backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

3

Tanya Doktor
Simpan

Ini PUNCA Mengapa Janin Tidak Berkembang Dalam Kandungan

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 18/07/2022

    Ini PUNCA Mengapa Janin Tidak Berkembang Dalam Kandungan

    Setiap ibu hamil pastinya berharap bayi yang dikandungkan berkembang dengan baik sehingga lahir ke dunia. Disebabkan itu, penting bagi setiap calon ibu untuk menjalani rutin pemeriksaan kehamilan daripada awal untuk melihat sebarang tanda yang mungkin janin tidak berkembang.

    Ketahui punca dan faktor risiko perkara ini boleh berlaku.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

    Punca janin tidak berkembang

    Janin yang tidak berkembang dimaksudkan sebagai keadaan pertumbuhan janin yang lambat atau tertunda. Dalam dunia perubatan, pertumbuhan janin yang tertunda dikenal dengan istilah IUGR (Intrauterine Growth Restriction).

    Janin dikatakan mengalami IUGR apabila perkembangan janin tidak sepadan dengan usia kehamilan.

    Perkembangan janin yang lambat ini menandakan ukuran janin lebih kecil daripada purata ukuran yang sepatutnya pada usia kehamilan tersebut.

    Contohnya anda sudah hamil 12 minggu, namun perkembangan dan berat janin masih seperti usia di bawah 12 minggu. Sebagai rujukan umum, anda boleh memantau perkembangan janin daripada minggu 1 hingga 40 di laman HelloDoktor.

    Bayi mungkin tidak berkembang dengan baik jika tidak mendapat oksigen dan nutrien yang diperlukan untuk perkembangan sihat.

    Berikut merupakan punca utama janin tidak berkembang:

    Keadaan kesihatan ibu

    janin tidak berkembang

    Janin anda mungkin dikatakan lambat berkembang atau mengalami IUGR apabila anda menghidap penyakit jantung, buah pinggang, paru-paru, masalah pembekuan darah, anemia sel sabit atau diabetes.

    Selain itu, IUGR boleh terjadi pada janin jika anda mengalami preeklampsia sewaktu trimester kedua, hipertensi kronik atau keduanya-duanya sekaligus.

    Masalah plasenta

    Plasenta adalah organ yang berfungsi menghantar nutrien dan oksigen untuk janin dalam kandungan. Jika bentuk plasenta tidak sempurna atau ukurannya terlalu kecil, maka organ ini tidak dapat menjalankan fungsinya dengan baik.

    Keadaan inilah yang menyebabkan janin mengalami IUGR karena mengalami kekurangan nutrien atau oksigen sehingga janin tidak berkembang seperti yang sepatutnya mengikut usia.

    Faktor lain

    • Kehamilan kembar dua atau lebih
    • Pengambilan ubat-ubatan terlarang atau merokok
    • Jangkitan tertentu yang anda alami seperti toksoplasmosis, rubella, sifilis atau cytomegalovirus (CMV)

    Apa akibatnya jika janin tidak berkembang?

    janin tidak berkembang

    Perkembangan janin yang tertunda berisiko mengalami pelbagai masalah tertentu sewaktu kehamilan, proses bersalin dan setelah dilahirkan.

    Umumnya, janin yang tidak berkembang boleh dikenalpasti pada usia satu hingga tiga bulan. Jika dibiarkan saja hingga lebih daripada tiga bulan, keadaan ini boleh menyebabkan keguguran atau bayi meninggal dalam kandungan.

    Pun begitu, dalam beberapa kes, janin yang lambat didiagnosis masih boleh berkembang dan lahir dengan berat badan normal.

    Oleh itu, semua ibu hamil seharusnya diperiksa untuk faktor risiko IUGR. Lebih-lebih lagi jika anda memiliki beberapa keadaan yang disebutkan di atas, anda disarankan untuk segera memaklumkan kepada doktor yang menguruskan kes anda.

    Perhatikan jika anda mengalami sebarang faktor risiko ini sepanjang tempoh kehamilan. Tujuannya agar jika janin ternyata mengalami keadaan IUGR, pakar kesihatan anda dapat campur tangan sesegera mungkin.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 18/07/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan