backup og meta

Ini Persediaan Untuk Bersalin Di Hospital Perlu Bakal Ibu Ketahui, Barulah Tak Kelam-kabut

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 06/03/2022

    Ini Persediaan Untuk Bersalin Di Hospital Perlu Bakal Ibu Ketahui, Barulah Tak Kelam-kabut

    Apakah persediaan bersalin di hospital yang perlu bakal ibu ketahui? Selain beg hospital, adakah terdapat borang pra pendaftaran hospital yang perlu diisi?

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

    Persediaan bersalin di hospital

    Sebelum kita mengetahui apakah keperluan beg hospital yang perlu anda bawa, ada perkara penting lain harus diuruskan sebelum waktu bersalin tiba.

    Ia adalah soal pra pendaftaran hospital yang melibatkan borang maklumat peribadi dan kehamilan, insuran atau pembayaran nanti.

    Sudah tentu anda tidak mahu memikirkan perkara ini sewaktu sedang menahan sakit kontraksi, bukan?

    Pastinya situasi perlu mengisi borang semasa sedang sakit ingin beranak akan menjengkelkan anda.

    Cara terbaik adalah untuk melakukan persiapan awal dengan membuat pra pendaftaran sebagai persediaan bersalin di hospital atau sebarang pusat bersalin pilihan anda.

    Memilih hospital dan pra pendaftaran

    Selain beg hospital, pra pendaftaran ini adalah untuk melancarkan urusan dan prosedur melahirkan anak nanti.

    Beg hospital

    Ia adalah peluang untuk mengisi lebih awal pelbagai borang yang diperlukan untuk kemudahan rawatan kesihatan. 

    Ini juga bertujuan mempercepatkan proses kemasukan apabila tiba tarikh jangkaan bersalin.

    Seperkara yang perlu anda ketahui, tidak semua hospital atau pusat bersalin menyediakan proses pra pendaftaran ini. Kebanyakannya melibatkan hospital atau pusat bersalin swasta.

    Pra pendaftaran biasanya melibatkan:
  • Trimester pertama: Lakukan tinjauan hospital yang menyediakan perkhidmatan bersalin. Lakukan lawatan untuk melihat kesesuaian. Jangan lupa dapatkan maklumat mengenai polisi hospital dan lain-lain
  • Trimester kedua: Pilih hospital dan ia akan dinyatakan dalam rekod perubatan anda
  • Trimester kedua atau ketiga: Anda akan diberikan borang untuk diisi oleh hospital pilihan
  • Trimester ketiga: Tunggu masa bersalin tiba dan jangan lupa bawa salinan borang pra pendaftaran dalam beg hospital anda
  • Kelengkapan beg hospital

    Soal pra pendaftaran sebagai persediaan bersalin di hospital sudah anda ketahui. Bagaimana pula dengan kelengkapan yang perlu dibawa nanti?

    Berikut antara senarai semak yang boleh membantu:

    1. Lesen memandu atau kad pengenalan diri

    2. Kad insurans atau sebarang dokumen hospital yang telah anda isi

    3. Telefon dan pengecas

    4. Pakaian untuk bayi termasuklah stokin

    5. Pakaian ibu untuk dipakai selepas dibenarkan pulang ke rumah. Sediakan pakaian yang selesa dan mudah dipakai

    6. Beg tambahan kecil untuk mengisi sebarang bekalan atau cenderahati daripada pihak hospital yang mungkin diberikan

    Beg hospital

    Barang yang harus dielakkan dalam beg hospital

    Adakalanya bakal ibu akan membawa barang secara berlebihan. Namun ada sesetengah barangan yang tidak seharusnya dibawa ke hospital, seperti:

    • Terlalu banyak pakaian untuk ibu dan bayi – elakkan berlebihan atau ia hanya akan menyusahkan anda
    • Barangan berharga! Tidak perlu memakai barangan kemas atau apa sahaja barangan bernilai. Beringat itu adalah lebih baik, bukan?
    • Wang tunai yang banyak

    Sediakan penjaga di rumah

    Mempunyai anak lain?

    Jangan lupa untuk menyediakan penjaga untuk mereka semasa anda berada di wad bersalin. Pastikan anda mudah untuk menghubungi penjaga tersebut, tidak kira masa.

    Jika mempunyai haiwan peliharaan, hantarkan ia kepada pusat jagaan haiwan untuk sementara.

    Baca juga:

    Mengemas rumah untuk menyambut kepulangan bayi

    Selain menyediakan beg hospital, kebanyakan parents terlupa mengenai hal ini. Dan kemudiannya akan menyebabkan anda menjadi kelam kabut. 

    Jadi, bersih dan kemaskan rumah lebih awal bersama pasangan sebelum tiba tarikh jangkaan bersalin.

    Jika ada anak yang lain, libatkan mereka untuk membersihkan rumah bagi menyambut ketibaan bayi baharu.

    Sekiranya mampu, anda boleh mengupah syarikat yang menyediakan perkhidmatan membersih dan mengemaskan rumah.

    Apa lagi perkara yang terbaik selain pulang ke rumah bersama bayi dengan keadaan rumah yang kemas dan bersih

    Selain beg hospital, kerusi keselamatan bayi juga penting!

    Beg hospital

    Jangan lupa untuk membeli kerusi keselamatan bayi dan memasangnya lebih awal sebelum tiba hari bersalin.

    Jika tidak pasti, anda boleh bertanya dan mendapatkan bantuan penjual kerusi keselamatan bayi mengenai cara pemasangan yang betul.

    Selain beg hospital, selesaikan hal pendaftaran!

    Untuk memudahkan proses kemasukan, pastikan anda menyelesaikan hal pra pendaftaran hospital (jika perlu) dengan lebih awal.

    Ia dapat membantu mengurangkan tekanan apabila tiba saat untuk beranak nanti! Ingat, hospital yang anda pilih adalah pilihan anda sendiri!

    Jika terdapat sebarang keraguan atau masih tidak pasti hospital yang menjadi pilihan untuk melahirkan anak nanti, rujuklah kepada doktor untuk mendapatkan pandangan dan kepastian.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 06/03/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan