home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Persiapan & Panduan Untuk Menyambut Kelahiran Bayi

Persiapan & Panduan Untuk Menyambut Kelahiran Bayi
Cara menjaga bayi baru lahir: Tahun pertama |Barang bayi baru lahir|Cara menjaga bayi baru lahir: Aktiviti |Kesimpulan

Bagi anda yang pertama kali bergelar mommy daddy, pasti akan ada keterujaan dalam membuat persiapan berkaitan cara menjaga bayi baru lahir, betul tak?

Sesungguhnya tahun pertama kehidupan si manja adalah sesuatu yang menarik dan adakalanya mewujudkan rasa yang bercampur baur.

Banyak perkembangan dan proses tumbesaran bayi yang berlaku dari hari ke hari, minggu ke minggu dan bulan ke bulan.

365 hari mungkin dirasakan sebagai 1 tempoh yang cukup lama, tetapi percayalah dengan kehadiran si manja, ia akan berjalan begitu pantas.

Jadi apakah persiapan dan barang bayi baru lahir yang perlu disediakan sebelum tiba hari kelahiran mereka?

Teruskan membaca perkongsian artikel ini untuk mengetahuinya.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Tahun Pertama Bayi, sila dapatkannya di sini.

Cara menjaga bayi baru lahir: Tahun pertama

Menjaga seorang bayi yang baru dilahirkan sememangnya mencabar. Tetapi oleh kerana si manja sangat bernilai, jadi cabaran tersebut tidak begitu terasa.

Apatah lagi apabila melihat keletah anak saat membesar dan segalanya akan berakhir dengan begitu pantas, maka sedar tak sedar mereka sudah berginjak ke alam dewasa.

Berikut kami kongsikan cara untuk menikmati ikatan istimewa antara anda dan si manja nanti.

Jadikan masa bersama keluarga sebagai keutamaan

Cuba luangkan masa untuk bermain dan membaca dengan si comel anda setiap hari.

Jika mempunyai lebih daripada seorang anak, pastikan anda turut menghabiskan masa bersama anak-anak yang lain.

Sentiasa beritahu anak-anak betapa anda menyayangi mereka.

Dengan kehadiran bayi yang baru lahir, sebaiknya anda lebih mengutamakan untuk memelihara hubungan kekeluargaan.

cara menjaga bayi baru lahir

Cara menjaga bayi baru lahir: Membina rutin tidur

Mencipta rutin tidur akan dapat membantu bayi untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan baharu bersama anda.

Ambil masa untuk mempelajari apa yang boleh membantu bayi anda tidur dengan lebih nyenyak sama ada di siang hari atau waktu malam.

Ini membolehkan si manja dan juga anda serta pasangan untuk mendapat tidur yang mencukupi.

Ambil masa pelajari mengenai bayi

Luangkan masa untuk memerhatikan cara bayi melihat dunia dan bagaimana dia bertindak balas.

Mengenal bayi anda boleh menjadi perkara yang sangat menggembirakan.

Malahan ia akan membantu memahami tingkah laku bayi sehingga anda dapat mengurus keperluan si anak dengan sebaik-baiknya.

Cara menjaga bayi baru lahir: Setiap anak adalah unik

Pastikan anda mengikut keselesaan bayi untuk mengetahui cara terbaik berhibur, bermain dan berkomunikasi dengan si manja.

Walaupun anda mungkin mempunyai pengalaman dengan kelahiran anak lain, percayalah si manja mungkin tidak akan bertindak balas dengan cara yang sama.

Jadi sudah bersedia untuk mengetahui barang bayi baru lahir yang perlu dibeli?

Barang bayi baru lahir

Senarai semak barang bayi baru lahir berikut dapat membantu anda menentukan apa yang perlu disediakan semasa melakukan persiapan untuk menyambut kelahiran si manja.

Persediaan sebelum bayi dilahirkan

Antara barangan yang perlu disediakan adalah:

Penyusuan

Jika anda menyusu badan, mungkin tidak ada barangan yang perlu disediakan.

Pun begitu, sesetengah ibu yang menyusu suka untuk mempunyai barangan seperti:

Penyusuan susu formula:

  • Kain bib
  • Botol susu
  • Storage botol
  • Berus botol dan puting
  • Susu formula
  • Pembawa botol bertebat (Thermal bottle carrier)

cara menjaga bayi baru lahir

Barang bayi baru lahir: Lampin

Sekiranya anda menggunakan lampin kain yang boleh digunakan semula:

  • 1 pek napkin bayi yang boleh digunakan semula
  • Changing mat
  • Krim salap untuk cegah ruam lampin
  • Safety pin
  • Tisu basah pakai buang atau beberapa helai kain lap untuk membersihkan bahagian kemaluan bayi
  • Beg napkin

Sekiranya menggunakan lampin pakai buang:

  • 2 pek lampin pakai buang bersaiz newborn – elakkan membeli terlalu banyak kerana bayi akan cepat membesar
  • Changing mat
  • Krim salap untuk cegah ruam lampin
  • Tisu basah pakai buang atau beberapa helai kain lap untuk membersihkan bahagian kemaluan bayi
  • Beg untuk lampin
Cara menjaga bayi baru lahir: Pakaian
  • 8 pasang baju lengan pendek
  • 6 pasang baju lengan panjang
  • 2 romper
  • 5 pasang sarung tangan dan kaki
  • 10 helai barut
  • 2 topi
  • Sabun pencuci khas untuk mencuci pakaian bayi
  • 4 pakaian khas untuk berjalan-jalan (pilihan)
Waktu mandi
  • Besen mandi
  • Tuala bersama penutup kepala (hooded)
  • Syampu
  • Sabun mandi
Barang bayi baru lahir: Waktu tidur
  • Tilam
  • Bantal bayi
  • Pencahayaan sesuai
  • Selimut material kapas

Jika menggunakan katil bayi, perlu disediakan katil bersama kelambu

Keperluan lain
  • Kerusi bayi
  • Kereta sorong
  • Pengetip kuku
  • Termometer bayi
  • Monitor bayi
  • Ubatan jika demam
  • Playpen
  • Baby carrier
  • Penyakut baju berklip
  • Nursing cover
  • Mainan bayi

Cara menjaga bayi baru lahir: Aktiviti

Apabila bayi semakin membesar, anda mungkin akan tertanya apakah aktiviti lain yang boleh dilakukan bersama.

cara menjaga bayi baru lahir

Umumnya, ketika mencapai usia 8 minggu, mereka akan lebih banyak berjaga. Jadi berikut antara aktiviti yang boleh anda lakukan bersama si manja:

  1. Membawa anak berjalan ke zoo untuk melihat hidupan liar
  2. Berkelah untuk membolehkan bayi menikmati pandangan dan bunyi pantai
  3. Membaca buku bergambar
  4. Berjalan di taman
  5. Memasukkan air ke dalam bekas dan bermain percikan air
  6. Main peek-a-boo
  7. Rangsang deria dengan mainan bertekstur lembut dan squishy
  8. Belajar mengira objek
  9. Tiup belon dan membiarkan anak bermain dengannya
  10. Ajar anak untuk mengenal pasti bahagian tubuh seperti kepala, hidung, tangan dan kaki

Baca juga:

Kesimpulan

Perkara yang dicadangkan di atas adalah untuk membantu anda dalam penjagaan diri, keluarga serta cara menjaga bayi baru lahir.

Ia membolehkan anda memfokus dan menyeimbangkan tenaga dalam menikmati setiap detik masa yang istimewa pada tahun pertama kehidupan si manja.

Ya, tidak dinafikan tempoh ini adalah pengembaraan yang penuh dengan cabaran. Tetapi percayalah, ia berbaloi untuk dilalui.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Disemak pada 7 hari lalu
x