Simptom serangan jantung
Sakit dada atau rasa tidak selesa
Ini merupakan simptom serangan jantung yang paling selalu terjadi; walaupun begitu, bagaimana wanita mengalaminya mungkin berbeza berbanding lelaki. Simptomnya mungkin adalah seperti rasa seperti ditekan atau sesak dada, dan rasa sakit mungkin bukan hanya di sebelah kiri, tetapi ia boleh terjadi di mana-mana kawasan dada. Simptom tersebut, secara umumnya, dipercayai adalah rasa amat tidak selesa. Sesetengah pakar kardiologi menyatakan bahawa wanita mungkin mempunyai simptom yang lain, seperti loya, pendek nafas.
Pendek nafas, loya, pening
Sekiranya anda mempunyai masalah sukar bernafas tanpa sebab tertentu, anda mungkin mempunyai serangan jantung, terutamanya jika ia berlaku dengan satu atau lebih simptom yang lain. Ia berasa seperti anda baru lepas berlari maraton, tetapi anda tidak melakukan sebarang pergerakan.
Sakit pada tangan, belakang, leher, rahang atau perut
Wanita selalunya mengalami simptom sebegini berbanding lelaki. Rasa sakit tersebut bukan saja dirasakan pada dada dan tangan kiri tetapi juga pada rahang atau belakang badan yang boleh mengelirukan. Rasa sakit tersebut boleh datang sedikit demi sedikit atau datang sekali gus, dan ia mungkin terdapat masa yang tinggi dan rendah sebelum ia menjadi sangat menyakitkan. Kesakitan tersebut boleh mengejutkan anda sekiranya anda sedang tidur. Pakar kardiologi menasihatkan agar individu yang mengalami simptom yang tidak boleh dijelaskan pada mana-mana bahagian badan atas daripada pinggang anda harus memberitahu doktor mereka dengan segera. Dalam kes sakit perut, ia selalunya disalah ertikan dengan ulser perut, pedih ulu hati atau selesema berbanding tanda-tanda serangan jantung. Pakar kardiologi melaporkan bahawa wanita mungkin akan mengalami rasa tekanan pada abdominal yang serius yang dirasakan seperti terdapat binatang yang besar sedang duduk di atas perut mereka.
Keletihan
Wanita yang mempunyai serangan jantung mungkin akan dibelenggu dengan rasa kelesuan yang kuat, walaupun apabila mereka tidak melakukan sebarang pergerakan. Sesetengah pesakit melaporkan bahawa mereka selalunya berasa letih pada dada mereka dan tidak boleh melakukan aktiviti ringan.
Berpeluh
Simptom ini berbeza dengan berpeluh yang anda dapat semasa melakukan senaman atau ketika berada di persekitaran yang panas; ia lebih kepada berpeluh yang berkaitan dengan stres.
Jaga kesihatan diri anda
Anda boleh mencegah penyakit jantung dengan: