keguguran.

    Situasi ‘keguguran’ embrio ini biasanya akan diserap semula ke dalam lapisan rahim tanpa sebarang gejala ketara pada bakal ibu. 

    Keadaan ini biasanya dapat dikesan apabila 2 embrio yang pada imbasan awal, tinggal menjadi 1 embrio sahaja.

    Tanda bahaya kehamilan trimester 1 #5. Keputihan atau kegatalan faraj

    Mengalami keputihan adalah perkara biasa dalam kehidupan wanita. Tiada apa yang perlu dibimbangkan melainkan ia mempunyai bau yang kuat atau berwarna kekuningan.

    Manakala keputihan yang disertai dengan kegatalan atau kemerahan perlu diambil serius kerana boleh menjadi petanda jangkitan. 

    Sekiranya kegatalan yang terjadi adalah akibat jangkitan kelamin, ia boleh menjadi masalah serius kerana boleh berjangkit kepada bayi dalam kandungan.

    6. Kesakitan semasa kencing

    Disebabkan perubahan yang dialami ketika mengandung, wanita amat terdedah untuk mengalami jangkitan saluran kencing (UTI).

    Tekanan daripada rahim yang menghalang pengeluaran sepenuhnya air daripada pundi kencing juga boleh menjadi punca jangkitan.

    Jika UTI tidak dirawat, ia boleh mengakibatkan jangkitan buah pinggang atau kelahiran awal.

    7. Kesukaran bernafas

    Peningkatan tahap progesteron semasa trimester pertama boleh menyumbang kepada masalah sesak nafas.

    Sekiranya keadaan kesukaran bernafas ini disertai dengan berdehit, denyutan jantung pantas atau batuk, lakukan pemeriksaan doktor segera. Ini bagi membantu membezakan sama ada ia adalah masalah sesak nafas biasa atau komplikasi lain.

    tanda bahaya kehamilan trimester 1

    8. Tompokan atau pendarahan faraj, antara tanda bahaya kehamilan trimester 1

    Pendarahan implantasi adalah perkara biasa semasa awal kehamilan dan tidak perlu dibimbangkan.

    Namun ada kalanya pendarahan yang berlaku adalah disebabkan masalah lain seperti polip serviks, tiub kehamilan yang pecah – seperti dalam situasi kehamilan ektopik, tiub fallopio, juga boleh mengakibatkan maut.

    9. Sakit betis & sakit kepala

    Sakit betis semasa trimester pertama jarang berlaku. Namun perubahan hormon bersama keletihan yang dialami boleh menjadi puncanya.

    Tetapi jika kesakitan ini berlaku pada sebelah bahagian sahaja, ia boleh menunjukkan masalah pembekuan darah. Gumpalan yang terbentuk dalam urat kaki dikenali sebagai Deep Vein Thrombosis atau urat simpul.

    Gumpalan darah pada bahagian kepala pula boleh menyumbang kepada masalah sakit kepala yang teruk.

    10. Loya & muntah antara salah satu tanda bahaya kehamilan trimester 1

    Morning sickness adalah masalah biasa pada awal kehamilan bagi kebanyakan wanita. Namun, bagi sesetengah individu, keadaan ini boleh menjadi teruk dan meningkatkan risiko dehidrasi.

    Ada juga wanita yang akan muntah setiap kali makan dan boleh menyebabkan badan kekurangan nutrisi yang diperlukan badan dan janin.

    tanda bahaya kehamilan trimester 1

    11. Keletihan & insomnia

    Semasa trimester pertama, seorang wanita boleh mengalami kesukaran untuk tidur. Keadaan ini biasanya berpunca daripada keletihan melampau yang dirasai sepanjang hari.

    Situasi ini juga boleh berkaitan dengan masalah pedih ulu hati dan tabiat mandi pada waktu malam.

    12. Suhu badan tinggi

    Demam yang melebihi 38°C boleh menjadi tanda jangkitan asas. Situasi ini boleh menjejaskan janin dan perlu mendapat pemeriksaan doktor.

    Demam yang disertai dengan ruam atau sakit sendi boleh menjadi tanda parvovirus atau Toxoplasma.

    Terdapat juga kemungkinan kecil bahawa ia boleh menunjukkan sitomegalovirus (cytomegalovirus, CMV) yang merupakan punca terjadinya pekak kongenital.

    Tanda bahaya kehamilan trimester 1 #13. Bengkak 

    Selepas 20 minggu kehamilan, masalah bengkak dianggap normal bagi kebanyakan wanita kerana perubahan jumlah dan aliran darah yang menyebabkan cecair terperangkap di dalam tisu badan.

    Tetapi bengkak pada awal kehamilan – terutamanya muka dan tangan – boleh menjadi petanda preeklampsia.

    Kesimpulan

    Sekiranya terdapat sebarang kebimbangan, keraguan mahupun pertanyaan mengenai tanda bahaya kehamilan trimester 1, berundinglah dengan doktor untuk lebih kepastian.

    Walau apa pun, kami di Hello Doktor mengucapkan tahniah atas kehamilan anda! Pastikan anda menjaga diri dan mengambil makanan berkhasiat untuk kehamilan yang sihat.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 14/06/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan