Apakah yang perlu dilakukan dengan tali pusat bayi?
Selepas tiga minggu kelahiran bayi, tali pusat akan mengering dan akhirnya tertanggal dengan sendirinya. Sangat penting untuk anda mengetahui cara membersihkan tali pusat untuk memastikan anak anda tidak dijangkiti sebarang infeksi. Berikut merupakan 2 perkara penting yang ibu bapa perlu beri perhatian:
- Biarkan tunggul tali pusat tertanggal dengan sendiri: Jangan menariknya kerana perbuatan tersebut akan menyakiti bayi anda. Tali pusat ini akan tertanggal dengan sendirinya pada waktu yang sesuai tanpa anda sedari.
- Bersihkan tunggul tali pusat: Kebanyakan ibu bapa mempunyai idea untuk membersihkan tali pusat dengan menggunakan alkohol demi membasmi bakteria. Walaubagaimanapun, saintis percaya bahawa membersihkan tunggul tali pusat ini dengan air putih sebenarnya akan membuatkannya sembuh lebih awal. Jika tunggul tali pusat anak anda terlalu kotor atau melekit, hanya gunakan kain lembut yang bersih untuk mencuci bahagian tersebut.
Berapakah berat badan yang perlu ditambah ketika kehamilan?
Pertambahan berat badan ketika kehamilan adalah sangat penting untuk memastikan anak anda mendapat nutrien yang secukupnya untuk pertumbuhan mereka. Jumlah berat badan yang perlu ditambah ketika kehamilan bergantung kepada body mass index (BMI) anda sebelum hamil. Berikut merupakan saranan pertambahan berat badan yang sesuai:
- Berat badan ideal (BMI 18.5 hingga 24.9): Anda perlu menambah 10 hingga 15 kg.
- Kurang berat badan (BMI di bawah 18.5): Anda perlu menambah 12 hingga 18 kg.
- Terlebih berat badan (BMI 25.0 hingga 29.9): Anda perlu menambah 6 hingga 10 kg.
- Obesiti (BMI ≥ 30.0): Anda perlu menambah 4 hingga 8 kg.
- Sekiranya hamil anak kembar, anda perlu menambah:
15 hingga 24 kg untuk berat badan ideal
14 hingga 22 kg sekiranya anda terlebih berat
10 hingga 20 kg sekiranya anda obesiti
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen