Ini bertujuan untuk mengelakkan pencemaran merkuri dan juga bahan pencemar lain yang terdapat dalam ikan berlemak seperti ikan salmon ini.
#5. Telur

Telur mengandungi setiap nutrien yang anda perlukan. Sebiji telur bersaiz besar mengandungi sebanyak 77 kalori, selain lemak dan protein yang berkualiti tinggi.
Selain itu, telur juga mengandungi banyak kandungan vitamin dan mineral. Telur juga adalah sumber terbaik bagi kolin, yang mana ia sangat penting dalam kebanyakan pemprosesan tubuh badan anda termasuklah pembangunan dan kesihatan otak.
Pengambilan kolin yang rendah semasa anda sedang hamil akan meningkatkan risiko kecacatan tiub saraf dan berkemungkinan menyebabkan penurunan fungsi otak janin anda.
#6. Brokoli dan sayuran berdaun
Brokoli dan juga sayuran berdaun seperti kale dan bayam mengandungi banyak kandungan vitamin yang amat diperlukan oleh seorang wanita hamil.
Makanan untuk ibu mengandung ini mengandungi serat, vitamin C, vitamin K, vitamin A, kalsium, zat besi, folat dan juga kalium.
Selain itu, sayur-sayuran jenis ini juga kaya dengan kandungan antioksidan dan juga sebatian tumbuhan yang memberi manfaat terhadap sistem imun dan juga pencernaan.
Disebabkan oleh kandungan serat yang tinggi, sayuran ini juga sangat membantu dalam mengelakkan sembelit.
#7. Daging tanpa lemak
Daging tanpa lemak seperti daging ayam, lembu dan kambing adalah sumber terbaik bagi protein berkualiti tinggi.
Tambahan lagi, daging lembu kaya dengan zat besi, kolin dan juga vitamin B. Zat besi adalah mineral yang sangat penting yang digunakan oleh sel darah merah sebagai sebahagian daripada hemoglobin. Ia amat penting untuk penghantaran oksigen kepada semua sel dalam tubuh badan anda.
Wanita yang sedang hamil amat memerlukan lebih banyak zat besi memandangkan jumlah darah mereka sedang bertambah. Lebih-lebih lagi jika wanita hamil tersebut sedang berada dalam trimester ketiga.
#8. Buah beri

Walaupun buah beri boleh dikategorikan sebagai jenis buah yang mahal harganya, namun sesuailah dengan manfaat yang dimilikinya.
Buah beri mengandungi kandungan air, karbohidrat sihat, vitamin C, serat dan juga antioksidan. Ia sebenarnya mengandungi kandungan vitamin C yang amat tinggi yang membantu tubuh badan anda untuk menyerap zat besi.
Selain itu, vitamin C yang terdapat dalam buah beri juga sangat bermanfaat untuk kesihatan kulit selain untuk fungsi imun tubuh.
Tambahan pula, buah beri mengandungi nilai indeks glisemik yang rendah, yang tidak menyebabkan peningkatan mendadak gula darah tubuh anda. Selain kaya dengan nutrisi dan juga rasa yang enak, ia juga amat rendah kalori.
#9. Bijirin penuh
Berbanding daripada bijirin yang telah diproses, bijirin penuh kaya dengan kandungan serat, vitamin dan juga sebatian tumbuhan. Sebagai contoh, bijirin oat dan juga quinoa mengandungi kandungan protein yang amat penting semasa fasa kehamilan.
Bijirin penuh juga kaya dengan vitamin B, serat dan juga magnesium yang sememangnya sangat diperlukan oleh wanita yang sedang hamil