backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Berhati-hati Ya Ibu, 9 Keadaan Ini PUNCA KEGUGURAN Lazim Berlaku Pada Trimester Kedua

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 21/12/2022

    Berhati-hati Ya Ibu, 9 Keadaan Ini PUNCA KEGUGURAN Lazim Berlaku Pada Trimester Kedua

    Kita selalu mendengar mengenai keguguran pada awal kehamilan. Tetapi sebenarnya ibu hamil turut berdepan risiko keguguran pada trimester ke-2. Jom ketahui punca keguguran yang boleh terjadi.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

    Memasuki trimester ke-2

    Keguguran pada trimester kedua adalah kehilangan janin dalam kandungan yang berlaku secara khusus antara minggu ke-13 hingga ke-24 kehamilan.

    Umumnya, purata kehilangan kandungan pada tempoh ini adalah kurang daripada 1%. 

    Selepas tempoh 24 minggu, keguguran yang berlaku akan diklasifikasikan sebagai kelahiran mati (stillbirth) atau kematian bayi (neonatal death).

    Tidak kira bila kehilangan kandungan terjadi, setiap ibu yang mengandung wajar untuk mengetahui punca keguguran tersebut.

    Penyebab gugurnya kandungan pada trimester ke-2 adalah berbeza-beza. Tetapi dalam kebanyakan kes, kehilangan tersebut bukan disebabkan oleh faktor tindakan individu lain.

    Ada kalanya, keguguran yang berlaku tidak dapat dijelaskan puncanya. 

    Punca keguguran trimester ke-2 

    Berikut antara keadaan kesihatan yang boleh menjadi faktor yang menyebabkan keguguran dialami ibu, antaranya:

    1. Keabnormalan kromosom

    Keadaan kecacatan kromosom seperti trisomi, adalah penyebab utama kehilangan kandungan.

    Ujian pranatal yang dilakukan mungkin membuatkan anda menyedari mengenai perkara ini, namun dalam sesetengah kes ia tidak dapat dikesan.

    trimester ke-2

    2. Jangkitan menjadi penyebab keguguran trimester ke-2

    Jangkitan rahim adalah satu lagi punca keguguran.

    Sebarang jangkitan pada rahim yang tidak dirawat atau teruk boleh menyebabkan kehilangan kandungan secara spontan, termasuklah:

  • Vaginosis bakteria
  • Klamidia
  • Gonorrhea
  • Trichomoniasis
  • Vaginitis virus
  • 3. Keadaan kronik tidak terkawal

    Ibu mengandung dengan masalah kesihatan kronik juga boleh meningkatkan risiko keguguran.

    Dalam kebanyakan kes, risikonya semakin meningkat jika penyakit ini tidak dapat dikawal dengan pengambilan ubat-ubatan atau perubahan gaya hidup.

    Sesetengah keadaan kesihatan kronik boleh membawa risiko kehilangan kandungan bergantung kepada tahap keparahannya.

    Contohnya seperti:

    Risikonya boleh jadi lebih tinggi pada wanita yang mempunyai tabiat merokok, masalah obes atau mengalami masalah hormon. 

    4. Kecacatan kongenital

    Kecacatan kelahiran kongenital sering diwarisi tetapi ia juga boleh disebabkan oleh jangkitan semasa kehamilan.

    Keadaan lain yang boleh mengakibatkan kecacatan ini adalah pendedahan ibu hamil terhadap ubat teratogenik (penyebab kecacatan), bahan kimia atau toksin. 

    Kecacatan kelahiran seperti kecacatan jantung atau otak pada bayi dalam kandungan yang sedang membesar menjadikan kehamilan anda tidak dapat dilahirkan. 

    trimester ke-2

    5. Keguguran trimester ke-2 disebabkan masalah plasenta 

    Salah satu masalah melibatkan plasenta ini disebut sebagai gangguan plasenta.

    Dalam keadaan normal, plasenta akan melekat pada dinding rahim dan berperanan untuk membekalkan nutrien kepada bayi melalui tali pusat.

    Jika berlaku gangguan seperti plasenta tertanggal daripada dinding rahim sebelum tiba masa bersalin, ia menghalang proses tumbesaran apabila bayi tidak mendapat nutrien dan oksigen yang diperlukan. 

    Antara gejala gangguan plasenta termasuklah pendarahan faraj, sakit perut, kontraksi rahim, kekejangan dan sakit belakang pada 12 minggu terakhir kehamilan. 

    6. Rahim lemah

    Turut dikenali sebagai ketidakseimbangan rahim, iaitu keadaan di mana rahim lemah. Ia akan mula melebar dan terbuka sekali gus menjadikannya antara punca keguguran berlaku.

    Sesetengah wanita menghadapi keadaan ini setelah proses kelahiran yang mencabar atau pernah menjalani prosedur berkaitan serviks seperti loop electrosurgical excision procedure (LEEP) atau laser ablation.

    Ada juga wanita yang mengalaminya kerana kecacatan rahim kongenital. 

    Antara simptom bagi keadaan ini termasuklah sakit belakang, pendarahan faraj, kekejangan perut, tekanan pelvis dan keputihan.

    Namun, terdapat juga ibu hamil dengan rahim lemah langsung tidak mengalami sebarang gejala.

    Baca juga:

    7. Trombofilia ketika mengandung

    Antara punca kehilangan kehamilan pada trimester ke-2 adalah trombofilia.

    Ia adalah peningkatan risiko pembentukan darah beku dalam saluran darah seperti urat dan arteri.

    Keadaan ini mungkin berpunca daripada masalah kelainan genetik atau sistem imun seperti lupus.

    Ia boleh mengakibatkan masalah berkaitan plasenta dan tali pusat. 

    Antara simptom yang boleh dialami adalah rasa sakit, bengkak pada kaki – biasanya di betis, kulit kemerahan – terutamanya pada bahagian belakang kaki di bawah lutut.

    8. Trauma perut 

    Sebarang trauma seperti kemalangan kenderaan, jatuh atau dipukul pada perut boleh mencederakan anda dan bayi yang sedang membesar.

    Situasi tersebut secara tidak langsung mendatangkan potensi keguguran. 

    Elakkan aktiviti fizikal berimpak tinggi yang boleh menyebabkan anda hilang keseimbangan diri. 

    Jika mempunyai anak lain, sekiranya boleh cuba kurangkan kelakuan lasak mereka apabila bersama anda.

    trimester ke-2

    9. Punca keguguran trimester ke-2 tidak diketahui

    Ada kalanya kehilangan kandungan boleh berlaku tanpa sebab yang jelas. Malah tidak kira berapa banyak doktor menyiasat, tiada punca yang dapat dikenal pasti.

    Mungkin sukar untuk dipercayai, namun keadaan ini terjadi lebih kerap daripada yang disangka.

    Pemeriksaan doktor

    Sekiranya anda pernah mengalami keguguran kandungan pada trimester kedua dan kembali hamil, sebaiknya lakukan pemeriksaan doktor pada tempoh awal kehamilan.

    Ia bertujuan untuk mengetahui sama ada perlu melakukan pemantauan tambahan atau tidak.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 21/12/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan