home

What are your concerns?

close
Inaccurate
Hard to understand
Other

Ibu Hamil, Ini 10 Punca Keluar Darah Bagi Setiap Trimester, Bukan Semuanya Sebab Keguguran!

Ibu Hamil, Ini 10 Punca Keluar Darah Bagi Setiap Trimester, Bukan Semuanya Sebab Keguguran!

Adakah bercak darah tanda kehamilan berapa hari yang dialami boleh menjadi petunjuk masalah kesihatan diri? Jom kita fahami lebih lanjut punca keluar darah coklat ketika hamil.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

Keluar darah coklat ketika hamil

Terlihat tompokan atau pendarahan ringan semasa berbadan dua boleh menjadi sesuatu yang membimbangkan. Ia tidak semestinya menandakan ada masalah yang terjadi.

Bahkan, kebanyakan wanita yang mengalami bercak darah tanda kehamilan berapa hari ini dapat menjalani proses kehamilan selamat dan dapat melahirkan bayi yang sihat.

Anda hanya akan menyedari mengenai pendarahan itu apabila menggunakan tandas atau terdapat beberapa titisan darah pada seluar dalam. Ia biasanya sedikit berbanding pendarahan haid.

Pun begitu, terdapat beberapa keadaan apabila berlaku pendarahan lebih berat, yang memerlukan pemeriksaan segera.

Bercak darah tanda kehamilan berapa hari bahaya?

Bercak darah tanda kehamilan beberapa hari hingga 12 minggu pertama mungkin melibatkan keadaan seperti:

bercak darah tanda kehamilan berapa hari

Pendarahan implantasi

Pendarahan implantasi berlaku 6 hingga 12 hari selepas persenyawaan. Ia dianggap sebagai tanda bahawa embrio sudah ‘ditanam’ di dalam dinding rahim.

Namun, tidak semua wanita akan mengalami pendarahan implantasi ini.

Tetapi sekiranya terjadi, bercak darah tanda kehamilan berapa hari ini boleh dianggap sebagai gejala awal mengandung.

Darah yang keluar biasanya berwarna merah muda hingga coklat gelap. Perbezaannya dengan pendarahan haid adalah ia hanyalah merupakan tompokan darah yang sedikit.

Kehamilan ektopik

Turut dikenali sebagai kehamilan luar rahim, ia merupakan keadaan yang memerlukan rawatan segera.

Umumnya kehamilan ini terjadi apabila telur yang disenyawakan melekat di luar rahim.

Sekiranya anda keluar darah coklat ketika hamil bersama gejala berikut, sila lakukan pemeriksaan doktor dengan segera:

  • Rasa sakit menyucuk pada bahagian perut atau pelvis
  • Berasa lemah, pening atau pengsan
  • Mengalami tekanan pada rektum

Baca juga:

Bercak darah tanda keguguran awal

Kebanyakan masalah keguguran berlaku pada 13 minggu pertama kehamilan.

Sekiranya anda hamil dan mengalami pendarahan coklat atau merah muda tanpa kekejangan, berjumpalah dengan doktor.

Apabila keguguran terjadi, wanita yang hamil mungkin akan turut berdepan gejala seperti:

  • Sakit belakang yang ringan hingga teruk
  • Kehilangan berat badan
  • Lendir putih-merah jambu
  • Kekejangan atau kontraksi
  • Keluar tisu bersama gumpalan darah melalui faraj
  • Penurunan gejala kehamilan secara tiba-tiba

Baca juga:

Punca yang tidak diketahui

Walaupun bercak darah tanda kehamilan beberapa hari tidak perlu dibimbangkan, namun ada kalanya ia boleh didasari oleh keadaan yang tidak diketahui puncanya.

Ini kerana pada awal kehamilan, tubuh anda akan mengalami banyak perubahan fizikal.

Bagi sesetengah wanita, perubahan pada serviks boleh mengakibatkan keluar darah coklat ketika hamil. Ada juga yang disebabkan perubahan hormon.

Tompokan darah semasa mengandung juga boleh kelihatan apabila anda aktif secara fizikal atau dalam hubungan seksual.

Jangkitan juga boleh menjadi punca berlakunya bercak darah, maka amat penting untuk anda berbincang dengan doktor sekiranya mengalami pendarahan semasa mengandung.

bercak darah tanda kehamilan berapa hari

Bercak darah trimester kedua

Keluar darah coklat ketika hamil trimester kedua boleh terjadi disebabkan oleh kerengsaan pada serviks, biasanya terjadi selepas hubungan seks atau pemeriksaan serviks.

Ia adalah perkara biasa dan tidak menimbulkan kerisauan.

Manakala polip serviks juga boleh menjadi antara kemungkinan penyebab pendarahan pada trimester kedua. Ia adalah ketumbuhan tidak berbahaya pada serviks.

Sekiranya anda mengalami pendarahan berat pada trimester kedua, ia mungkin tanda kecemasan perubatan seperti:

Previa plasenta

Keadaan di mana sebahagian atau keseluruhan plasenta bayi meliputi pembukaan di serviks ibu.

Ia boleh mengakibatkan pendarahan yang teruk sebelum atau ketika melahirkan anak.

Kelahiran pramatang

Ini adalah ketika badan mula bersiap untuk kelahiran terlalu awal dalam tempoh kehamilan anda.

Kelahiran pramatang boleh terjadi 3 minggu lebih awal berbanding tarikh jangkaan bersalin (EDD).

Keguguran lewat

Merujuk kepada keguguran yang berlaku ketika bayi mati dalam kandungan antara 14 dan 24 minggu kehamilan.

Sama seperti keguguran pada awal kehamilan, wanita yang mengalami keadaan ini mungkin tidak berasakan sebarang simptom.

Namun, terdapat beberapa tanda yang boleh diperhati:

  • Tidak berlaku pergerakan janin
  • Kekejangan atau sakit pada bahagian pinggul dan/atau abdomen
  • Keluar tisu atau gumpalan darah yang tidak dapat dijelaskan daripada faraj

Bercak darah pada trimester ketiga

Wanita mengandung yang berdepan keluar darah coklat ketika hamil trimester ketiga atau kehamilan lewat mungkin kerana hubungan seksual atau pemeriksaan serviks.

Umumnya, ia tidak perlu dibimbangkan. Pendarahan juga boleh terjadi sebagai petanda ‘bloody show’ – akan berlaku proses kelahiran.

bercak darah tanda kehamilan berapa hari

Walau bagaimanapun, jika anda mengalami pendarahan berat pada tempoh kehamilan ini, sebaiknya lakukan pemeriksaan kecemasan.

Ini kerana terdapat risiko pendarahan berlaku disebabkan oleh:

Bercak darah tanda previa plasenta

Keadaan yang boleh menyebabkan pendarahan teruk sebelum atau ketika melahirkan anak.

Uri tercabut (placental abruption)

Berlaku apabila plasenta terpisah daripada dinding dalaman rahim sebelum kelahiran.

Ia boleh menyebabkan bayi kehilangan sumber oksigen dan nutrien, serta berlaku pendarahan berat pada ibu.

Vasa previa

Komplikasi kehamilan yang sangat jarang, tetapi teruk.

Dalam vasa previa, saluran darah antara janin dan plasenta tidak dilindungi oleh tisu plasenta atau tali pusat bayi. Ia melintasi atau berada sangat dekat dengan pembukaan dalaman serviks.

Jika saluran darah ini pecah, ia boleh membahayakan bayi dalam kandungan kerana kehilangan darah.

Sekiranya anda mengalami bercak darah, sebaiknya lakukan pemeriksaan doktor untuk lebih kepastian mengenai puncanya.

health-tool-icon

Kalkulator Tarikh Bersalin

Gunakan kalkulator ini untuk menentukan tarikh akhir anda. Walau bagaimanapun, ini hanyalah anggaran semata-mata! Kebanyakan wanita akan melahirkan anak dalam masa seminggu sebelum atau selepas tarikh ini.

Panjang Kitaran

28 hari

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Asyikin Md Isa Disemak pada 29/07/2021
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor