backup og meta

Bagaimana Rasanya Sakit Kontraksi? Ibu Perlu Peka Sebelum Dekat Tarikh Bersalin!

Bagaimana Rasanya Sakit Kontraksi? Ibu Perlu Peka Sebelum Dekat Tarikh Bersalin!

Ramai wanita terutamanya mereka yang baru sahaja pertama kali hamil pasti tertanya, bagaimana rasa kontraksi? Kenapa ada contraction? Berapa lama sakit contraction? Apa cara mengira kontraksi sebenar?

“Adakah kontraksi bermakna sudah terdapat bukaan pada faraj saya?”

Ia merupakan satu proses fisiologikal normal bagi membantu para ibu untuk melahirkan anak.

Walau bagaimanapun, ramai ibu mungkin tidak tahu bahawa kontraksi terbahagi kepada beberapa jenis.

Bukan semuanya berlaku pada saat anda hendak melahirkan anak.

Jika anda ingin mengetahui jawapan tentang persoalan bagaimana rasa kontraksi, baca artikel ini.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

Bagaimana rasa kontraksi palsu semasa hamil? Adakah ia menyakitkan?

Kenapa ada contraction? Berapa lama sakit contraction? Apa cara mengira kontraksi sebenar?

Berbeza dengan jenis kontraksi lain, kontraksi palsu atau anda mungkin mengenalinya sebagai kontraksi Braxton-Hicks, berlaku di awal kehamilan.

Ia merupakan satu bentuk latihan bagi menyediakan otot rahim anda untuk lebih bersedia setelah janin cukup matang untuk mengalami proses kelahiran.

Jadi persoalannya, bagaimana rasa kontraksi palsu?

  1. Walaupun kebanyakan wanita tidak berasa sakit, hanya rasa tidak selesa, terdapat segelintir yang mengalami rasa sakit seperti kontraksi bersalin.
  2. Kontraksi palsu lebih tertumpu di abdomen manakala rasa sakit kontraksi sebelum bersalin turut dirasai di bahagian belakang badan.
  3. Tidak kerap berlaku dan jarak di antara dua kontraksi tidak semakin rapat.
  4. Berubah mengikut kedudukan badan atau aktiviti seperti berjalan.
  5. Tidak menyebabkan berlakunya perubahan pada struktur serviks.
bagaimana rasa kontraksi
Perubahan lendir serviks wanita.

Oleh sebab kontraksi palsu berkait dengan beberapa faktor seperti keletihan, kehausan dan sebagainya, perkara berikut boleh bantu melegakan kesakitan:

  • Ubah posisi semasa anda. Jika anda sedang duduk, cuba baring. Kalau anda sedang berdiri, cuba duduk
  • Minum air secukupnya
  • Berhenti daripada sebarang aktiviti dan cuba berehat.

Bukan senang untuk seseorang itu membezakan di antara sakit kontraksi palsu dan kontraksi yang lain

Perkara ini terutamanya ketika anda berada pada fasa lewat kehamilan.

Jika risau, dan rasa sakit tidak hilang selepas anda cuba tukar posisi atau minum air, anda boleh rujuk kepada doktor.

Kontraksi prakelahiran, rasa sakit sebelum 37 minggu kehamilan

Kontraksi yang mengisyaratkan badan sudah bersedia untuk melahirkan anak mempunyai corak/paten tertentu.

Ia berlaku lebih kerap. Sebagai contoh, mereka yang rasa kontraksi setiap 10 hingga 12 minit dalam tempoh masa sejam mungkin mengalami proses kelahiran.

Apabila ia berlaku sebelum kehamilan cukup tempoh (sebelum 37 minggu), ia dikenali sebagai kontraksi prakelahiran.

Jadi, ingin tahu bagaimana rasa kontraksi prakelahiran? Ini tandanya:

  1. Rasa tekanan pada abdomen atau bahagian pinggul.
  2. Kram perut.
  3. Sakit pada bahagian belakang badan.

Jika ketiga-tiga gejala tersebut hadir bersama dengan air ketuban pecah atau pendarahan pada faraj, tanda kelahiran menjadi lebih objektif.

Risiko untuk anda mengalami kontraksi pada tempoh prakelahiran mempunyai sangkut paut dengan risiko kelahiran pramatang.

bagaimana rasa kontraksi
Kontraksi kehamilan agak menyakitkan.

Antaranya adalah:

  1. Masalah struktur pada organ sepertirahim, serviks atau uri.
  2. Sejarah berkaitan kelahiran pramatang.
  3. Dijangkiti oleh kuman.
  4. Kehamilan kembar.
  5. Merokok atau menggunakan dadah terlarang semasa hamil.
  6. Tidak diperiksa oleh doktor secara berkala.
  7. Tekanan fizikal, emosi dan mental.
  8. Mempunyai berat badan berlebihan atau kurang daripada normal sebelum kehamilan.

Bagaimana rasa kontraksi ketika proses kelahiran

Secara amnya, proses kelahiran terbahagi kepada fasa awal dan fasa aktif.

Pada ketika ini, rasa kontraksi kebiasaannya ringan dan ia boleh berlaku di antara 30 hingga 90 saat.

Simptom lain seperti keluar lendiran mula timbul pada fasa ini berikutan serviks anda mula terbuka bagi membolehkan bayi keluar.

Pada peringkat permulaan, jarak di antara dua kontraksi boleh jadi jauh.  

Namun, pada pengakhiran bagi fasa awal proses kelahiran, jarak antara dua kontraksi boleh jadi sependek 5 minit.

Pada ketika ini, doktor akan membuat pemeriksaan berkala untuk memastikan progress anda baik.

bagaimana rasa kontraksi
Kontraksi biasa berlaku ketika hamil.

Apabila bukaan anda sudah mencecah 4 sentimeter, proses kelahiran anda sedang berada pada fasa aktif.

Kesakitannya boleh menjalar dari belakang badan hingga ke abdomen.

Pada ketika ini, tahap kesakitan meningkat dan ia biasanya berlaku selama 45 hingga 60 saat.

Jarak di antara dua kontraksi juga sudah semakin pendek, antara 3 hingga 5 minit.

Apabila bukaan faraj anda sudah mencecah 7 sentimeter, kekerapan berlakunya kontraksi meningkat.

Bayangkan, anda boleh merasai kontraksi selama 60 hingga 90 saat dan jarak di antara keduanya boleh jadi 30 saat hingga 2 minit.

[embed-health-tool-due-date]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Braxton Hicks Contractions. (https://americanpregnancy.org/labor-and-birth/braxton-hicks/). Diakses pada 15 Mei 2020.
  2. Braxton Hicks Contractions. (https://www.ncbi.nlm.nih.gov/books/NBK470546/). Diakses pada 15 Mei 2020.
  3. Contractions and signs of labour. (https://www.marchofdimes.org/pregnancy/contractions-and-signs-of-labor.aspx#). Diakses pada 15 Mei 2020.
  4. Labour contractions. (https://www.sutterhealth.org/health/labor-delivery/labor-contractions) . Diakses pada 15 Mei 2020.
  5. Pregnancy: Coping with Discomforts during Pregnancy. (https://my.clevelandclinic.org/health/articles/5186-pregnancy-having-a-healthy-pregnancy). Diakses pada 15 Mei 2020.

Versi Terbaru

26/09/2024

Ditulis oleh Nurul Halifah

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

4 Tanda Umum Jika Ibu Hamil Mungkin Mengalami Keguguran Di Awal Trimester!

Ikut Cara Berpantang Selepas Keguguran Ini Jika Ibu Nak Cepat Hamil Kembali!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Halifah · Disemak pada seminggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan