Komuniti merupakan platform selamat untuk anda berhubung dengan ahli lain, meinggalkan komen megenai topik yang anda pilih dan mendapatkan nasihat perubatan daripada pakar kesihatan kami.
Kalau Nak Buat Umrah Atau Haji, Bila Perlu Ambil Vaksin Meningococcal?
Anda tahu vaksin untuk umrah, iaitu vaksin meningococcal? Vaksin ini tidak asing bagi individu yang ingin melakukan ibadah haji dan umrah bagi tujuan melindungi diri. Walaupun menunaikan ibadah umrah adalah impian ramai umat Islam, namun, aspek kesihatan tidak boleh diabaikan.
Menurut Harian Metro, Kerajaan Arab Saudi telah menjadikan pengambilan vaksin meningokokus meningitis jenis A, C, Y, W135 dikenali sebagai vaksin Meningococcal Meningitis Quadrivalent (ACYW135) sebagai syarat wajib semua bakal haji dan umrah seluruh dunia bermula Mei 2001.
Hal ini disebabkan insiden yang berlaku pada 1987, sebanyak 12.8 kes daripada 100,000 dilaporkan membabitkan epidemik ini, diikuti 53 kes dengan kematian 30.2 peratus pada 1996.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Vaksin, sila dapatkannyadi sini.
Vaksin meningococcal untuk apa sebenarnya ?
Vaksin meningococcal ialahsuntikan yang melindungi tubuh daripada jangkitan bakteria Neisseria meningitidis, iaitu penyebab penyakit meningitis meningokokus.
Penyakit ini boleh menyerang lapisan otak dan saraf tunjang, serta berpotensi menyebabkan komplikasi serius seperti kerosakan otak, kehilangan pendengaran, malah kematian jika tidak dirawat segera.
Jangkitan ini boleh merebak melalui titisan pernafasan seperti batuk, bersin atau sentuhan rapat. Dalam suasana sesak seperti ketika umrah, risiko penyebaran menjadi lebih tinggi.
Keadaan umat Islam di Madinah.
Jadi, vaksin umrah wajib atau tidak ?
Buat pengetahuan anda, semua bakal haji dan umrah diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin COVID-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar. Golongan sasar ini terdiri daripada jemaah yang berumur 50 tahun ke atas atau mempunyai penyakit kronik.
Hal ini kerana, kerajaan Arab Saudi telah mewajibkan semua jemaah umrah dan haji mengambil vaksin meningococcal sebagai syarat kemasukan. Ini disebabkan oleh jutaan jemaah dari seluruh dunia berkumpul di satu tempat dalam tempoh tertentu, sekali gus meningkatkan risiko penularan penyakit berjangkit.
Dengan mengambil vaksin ini, anda bukan sahaja melindungi diri sendiri, tetapi juga membantu mencegah penyebaran penyakit kepada jemaah lain.
Vaksin meningococcal tahan berapa lama ?
Sebelum anda mengetahui vaksin meningococcal umrah tahan berapa lama, anda perlu mengambil vaksin sekurang-kurangnya 14 hari sebelum ke tanah suci. Ini penting kerana tubuh anda memerlukan masa untuk membina imuniti selepas suntikan diberikan.
Buat pengetahuan anda, vaksin ini bertahan selama 5 tahun. Selepas 5 tahun divaksinasi, keberkesanannya semakin menurun pada 56-72%.
Berminat untuk membuat temu janji mendapatkan vaksin? Anda boleh klik di sini.
Dokumen penting selepas vaksinasi
Selepas anda menerima vaksin meningococcal, anda akan diberikan Sijil Vaksinasi Antarabangsa (International Certificate of Vaccination – ICV). Pastikan anda menyimpan sijil ini dengan baik sepanjang perjalanan ke Arab Saudi.
4 Kesan sampingan selepas cucuk vaksin meningococcal
Seperti vaksin lain, vaksin meningococcal juga mungkin menyebabkan kesan sampingan ringan, antaranya:
Namun, kesan ini biasanya bersifat sementara dan akan hilang dalam masa 1 hingga 2 hari. Vaksin ini jarang memberi kesan serius kepada tubuh badan anda.
Ingat, kesihatan juga penting sebelum melakukan ibadah!
Mengambil vaksin meningococcal umrah sebelum menunaikan umrah atau haji bukan sekadar memenuhi syarat, tetapi untuk melindungi diri anda. Usah palsukan dokumen demi kepentingan diri kerana ia akan memberi kesan kepada individu lain.
Ingat, ibadah yang sempurna bermula dengan tubuh yang sihat!
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Bakal haji wajib ambil vaksin Meningococcal. https://berita.rtm.gov.my/nasional/senarai-berita-nasional/senarai-artikel/bakal-haji-wajib-ambil-vaksin-meningococcal-2/
Meningococcal Vaccine for Teens. https://www.hopkinsmedicine.org/health/treatment-tests-and-therapies/meningococcal-vaccine-for-teens. Accessed on April 15, 2026.
Meningococcal Disease. https://adultimmunisation.msidc.my/meningococcal-disease/. Accessed on April 15, 2026.
Meningococcal Vaccination. https://www.cdc.gov/meningococcal/vaccines/index.html. Accessed on April 15, 2026.
Meningococcal vaccine . https://www.health.gov.au/topics/immunisation/vaccines/meningococcal-vaccine#. Accessed on April 15, 2026.
Jangan ambil mudah Vaksin Meningokokus!. https://www.hmetro.com.my/sihat/2019/03/439271/jangan-ambil-mudah-vaksin-meningokokus#google_vignette. Accessed on April 15, 2026.
Versi Terbaru
17/04/2026
Ditulis oleh Norhanan Abdul Latip
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor