Tidak dinafikan kebanyakan ibu mengandung jarang bersama pasangan apabila berada di bulan-bulan akhir tempoh kehamilan. Adakah anda bimbang hubungan seks semasa hamil membahayakan bayi dalam kandungan?
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.
Hubungan seks semasa hamil trimester ketiga
Kehamilan yang dilalui sememangnya mengubah tubuh dan gaya hidup anda. Namun ia tidak bermakna kehidupan seks bersama pasangan juga perlu diubah.
Hubungan seks semasa hamil sebenarnya memberikan banyak manfaat, seperti menurunkan tekanan darah dan juga menjadikan tidur lebih baik.
Malahan, apabila anda bersama pasangan, ia dapat meningkatkan keintiman kalian bersama sebelum kelahiran si comel nanti.
Tetapi kerisauan mengenai keselamatan bayi dalam kandungan, pastinya membantutkan keinginan seksual anda, bukan?
Apatah lagi ketika berada di trimester ketiga kehamilan.
Hakikatnya seks adalah selamat untuk anda nikmati!
Ini antara apa yang sering bermain di fikiran pasangan yang bakal menimang zuriat.
Boleh ke bersama pasangan ketika trimester ke-3?
Secara amnya, hubungan seks semasa hamil adalah selamat.
Anda tidak akan menyakiti bayi kerana mereka dilindungi dengan cecair ketuban dan disekat oleh serviks.
Cumanya, anda tidak digalakkan bersama suami jika dalam keadaan tertentu seperti plasenta previa – sebahagian atau keseluruhan plasenta bayi meliputi pembukaan serviks – atau anda berisiko untuk kelahiran bayi pramatang.
Situasi lain yang tidak membolehkan hubungan intim dilakukan adalah apabila air ketuban anda pecah. Ini kerana ia meningkatkan risiko penularan jangkitan bakteria ke saluran kelahiran.
Apa rasa hubungan seks semasa hamil pada tempoh kehamilan ini?
Sepanjang mengandung, darah anda akan meningkat kepada 40%.
Pelebaran saluran darah ini akan menjadikan anda super sensitif terutamanya sekitar payudara dan pelvis serta bahagian tubuh yang mudah dirangsang (zon erogen) seperti bibir.
Ada wanita hamil mengatakan persetubuhan yang dilakukan semasa trimester ketiga ini membolehkan mereka mencapai orgasma terbaik.
Tetapi tidak kurang juga berasakan seks pada tempoh ini sesuatu yang menyakitkan.
Seperkara yang mungkin boleh menyebabkan kalian terkejut adalah apabila berlaku pendarahan semasa atau selepas seks.
Pendarahan semasa seks
Bertenang! Pendarahan yang berlaku adalah normal, kerana keadaan serviks – pintu rahim – lembut dan membengkak semasa berbadan dua.
Jadi sedikit pendarahan selepas hubungan seks tidak perlu dibimbangkan, terutamanya jika pasangan melakukan penembusan (penetrasi) mendalam.
Hubungan seks semasa hamil trimester ke-3: Posisi terbaik
Sekiranya zakar pasangan menyentuh serviks, berkemungkinan anda mungkin mengalami kesakitan dan pendarahan yang menyebabkan hilang keinginan untuk seks.
Tetapi terdapat beberapa posisi seks boleh membantu mengurangkan ketidakselesaan yang dialami.
Contoh posisi seks adalah seperti wanita di atas. Posisi lain yang boleh dicuba adalah kedua-dua pasangan berbaring mengiring dengan wanita berada di hadapan.
Bercakap mengenai hubungan seks semasa hamil, sebaiknya kekalkan posisi yang mengurangkan tekanan dan berat daripada perut ibu.
Elakkan juga posisi yang memerlukan wanita hamil berbaring menelentang.
Ia menghindari tekanan mampatan saluran darah yang boleh mengakibatkan rasa pening dan masalah lain seperti pengurangan aliran darah ke janin.
Baca juga: