Apa yang perlu anda ketahui mengenai perkembangan janin trimester 3 ya? Baca artikel ini untuk lebih memahami tentang tumbesaran janin serta simptom perubahan tubuh yang perlu bakal ibu perhatikan.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group
Apa yang perlu anda ketahui mengenai perkembangan janin trimester 3 ya? Baca artikel ini untuk lebih memahami tentang tumbesaran janin serta simptom perubahan tubuh yang perlu bakal ibu perhatikan.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.
Memasuki fasa tumbesaran janin trimester ketiga, si manja akan mula membuka mata, menambah berat badan dan bersedia untuk dilahirkan.
Peringkat ini juga rahim menjadi tempat paling sibuk.
Seperkara ingin diingatkan, segala ukuran adalah anggaran semata-mata.
Pada minggu ke-28 tempoh kehamilan, kelopak mata bayi boleh terbuka separuh dan bulu mata telah terbentuk.
Sistem saraf pusat dapat mengawal pergerakan nafas dan suhu badan.
Bayi anda sekarang dianggarkan sepanjang 250 mm dengan berat sekitar 1 kg.
Manakala pada minggu ke-29, si manja sudah mula menendang, meregangkan badan dan mencengkam.
Mata bayi dalam kandungan sudah dapat terbuka luas ketika berusia 30 minggu.
Rambut mereka juga berkemungkinan tumbuh pada minggu ini. Sel darah merah terbentuk di sumsum tulang bayi.
Panjang bayi juga bertambah melebihi 270 mm dengan berat 1.3 kg.
Menjelang usia 31 minggu kehamilan, sebahagian besar proses tumbesaran janin telah selesai. Kini masanya untuk mereka menambah berat lebih banyak!
Pada minggu ke-32 kehamilan, kuku kaki bayi mula kelihatan. Rambut halus dan lembut yang menutupi kulit bayi – lanugo – mulai gugur minggu ini.
Pada perkembangan janin trimester 3, bayi dalam kandungan dianggarkan seberat 1.7 kg dengan kepanjangan 280 mm.
Minggu seterusnya, anak mata si kecil akan berubah saiz sebagai tindak balas terhadap rangsangan cahaya.
Tulang mereka semakin mengeras. Namun, bahagian tengkorak masih lembut dan fleksibel.
Kuku si kecil mula tumbuh sampai ke hujung jari ketika berusia 34 minggu.
Kepanjangan bayi pada usia ini dianggarkan sekitar 300 mm dengan berat lebih daripada 2.1 kg.
Kulit bayi akan menjadi licin pada minggu ke-35 kehamilan. Tubuh mereka semakin berisi dan lebih jelas kelihatan seperti bayi comel.
Memasuki minggu ke-36, keadaan dalam rahim akan semakin sesak dan menyukarkan bayi untuk menendang.
Tapi jangan risau, ibu berkemungkinan masih berpeluang merasai pergerakan dan tendangan manja si kecil!
Menghampiri tarikh jangkaan bersalin, kepala bayi pada minggu ke-37 ini mula turun ke pelvis.
Sekiranya kedudukan bayi dalam keadaan songsang, doktor akan cuba membantu mengatasi situasi ini.
Baca juga:
Ukur lilit kepala bayi dan perutnya pada usia kehamilan 38 minggu ini adalah hampir sama.
Kuku jari kaki juga sudah tumbuh dan kebanyakan rambut lanugo pada bayi sudah gugur semuanya.
Berat si kecil boleh mencapai sekitar 2.9 kg.
Pada minggu ke-39, dada bayi semakin menonjol. Bagi bayi lelaki, testis mula turun ke skrotum.
Lemak pada badan semakin bertambah bagi membantu mengawal suhu badan selepas kelahiran.
Memasuki minggu akhir kehamilan, panjang bayi dianggarkan sekitar 360 mm dengan berat 3.4 kg.
Jangan bimbang jika masih tidak muncul tanda-tanda akan bersalin.
Due date hanyalah anggaran untuk menjangkakan bila kehamilan anda akan berusia 40-minggu dan bukannya untuk tempoh bayi dilahirkan.
Berikut adalah antara perubahan dan gejala yang mungkin dialami oleh seorang wanita hamil semasa trimester ketiga, merangkumi:
Jika terdapat sebarang kebimbangan mengenai keadaan diri, lakukan pemeriksaan doktor untuk lebih kepastian.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen