Ajaklah pasangan melakukan posisi yang lebih unik seperti reverse spooning, sit and stare, hands and knees dan macam-macam lagi.
Posisi perlu dielakkan:
Akan tetapi, ketika kehamilan anda berusia sekitar 20 minggu, pastikan kalian elakkan posisi seks yang memerlukan isteri untuk berbaring secara menelentang seperti posisi seks yang biasa iaitu missionary.
Ini kerana posisi seperti ini akan memberi tekanan kepada saluran darah aorta yang menghalang aliran darah ke plasenta.
Jadi, lakukan posisi alternatif yang lain ya?
Trimester ketiga (28 minggu dan ke atas)

Waktu ini perut ibu hamil akan menjadi sangat besar. Namun, itu bukan penghalang anda dan pasangan untuk mendapatkan seks yang hangat dan membara! Kuncinya, adalah pada kreativiti kalian berdua.
Ingin mengetahui tarikh jangkaan bersalin anda dengan lebih tepat? Kira EDD anda di kalkulator tarikh bersalin kami.
Posisi boleh dilakukan:
Ketika ini, variasi posisi senggama anda mungkin sudah semakin sedikit jumlahnya.
Ini kerana suami perlu memastikan posisi yang dilakukan itu tidak memberi tekanan kepada perut anda yang sedang memboyot.
Jadi, antara posisi yang paling baik untuk dilakukan semasa trimester ketiga ini adalah spooning, rear entry, woman on top atau apa-apa sahaja posisi yang tidak membebankan perut isteri.
Posisi perlu dielakkan:
Sama seperti ketika trimester kedua, posisi seks yang perlu dielakkan adalah yang akan memberi tekanan kepada perut anda.
Selain itu, dikatakan juga bahawa penetrasi yang terlalu dalam juga adalah perlu dielakkan!
Ini kerana kebanyakan ibu hamil cenderung berfikiran bahawa tujahan zakar suami yang terlalu dalam akan mendatangkan kesan kepada kandungan dalam perut mereka. Ia adalah tidak benar. Jadi, jangan takut ya?
Dalam pada itu, anda tidak perlu risau untuk melakukan sebarang teknik foreplay seperti blowjob, handjob, footjob dan lain-lain lagi, sekiranya anda kurang selesa untuk bersama pasangan ketika hamil.
Tapi jika anda mengalami masalah faraj kering, sila ikut panduan di bawah.
Tiada lagi alasan untuk anda menolak ajakan pasangan berasmara selepas ini!
Cuma, pastikan anda dan pasangan mendapatkan nasihat doktor jika ada kebimbangan tentang perkara ini ya?
Tidak ada masalah melakukan seks ketika hamil
Kesimpulannya, tiada sebarang masalah untuk anda lakukan seks bersama suami ketika hamil kerana ia adalah normal dan selamat.
Selain itu, anda juga tidak perlu menggunakan sebarang alat kontrasepsi kerana air mani suami tidak akan menjejaskan kandungan isteri.
Namun, jika anda mempunyai sebarang kegusaran atau kerisauan mengenai seks bersama suami ketika hamil, segera berjumpa doktor untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen