Buat wanita yang sedang dalam proses kehamilan trimester kedua, sudah pasti anda mahu tahu tentang perkembangan janin trimester 2 bukan?
Untuk pengetahuan anda, ketika ini merupakan waktu yang sangat penting bagi janin di dalam kandungan si ibu berkembang dan membesar!
Dari minggu 13 hingga minggu 27 kehamilan (trimester kedua), artikel ini akan menceritakan proses perkembangan janin yang akan berlaku dalam perut si ibu.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang kehamilan di Malaysia, sila dapatkannya di sini.
Perkembangan janin mengikut minggu kehamilan
Beberapa bulan yang lepas semasa awal trimester pertama, janin di dalam kandungan tidak ubah seperti gumpalan kluster sel-sel sahaja.
Seiring waktu berlalu, anda sudahpun memasuki trimester kedua dan ketika ini bayi akan mula membentuk serta membesar di dalam perut.
Berikut adalah proses perkembangan janin trimester 2 mengikut minggu kehamilan:
Minggu 13 – 14
Ketika minggu ke 12, janin akan mula menghasilkan serta mengeluarkan urin di sekitar kawasan air ketuban dan dalam masa yang sama menelan air ini.
Tulang sudah mula terbentuk dan mengeras terutamanya tengkorak juga tulang belakang bayi sementara kulitnya masih lagi nipis dan lutsinar.
Masuk minggu ke 14, leher bayi akan mula sempurna dan sel darah merah akan melalui salur darah bayi selain jantina juga akan terbentuk.
Pada waktu ini, dianggarkan berat janin adalah sekitar 25 g dan panjang janin adalah sekitar 87 mm.
Perkembangan janin trimester 2: Minggu 15 – 16
Ketika minggu ke 15, kulit kepala dan jalur rambut janin akan mula terhasil di samping tulang yang kian jelas dapat dilihat melalui ultrabunyi.
Selain itu, dapat juga dipastikan bahawa mata bayi mulai terbuka dan bergerak serta telinga bayi mulai sampai ke kawasan yang tepat di sisi kepala.
Masuk trimester ke 14, pergerakan anggota badan sudah mula berlaku namun tidak kuat dan ia mungkin tidak dapat dirasai lagi oleh si ibu.
Pada waktu ini, dianggarkan berat janin adalah sekitar 110 g dan panjang janin adalah sekitar 120 mm.
Minggu 17 – 18
Ketika minggu ke 17, kuku janin akan mula terbentuk dan mereka akan menjadi lebih aktif dengan bergerak, berpusing atau berguling dalam perut ibu.
Selain itu, didapati bahawa jantung janin juga akan mengepam lebih banyak darah pada tubuh badan iaitu sekitar 100 pint setiap hari.
Masuk minggu ke 18, telinga bayi akan mula berfungsi dan mungkin boleh mendengar bunyi. Malah sistem pencernaannya sudah mula bekerja.
Pada waktu ini, dianggarkan berat janin adalah sekitar 200 g dan panjang janin adalah sekitar 140 mm.
Perkembangan janin trimester 2: Minggu 19 – 20
Ketika minggu ke 19, akan muncul selaput bernama vernix caseosa yang meliputi tubuh badan bayi dan bertujuan melindungi ia dari air ketuban.
Untuk bayi lelaki, alat kemaluan akan mula berkembang dan bayi perempuan pula mula membentuk rahim serta saluran kemaluan.
Minggu 21 – 22
Ketika minggu ke 21, bayi akan diselaputi oleh rerambut bernama lanugo yang akan membantu mengekalkan kedudukan vernix caseosa pada kulit.
Dalam masa yang sama juga, perkembangan janin trimester 2 ini akan dilihat mula memasuk dan menghisap ibu jari mereka ke dalam mulut.
Masuk minggu ke 22, bulu kening dan rambut akan mula tumbuh dan testis bayi lelaki akan mula turun ke dalam skrotum.
Pada waktu ini, dianggarkan berat janin adalah sekitar 460 g dan panjang janin adalah sekitar 190 mm.
Perkembangan janin trimester 2: Minggu 23 – 24
Ketika minggu ke 23, garis-garis halus pada tapak tangan, tapak kaki dan jari-jemari janin yang kemudiannya akan membentuk cap jari unik.
Selain itu, bayi anda juga akan mula mengalami sedu dalam kandungan yang akan menyebabkan pergerakan tidak terkawal dan mengejut.
Masuk minggu ke 24, kulit bayi akan mula mengerut dan berubah menjadi warna merah @ merah jambu ekoran kehadiran dalam salur darah.
Pada waktu ini, dianggarkan berat janin adalah sekitar 630 g dan panjang janin adalah sekitar 210 mm.
Minggu 25 – 26 – 27
Minggu ke 25, perkembangan janin trimester 2 adalah bayi sudah boleh mula mendengar bunyi seperti suara anda dan kerap tidur dalam kandungan.
Minggu ke 26, perkembangan janin trimester 2 adalah paru-paru bayi mula menghasilkan sebatian untuk memudahkan proses pernafasan mereka.
Pada waktu ini, dianggarkan berat janin adalah sekitar 820 g dan panjang janin adalah sekitar 230 mm.
[embed-health-tool-pregnancy-weight-gain]