home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Jangan Dibuat Main Air Ketuban Kurang Dalam Kandungan, Janin Boleh Mati!

Jangan Dibuat Main Air Ketuban Kurang Dalam Kandungan, Janin Boleh Mati!

Di dalam kandungan si ibu, janin akan diliputi dan dilindungi oleh sejenis cecair bernama air ketuban. Namun, akan jadi masalah jika air ketuban kurang atau sedikit.

Untuk pengetahuan anda, kondisi yang hanya berlaku pada sekitar 1% ke 2% kehamilan ini dinamakan sebagai Oligohydramnios dan boleh membahayakan bayi anda.

Persoalannya, apa itu Oligohydramnios dan punca, diagnosis serta kesan ia berlaku kepada si ibu dan janin dalam kandungan?

Jom teruskan membaca artikel ini!

Apa itu Oligohydramnios?

Oligohydramnios adalah satu kondisi air ketuban kurang atau sedikit jumlahnya.

Sesetengah pakar berpendapat bahawa keadaan kesihatan ini mungkin tidak akan mendatangkan kesan negatif kepada bayi dan ibu namun ia bukanlah satu jaminan.

Ini kerana banyak kes telah menunjukkan bahawa kondisi ini mungkin boleh menyebabkan janin dalam kandungan cacat, gugur atau meninggal dunia di dalam perut ibu.

Ia adalah disebabkan air ketuban ini memainkan peranan yang sangat penting di dalam aspek pertumbuhan, perkembangan dan pergerakan bayi.

Jika air ketuban sedikit atau kurang di dalam kandungan, maka mungkin akan berlaku komplikasi kehamilan dan kelahiran kelak nanti. Jadi sila periksa segera ya.

air ketuban kurang

Punca air ketuban kurang

Mungkin ramai orang akan menyangka bahawa penyebab kepada air ketuban sedikit di dalam perut si ibu adalah disebabkan oleh kebocoran dan ini mungkin tepat.

Untuk pengetahuan anda, salah satu punca utama air ketuban kurang dalam kandungan adalah kerana ia bocor dan mengalir keluar melalui lubang faraj si ibu.

Pun begitu, ini jangan pula disalahertikan dengan situasi air ketuban pecah kerana itu pula adalah tanda di mana bayi anda sudah bersedia untuk proses kelahiran.

Selain itu, kehamilan yang memasuki usia minggu ke 20 juga akan jadi punca air ketuban kurang kerana ketika ini air kencing bayi akan keluar lebih banyak.

Namun, air kencing janin juga boleh berkurang lantas menyebabkan cecair di sekitarnya menjadi sedikit disebabkan oleh beberapa faktor risiko termasuklah:

  • Masalah pada buah pinggang bayi – kerosakan pada buah pinggang bayi akan menghalang penghasilan air kencing dan air ketuban
  • Masalah pada pundi kencing bayi – kesumbatan pada pundi kencing bayi akan memerangkap pengeluaran air kencing dan air ketuban
  • Masalah pada fungsi plasenta bayi – ia akan jadi punca bayi terima lebih sedikit air, nutrien dan oksigen dari tali pusat yang bersambung dengan ibunya

Dalam beberapa kes yang melibatkan kehamilan kembar pula, Oligohydramnios mungkin akan menyebabkan Sindrom twin-to-twin transfusion (TTT).

Kesan dari sindrom ini adalah kondisi satu bayi lain akan dikelilingi air ketuban banyak dan satu bayi lagi akan dikelilingi air ketuban kurang.

Diagnosis air ketuban kurang

Seperti mana yang telah kami nyatakan di atas tadi, kondisi air ketuban kurang atau sedikit ini boleh mendatangkan bahaya kepada bayi dalam kandungan si ibu.

Bagi elak mereka berdepan risiko kecacatan, keguguran atau kematian, maka adalah sangat penting untuk keadaan kesihatan ini didiagnosis.

Bagaimana? Jawapannya adalah para doktor perlu melakukan pemeriksaan untuk melihat kondisi janin di dalam kandungan itu melalui ujian ultrabunyi.

Diagnosis air ketuban kurang ini boleh dilakukan pada sekitar minggu ke 20 kehamilan atau lebih awal agar langkah lebih cepat dapat diambil bersama.

Selain itu, kondisi ini juga boleh dikesan melalui pemeriksaan pelvik untuk melihat sama ada terdapat sebarang tanda kebocoran pada lubang faraj.

Lelehan itu pula seterusnya akan diambil untuk dibuat swab test bagi memeriksa bahan kimia dalam air ketuban untuk mengetahui kondisi bayi anda.

air ketuban kurang

Bagaimana mengendalikannya?

Sebelum bayi itu lahir, maka adalah sangat penting untuk anda dan doktor mengumpul segala informasi berkenaan kondisi janin di dalam kandungan itu.

Sekiranya kandungan anda itu positif Oligohydramnios, maka persediaan lebih awal perlu dibuat berdasarkan punca sebenar kenapa air ketuban sedikit berlaku.

Persediaan adalah sangat penting untuk mengelakkan keguguran dan kematian janin meskipun dalam kebanyakan kes kecacatan itu mungkin tidak dapat dielakkan.

Disebabkan itu, jangan culas untuk selalu memeriksa kandungan agar keadaan kesihatan seperti air ketuban ini dapat dikesan dan dielak dengan lebih awal.

health-tool-icon

Kalkulator Tarikh Bersalin

Gunakan kalkulator ini untuk menentukan tarikh akhir anda. Walau bagaimanapun, ini hanyalah anggaran semata-mata! Kebanyakan wanita akan melahirkan anak dalam masa seminggu sebelum atau selepas tarikh ini.

Panjang Kitaran

28 hari

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. https://www.childrensmn.org/services/care-specialties-departments/fetal-medicine/conditions-and-services/oligohydramnios/
  2. https://www.marchofdimes.org/complications/oligohydramnios.aspx
  3. https://www.cedars-sinai.org/health-library/diseases-and-conditions/o/oligohydramnios.html
  4. https://patient.info/doctor/oligohydramnios
  5. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/books/NBK562326/
Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Ahmad Farid Disemak pada 28/06/2021
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
x