Mengapa keguguran berlaku?
Kebanyakan masalah keguguran yang berlaku semasa trimester pertama adalah disebabkan oleh kecacatan (abnormality) pada kromosom.
Kromosom yang cacat tidak dapat hidup dengan baik dan berkembang seperti yang sepatutnya, justeru itu menyebabkan keguguran.
Selain itu, keguguran juga boleh disebabkan oleh jangkitan kuman, terdedah kepada persekitaran tempat kerja yang bahaya seperti toksik dan radiasi yang tinggi, masalah hormon, uterus abnormal, cara hidup, penyakit tiroid, kurang nutrisi dan sebagainya.
Risiko keguguran semakin meningkat jika seseorang wanita itu sudah berusia.
Kajian menunjukkan bahawa wanita yang berusia 20-an berisiko mengalami 12-15% masalah keguguran, manakala wanita di usia 40 mempunyai 25% risiko keguguran.
Adakah ibu yang mengalami keguguran perlu berpantang?
Wanita yang mengalami keguguran tidak terkecuali untuk diarahkan berpantang.
Mengikut amalan nenek moyang dahulu, cara berpantang selepas keguguran adalah sama dengan penjagaan ibu selepas bersalin.
Walau bagaimanapun, ramai ibu zaman moden kini kurang mengambil berat akan penjagaan tubuh terutamanya jika mengalami keguguran.
Rata-rata mereka menganggap hanya wanita yang bersalin sahaja perlu menjalani amalan berpantang. Bagi wanita yang gugur, sesetengahnya ingin segera ālekatā semula tanpa perlu āberpuasaā bersama dengan suami.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen