Kenapa susah tidur ya? Kadang-kadang, hanya dapat tidur selama beberapa jam saja! Perkara inilah yang sering kali berlaku apabila seseorang meningkat usia, terutamanya selepas berumur 50 tahun, masalah susah tidur atau insomnia menjadi semakin biasa.
Sedangkan, tidur adalah sesuatu yang penting untuk badan. Risau jikalau tidur terganggu, ada risiko sakit jantung. Artikel ini akan menghuraikan kaitan antara susah tidur dan kesihatan jantung.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Tidur Berkualiti, klik di sini.
Kenapa susah tidur?
Agak-agak, kenapa kita susah nak tidur? Apabila umur meningkat, perubahan biologi dalam badan berlaku:
Hormon tidur berkurangan: Melatonin, hormon yang mengawal kitaran tidur, semakin menurun dengan usia, menjadikan seseorang lebih sukar untuk tidur lena
Kesihatan fizikal: Sakit sendi, masalah prostat, tekanan darah tinggi atau diabetes boleh menyebabkan kerap terjaga pada waktu malam
Tekanan emosi: Pada usia 50-an, ramai yang berdepan tekanan seperti persaraan, anak dewasa atau masalah kewangan yang boleh mengganggu tidur
Tabiat lama: Pengambilan kafein lewat malam, kurang aktiviti fizikal atau penggunaan gajet sebelum tidur turut memburukkan lagi masalah insomnia
Kesannya, tidur yang sepatutnya menjadi waktu untuk tubuh memperbaiki diri terganggu, lalu menjejaskan kesihatan keseluruhan.
Bagaimana susah tidur berkait dengan risiko sakit jantung?

Jika seseorang sering tidur tidak lena atau kurang tidur, kesannya boleh menjadi serius kepada jantung. Tidur yang cukup yang diperlukan oleh orang dewasa selama 7-9 jam adalah penting untuk kebaikan kesihatan jantung.
Gangguan tidur mengganggu tidur yang sihat dan menjejaskan kehidupan sehingga 70 juta orang di A.S.
Lebih daripada 80 gangguan tidur yang berbeza telah dikenal pasti. Yang paling kerap terjadi ialah insomnia, narkolepsi, sindrom kaki resah dan apnea tidur. Penyelidikan menunjukkan ia boleh meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular (CVD) dan menjejaskan kesihatan jantung.
- Tekanan darah meningkat
Apabila tidur terganggu, sistem saraf simpatetik lebih aktif. Ini menyebabkan tekanan darah kekal tinggi walaupun ketika rehat. Tekanan darah tinggi adalah salah satu punca utama serangan jantung. Keradangan dalam badan
Kurang tidur meningkatkan penghasilan hormon stres seperti kortisol. Ia boleh mencetuskan keradangan kronik dalam saluran darah, yang mempercepatkan proses aterosklerosis (pengerasan arteri).Gangguan metabolisme
Tidur yang tidak cukup boleh mengubah cara badan memproses gula dan lemak. Ini meningkatkan risiko obesiti, diabetes dan kolesterol tinggi — semua faktor risiko sakit jantung.Gangguan irama jantung
Insomnia kronik juga dikaitkan dengan masalah aritmia (denyutan jantung tidak teratur), yang boleh meningkatkan risiko strok atau serangan jantung.
6 Tanda-tanda susah tidur malam
Ini tanda-tanda kenapa susah tidur malam. Jika gejala ini kerap berlaku, ia boleh menjadi petanda bahaya:
Sukar untuk tidur lebih dari 30 minit walaupun badan letih
Kerap terjaga tengah malam dan susah tidur semula
Bangun terlalu awal sebelum waktu
Rasa penat, cepat marah atau sukar fokus pada siang hari
Jantung berdebar atau tekanan darah tidak stabil
Cara mendapatkan tidur yang cukup dan lindungi jantung anda
Walaupun insomnia pada usia 50 tahun ke atas adalah perkara biasa, ia masih boleh dikawal. Antara langkah yang boleh membantu mendapatkan tidur yang berkualiti ialah:
1. Menetapkan rutin tidur yang tetap

Tidur dan bangun pada waktu yang sama setiap hari membantu melatih jam biologi badan agar lebih teratur.
2. Kenalpasti punca yang mengganggu tidur
Adakah anda jenis mudah rasa penat selepas bangun tidur walaupun sudah dapatkan tidur yang lena? Atau anda bangun pada waktu malam dan mengambil sekurang-kurangnya 30 minit untuk tidur semula, tiga kali seminggu atau lebih?
Anda boleh kongsikan perkara ini dengan pakar kesihatan untuk menilai kualiti tidur anda.
3. Elakkan perkara menyebabkan sukar tidur
Alkohol dan kafein boleh mengganggu tidur dan perlu dielakkan pada waktu malam. Penggunaan peranti elektronik berlebihan juga boleh mengganggu corak tidur anda.
Sebab itulah, pakar mengesyorkan agar tidak menggunakan peranti ini selama sejam atau lebih sebelum tidur.
4. Bina suasana bilik tidur yang selesa
Antara sebab yang lain kenapa susah tidur, mungkin anda tidak mempunyai persekitaran yang selesa untuk tidur.
Tetapkan persekitaran tidur yang selesa dan nyaman. Contohnya, pastikan anda mempunyai tilam dan bantal yang selesa, suhu yang menyenangkan dan suasana senyap dan gelap.

Tidur penting untuk semua peringkat umur
Jangan lupa untuk dapatkan pandangan pakar jika keadaan susah tidur berlarutan dan mengganggu rutin seharian anda.