What are your concerns?

close
Inaccurate
Hard to understand
Other

Risiko Wanita PCOS Hamil, Boleh Membahayakan Bayi? Ada Kesan Juga Pada Jantina Si Manja?

Risiko Wanita PCOS Hamil, Boleh Membahayakan Bayi? Ada Kesan Juga Pada Jantina Si Manja?

Wanita hamil dengan sindrom ovari polisistik dikatakan boleh memberi kesan kepada jantina baby dalam kandungan, adakah ia benar?

Ikuti penjelasan ini untuk mengetahui lebih lanjut.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

Sindrom ovari polisistik mempengaruhi jantina baby?

Sindrom ovari polisistik atau PCOS, adalah keadaan berkaitan hormon pada wanita.

Wanita dengan PCOS sukar untuk hamil dan berisiko tinggi mengalami komplikasi semasa hamil.

PCOS adalah keadaan di mana ovari menghasilkan tahap hormon lelaki (androgen) yang lebih tinggi daripada biasa. Ia boleh mempengaruhi kitaran haid, kesuburan dan penampilan wanita.

Simptom sindrom ovari polisistik merangkumi:

Tetapi adakah benar keadaan ini boleh mempengaruhi jantina baby?

PCOS & ketidaksuburan

Sebelum persoalan sama ada masalah berkaitan hormon pada wanita ini boleh mempengaruhi jantina baby, anda perlu mengetahui bagaimana PCOS menyukarkan peluang anda untuk hamil.

Ini kerana ia mempunyai kaitan dengan tahap hormon lelaki tinggi yang menghalang pembebasan telur (ovulasi).

Pun begitu, anda boleh meningkatkan peluang untuk hamil dengan melakukan perkara seperti:

jantina baby

  • Mengekalkan berat badan yang sihat – penurunan 5-10% berat terbukti dapat meningkatkan peluang hamil
  • Mengamalkan pemakanan sihat
  • Bersenam
  • Memantau ovulasi dan aktiviti seksual sekitar tempoh ovulasi

Sekiranya anda telah melakukan beberapa perubahan dan masih tidak membuahkan hasil, doktor mungkin menyarankan untuk melakukan ujian kesuburan.

Anda juga mungkin akan diberikan preskripsi ubat kesuburan untuk membantu ovulasi.

Jika tidak berkesan, berkemungkinan doktor akan mencadangkan pembedahan untuk membuang sejumlah kecil tisu yang menghasilkan lebihan hormon lelaki pada ovari.

Pilihan lain adalah untuk menjalani prosedur rawatan kesuburan in-vitro (IVF) – peluang persenyawaan yang lebih tinggi.

Pun begitu, ia merupakan pilihan yang memerlukan perbelanjaan tinggi. IVF biasanya dipertimbangkan apabila pilihan sedia ada yang lain tidak berjaya.

Dalam kebanyakan kes, melalui perubahan gaya hidup serta rawatan kesuburan, majoriti wanita dengan sindrom ovari polisistik berjaya hamil.

PCOS & jantina baby

Jadi jika PCOS boleh menjejaskan peluang kehamilan bagi seseorang wanita, mungkinkah ia juga akan mempengaruhi jantina janin dalam kandungan?

Jawapan untuk persoalan anda itu adalah TIDAK.

Sindrom ovari polisistik tidak boleh mempengaruhi jantina baby.

Ini kerana berdasarkan saintifik hanya ada satu perkara yang akan menentukan jantina anak yang dikandungkan, iaitu sperma.

Seorang ibu hanya akan menghasilkan kromosom X untuk janin. Kromosom daripada ovum ini tidak akan menentukan jantina anak dalam kandungan.

Sebaliknya, sperma yang dihasilkan oleh bapa sebahagiannya akan mempunyai kromosom X dan juga kromosom Y.

Jika ovum yang disenyawakan sperma membawa kromosom X, maka jantina anak yang akan lahir adalah perempuan.

Manakala, jika kromosom pembawanya adalah Y, anda akan hamil anak lelaki.

Jadi kesimpulannya, PCOS langsung tidak mempunyai kaitan dalam proses kromosom ini, sekali gus ia tidak bertanggungjawab dengan jantina baby dalam kandungan.

Risiko kepada bayi

Pun begitu, seperkara yang perlu anda fahami, sindrom ovari polisistik ini boleh menjadikan proses kehamilan anda lebih rumit. Ia memerlukan banyak pemantauan untuk anda dan juga kandungan.

Ini kerana ia boleh mendatangkan risiko kepada bayi, termasuklah:

jantina baby

Skor Apgar adalah untuk mengukur keadaan bayi selepas kelahiran.

Ia adalah panduan untuk doktor, jururawat atau bidan sama ada bayi memerlukan rawatan atau pemantauan segera mahupun tidak.

Skor 7 atau lebih adalah normal. Skor 6 atau kurang pada 1 minit dan skor 7 atau lebih pada 5 minit juga normal.

Walau bagaimanapun, skor di bawah 7 dalam ujian kedua pada 5 minit dianggap rendah.

Sekiranya skor bayi anda rendah dalam ujian Apgar pertama dan tidak meningkat pada ujian kedua pada 5 minit, atau terdapat kebimbangan lain, pemantauan bayi akan dilakukan dengan teliti.

Selain itu, disebabkan saiz bayi berkemungkinan lebih besar, maka wanita dengan PCOS cenderung perlu bersalin secara caesarean.

Komplikasi lain juga mungkin timbul semasa proses kelahiran.

Bayi yang dilahirkan oleh ibu yang mengalami PCOS juga mempunyai risiko lebih besar untuk mati sewaktu dilahirkan.

Bayi anda juga berkemungkinan besar perlu dimasukkan ke dalam unit rawatan rapi untuk bayi baru lahir (NICU).

Sekiranya bayi yang dilahirkan perempuan, kajian menunjukkan kemungkinan sehingga 50% si kecil juga akan menghidap PCOS.

Penjagaan diri

PCOS tidak akan memberi kesan kepada jantina baby.

Namun, ibu perlu tahu bahawa terdapat tinggi risiko untuk mengalami komplikasi.

Oleh sebab itu adalah amat penting untuk mengamalkan langkah-langkah yang perlu bagi menjalani kehamilan yang sihat.

Dapatkan rundingan dan perbincangan dengan doktor, amalkan diet pemakanan sihat dan bersenam.

Ia merupakan rejimen yang disyorkan untuk mengawal sindrom ovari polisistik semasa kehamilan.


Jangan bimbang. Ikuti topik hangat dan bertukar cerita dengan bakal ibu yang lain. Sertai Komuniti Kehamilan!

Jangan bimbang. Ikuti topik hangat dan bertukar cerita dengan bakal ibu yang lain. Sertai Komuniti Kehamilan!


Verifying...

Kalkulator Ovulasi

Kalkulator Ovulasi

Memantau kitaran haid, menentukan waktu kesuburan dan lebih membantu anda untuk merancang kehamilan dengan baik.

Kalkulator Ovulasi

Memantau kitaran haid, menentukan waktu kesuburan dan lebih membantu anda untuk merancang kehamilan dengan baik.

Kalkulator Ovulasi

Panjang Kitaran

(hari)

28

Objektif

(hari)

7

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Does PCOS affect pregnancy?. https://www.nichd.nih.gov/health/topics/pcos/more_information/FAQs/pregnancy. Accessed on September 3, 2020.

Palomba, S., Falbo, A., Rocca, M., Albano, A., Condorelli, M., Mazza, R., James, J. H., & Zullo, F. (2011). Sex ratio in the offspring of pregnant women with polycystic ovary syndrome: effect of different phenotypes. Minerva ginecologica, 63(3), 213–218. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/21654606/. Accessed on September 3, 2020.

Nasiri Amiri, F., Ramezani Tehrani, F., Simbar, M., Mohammadpour Thamtan, R. A., & Shiva, N. (2014). Female Gender Scheme is Disturbed by Polycystic Ovary Syndrome: A Qualitative Study From Iran. Iranian Red Crescent medical journal, 16(2), e12423. https://doi.org/10.5812/ircmj.12423. Accessed on September 3, 2020.

PCOS and pregnancy. https://www.pregnancybirthbaby.org.au/pcos-and-pregnancy. Accessed on September 3, 2020.

I have PCOS and I want to have a baby, what do I need to know?. https://www.yourfertility.org.au/i-have-pcos-and-i-want-have-baby-what-do-i-need-know. Accessed on September 3, 2020.

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Asyikin Md Isa Disemak pada 7 hari lalu
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman