Antara kawasan yang mungkin akan terjejas adalah:
- Rektum – Lubang dubur mengalami kegatalan, kesakitan serta keluar cecair atau darah
- Mata – Mata menjadi sakit, sensitif dan keluar cecair dari satu atau dua belah sekali gus
- Tekak – Tekak menjadi sakit dan bengkak terutamanya pada nodus limfa
- Sendi – Sendi menjadi sakit dan bengkak terutamanya ketika melakukan pergerakan
Ini adalah antara risiko umum yang akan berlaku sekiranya bakteria ini menjangkiti anda, namun ketahuilah bahawa terdapat perbezaan simptom di antara lelaki dan wanita.
Simptom gonorrhea: Lelaki vs wanita
Sekiranya dijangkiti, individu mungkin akan mengalami simptom gonorrhea seperti berikut yang berbeza mengikut jantina masing-masing:
Simptom gonorrhea buat lelaki
Simptom gonorrhea buat wanita
- Keluar cecair kuning, hijau atau putih dari faraj
- Rasa sakit pada bahagian bawah abdomen atau pelvik
- Rasa sakit ketika membuang air kecil
- Pendarahan berlaku antara haid
- Mata menjadi merah dan gatal
- Vulva membengkak
- Tekak membengkak
- Masalah keputihan

Simptom gonorrhea ini perlu diperhatikan dan diawasi agar anda dan pasangan mampu mendapatkan rawatan segera sekali gus mengelakkan bahaya penyakit ini yang juga berbeza buat lelaki dan wanita.
Bahaya penyakit ini buat kedua-dua jantina
Bagi wanita, jangkitan bakteria ini mungkin boleh bergerak dan merebak sehingga ke kawasan sekitar rahim, tiub fallopian dan ovari lantas menjejaskannya.
Semasa sedang hamil, ia boleh menyebabkan beberapa masalah kepada bayi seperti keradangan pada membran sekeliling otak dan saraf tunjang ataujangkitan mata yang boleh menyebabkan buta.
Selain itu, gonorrhea juga mungkin akan merebak ke rahim dan tiub fallopio sekali gus menyebabkan penyakit radang pelvik yang seterusnya mengakibatkan ketidaksuburan pada wanita.
Bagi lelaki, gonorrhea boleh bergerak dan merebak ke epididimis sekali gus menyebabkankesakitan dan kebengkakan di kawasan buah zakar.
Bukan itu sahaja, bakteria ini mungkin akan menyebabkan tiub testis di mana tempat penghasilan sperma mengalami keradangan lantas mengakibatkan ketidaksuburan buat lelaki.
Buat kedua-dua jantina pula, gonorrhea boleh bergerak dan merebak ke dalam darah atau sendi lantas mungkin meningkatkan risiko menghidapi AIDS yang disebabkan oleh HIV.
Bagaimana mencegah dan mengelak STD?

Bukan sahaja penyakit gonorrhea, anda dan pasangan seharusnya lebih berwaspada terhadap segala jenis penyakit jangkitan kelamin terutamanya jika mempunyai banyak faktor risiko.
Untuk merawat STD yang telahpun menimpa, doktor mungkin akan memberikan antibiotik secara oral atau suntikan dan pasangan anda juga perlu dirawat pada masa yang sama.
Namun,mencegah itu sudah pasti lebih bagus daripada merawat bukan? Jadi, amalkan langkah pencegahan!
Anda dan pasangan sangat disarankan mengikuti beberapa tip di bawah ketika melakukan seks:
Akhir kata, jauhi gonorrhea dan semua jenis penyakit jangkitan kelamin demi kehidupan seks di kamar tidur yang lebih baik!