home

What are your concerns?

close
Inaccurate
Hard to understand
Other

Bayi Dalam Kandungan Songsang? Ini Antara Pilihan Selamat Untuk Ibu

Bayi Dalam Kandungan Songsang? Ini Antara Pilihan Selamat Untuk Ibu

Apa yang akan berlaku jika kedudukan bayi songsang ketika menghampiri tarikh jangkaan bersalin? Bolehkan melahirkan anak secara normal?

Ayuh teruskan membaca perkongsian artikel Hello Doktor ini untuk pemahaman lebih lanjut mengenai kehamilan songsang dan cara mengatasinya.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

Bayi songsang?

Sepanjang tempoh kehamilan, terdapat ruang di dalam rahim yang mencukupi untuk bayi (janin) mengubah kedudukan.

Pada fasa awal mengandung, bayi akan berbaring secara songsang, iaitu kepala di atas dan kaki ke bawah.

Manakala menjelang minggu ke 36 hingga 37 kehamilan, kebanyakan bayi akan berubah posisi menjadikan bahagian kepala ke bawah. Ini adalah kedudukan normal dan paling selamat untuk proses kelahiran.

Pun begitu, dianggarkan 4 daripada 100 kelahiran, yang mana bayi tidak berubah posisi secara semula jadi.

Sebaliknya kedudukan bayi songsang dan perlu dilahirkan secara pembedahan caesarean.

3 kedudukan bayi songsang

Bayi dalam kandungan yang songsang boleh berada pada salah satu kedudukan berikut:

kedudukan bayi songsang
Sumber @ www.bettersafercare.vic.gov.au

Songsang rentang

Dikenali sebagai Frank breech, ia merupakan kedudukan di mana punggung si manja berada pada pintu rahim dan akan keluar terlebih dahulu semasa dilahirkan.

Kaki akan diluruskan di hadapan badan dan telapak kaki berada hampir dengan kepala.

Posisi si manja dalam kandungan yang songsang ini dikatakan situasi paling biasa terjadi.

Kedudukan bayi songsang fleksi

Dikenali dengan nama complete breech – adalah kedudukan di mana punggung berada hampir dengan saluran kelahiran.

Manakala kaki pula dalam keadaan terlipat (bent) pada lutut. Telapak kaki berada dekat dengan punggung.

Songsang footling

Nama lainnya adalah footling breech di mana satu kaki terlipat pada lutut dan sebelah yang lain lurus atau kedua-dua kaki lurus ke bawah.

Jika si manja berada posisi ini, kaki akan keluar terlebih dahulu semasa proses bersalin.

Baca juga:

Punca kedudukan bayi songsang dan tanda

Selalunya tiada sebab jelas mengapa bayi tidak memusingkan kedudukan badannya.

Walau bagaimanapun, dikatakan terdapat faktor-faktor tertentu yang menyebabkan bayi lebih sukar berpusing atau mengubah kedudukan semasa kehamilan.

Ia sekali gus menjadi punca mengapa si manja cenderung kekal pada kedudukan songsang.

Antara faktor-faktor yang mendasari adalah seperti:

Dalam kes yang sangat jarang untuk terjadi, kedudukan songsang boleh menjadi petanda wujudnya permasalahan pada si manja.

kedudukan bayi songsang

Jika ini adalah situasi anda alami, ia boleh dikesan pada sesi imbasan ultrabunyi bayi yang dilakukan pada sekitar minggu ke 20 kehamilan.

Petanda anak berada dalam posisi songsang

Berkemungkinan besar, anda mungkin tidak dapat menentukan sama ada kedudukan bayi songsang atau tidak.

Tetapi jika anda sedang hamil minggu ke 36 atau lebih dan berasakan kepala bayi terangkat pada bahagian perut mahupun tendangan manja daripada si kecil dirasakan di abdomon bawah, lakukan pemeriksaan doktor untuk lebih kepastian.

Diagnosis & rawatan

Semasa pemeriksaan rutin pranatal pada akhir kehamilan, doktor akan menyentuh bahagian perut atas dan bawah.

Mereka juga mungkin akan melakukan imbasan ultrabunyi janin untuk menentukan sama ada si manja berada dalam kedudukan songsang atau tidak.

Rawatan untuk kedudukan bayi songsang

Ada ketikanya doktor boleh bantu mengubah posisi bayi daripada songsang kepada kedudukan normal menggunakan prosedur yang dinamakan versi kefalik luaran (external cephalic version, ECV).

Jika posisi bayi dapat diubah di mana kepala berada di bawah sebelum bersalin, anda berkemungkinan besar boleh meneruskan proses kelahiran secara normal. kedudukan bayi songsang

Tidak dinafikan jika kehamilan songsang ini tidak berjaya diperbetulkan, anda akan berasa kecewa dan bimbang.

Pun begitu, anda harus mengetahui kebanyakan kehamilan melibatkan bayi dengan posisi songsang adalah selamat dan tidak berdepan sebarang masalah selepas dilahirkan.

Pilihan kelahiran selamat jika kedudukan bayi songsang

Dalam kebanyakan kes melibatkan kehamilan bayi songsang, kelahiran czer yang dirancang adalah jalan paling selamat.

Jika bayi dalam kandungan kekal berada dalam posisi songsang ketika menghampiri tarikh jangkaan bersalin (EDD), doktor akan menjadualkan pembedahan caesarean.

Bagi kes melibatkan kehamilan songsang yang jarang berlaku, pembedahan caesar mungkin tidak digalakkan atau sukar dilakukan.

Sebagai contoh, jika proses kelahiran songsang berlaku terlalu cepat, kelahiran secara normal atau faraj, mungkin satu-satunya pilihan selamat.

Bagi kehamilan kembar, di mana seorang anak menghadap ke bawah iaitu posisi normal bersalin, manakala kembar kedua songsang, sebaiknya kedua-duanya dilahirkan melalui faraj.

Tidak kira apa pun kedudukan bayi, ibu yang mengandung harus mengetahui bahawa setiap proses kelahiran adalah unik.

Sekiranya terdapat kebimbangan atau keraguan, lakukan rundingan bersama doktor untuk lebih kepastian, okay?

health-tool-icon

Kalkulator Tarikh Bersalin

Gunakan kalkulator ini untuk menentukan tarikh akhir anda. Walau bagaimanapun, ini hanyalah anggaran semata-mata! Kebanyakan wanita akan melahirkan anak dalam masa seminggu sebelum atau selepas tarikh ini.

Panjang Kitaran

28 hari

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Asyikin Md Isa Disemak pada 29/06/2021
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor