Walaupun kemungkinannya adalah sangat rendah, suami isteri masih perlu berhati-hati jika sedang merancang keluarga. Gunakanlah kaedah kontraseptif yang lain okay?
Amalkan hubungan suami isteri yang sihat dan selamat
Tidak salah untuk merancang keluarga terutamanya jika kalian baharu berkahwin dan belum bersedia. Namun, teknik seks tanpa penetrasi mungkin masih mendatangkan risiko kehamilan.
Sebaiknya, amalkan hubungan suami isteri yang sihat dan selamat dengan cara ini:
#1. Pengambilan pil perancang
Ini adalah kaedah kontraseptif yang paling efektif dalam hubungan suami isteri. Namun, jika anda tidak gemar atau tidak mahu mengambil sebarang ubatan, boleh gunakan langkah yang seterusnya.

#2. Pemakaian kondom
Buat anda yang belum tahu, teknik kontraseptif ini boleh menghalang kehamilan sehingga 99%. Selain itu, ia juga boleh berfungsi sebagai pelindung daripada penyakit jangkitan kelamin (STI).
#3. Penggunaan IUD
Penggunaan alatan kontraseptif berbentuk T ini adalah khas untuk wanita. Jika kalian sudah tekad dan sedia untuk memasukkan alat ini ke dalam rahim, sila rujuk doktor untuk konsultasi terlebih dahulu.
#4. Pembedahan vasektomi
Ini pula adalah kaedah kontraseptif yang boleh dijalani oleh lelaki di mana saluran air mani akan dipotong atau diikat. Meskipun ia boleh dibalikkan semula, dapatkan nasihat doktor sebelum menjalaninya.
Dalam erti kata yang lain, terdapat banyak kaedah kontraseptif yang suami isteri boleh lakukan untuk mengelakkan kehamilan luar jangkaan.
Pun begitu, seks tanpa penetrasi bukanlah salah satu daripadanya!
Oleh itu, sila amalkan hubungan suami isteri yang sihat dan selamat dalam usaha memastikan perancangan keluarga kalian terjamin.