backup og meta

Ini Kesan Diabetes Masa Hamil Kepada Bayi Dalam Kandungan, Mak Buyung MESTI Tahu!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 05/07/2022

    Ini Kesan Diabetes Masa Hamil Kepada Bayi Dalam Kandungan, Mak Buyung MESTI Tahu!

    Adakah bahaya kencing manis semasa hamil benar-benar serius? Adakah kesan penyakit diabetes semasa hamil boleh mmpengaruhi bayi dalam kandungan?

    Ikuti jawapannya di bawah ini.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kencing Manis, sila dapatkan di sini.

    Bahaya kencing manis semasa hamil boleh jejaskan ibu dan bayi?

    Ya, mengalami diabetes gestasi atau GDM (gestational diabetes mellitus) adalah satu perkara yang perlu dipantau rapi.

    Ini kerana, diabetes semasa hamil yang tidak diuruskan dengan baik boleh menyebabkan paras gula darah meningkat.

    Apabila paras gula dalam darah meningkat, maka ia boleh menjejaskan ibu yang sedang hamil.

    Bukan itu sahaja, ia juga boleh menjejaskan perkembangan bayi dalam kandungan tersebut.

    Apakah kesan penyakit diabetes atau GDM ini terhadap ibu hamil dan juga bayi yang dikandung?

    Bahaya kencing manis terhadap bayi

    bahaya kencing manis

    Bayi dalam kandungan boleh mengalami beberapa perkara akibat kesan penyakit diabetes yang dialami ibu semasa hamil. Antara kesannya ialah:

    #1. Saiz bayi menjadi besar

    Bayi yang bersaiz besar mungkin comel setelah dilahirkan, namun ia bukan satu perkara yang baik sebelum ia dilahirkan.

    Ini kerana ia akan menyebabkan kesukaran kepada ibu hamil tersebut untuk melahirkannya secara normal.

    Apabila seseorang wanita hamil itu mengalami diabetes gestasi, maka paras gula darahnya pastilah tinggi.

    Paras gula yang tinggi inilah yang boleh menyebabkan bayi dalam kandungan membesar dengan saiz yang lebih besar.

    Bayi dengan berat 4 kilogram ke atas mungkin akan lebih sukar untuk dilahirkan melalui kelahiran normal.

    Maka, ia mungkin akan dilahirkan melalui kaedah Czer.

    #2. Bayi lahir pramatang

    Selain daripada saiz bayi yang besar, kesan penyakit diabetes juga boleh menyebabkan bayi lahir pramatang.

    Apabila gula darah ibu hamil terlalu tinggi, ia boleh menyebabkan seseorang wanita itu berisiko untuk melahirkan bayinya lebih awal.

    Selain daripada kesan penyakit diabetes yang menyebabkan bayi lahir pramatang, si manja juga mungkin perlu dilahirkan lebih awal kerana saiznya yang agak besar dan merisikokan ibu hamil tersebut.

    #3. Kematian bayi sewaktu dilahirkan (stillbirth)

    Kematian bayi sewaktu ia dilahirkan mungkin agak jarang berlaku.

    Namun ia lebih berisiko bagi wanita hamil yang mempunyai diabetes gestasi.

    Bahaya kencing manis semasa hamil boleh menyebabkan kematian bayi sebelum dilahirkan atau selepas dilahirkan. 

    #4. Bayi mengalami jaundis atau penyakit kuning

    Apabila ibu hamil itu mengalami diabetes gestasi, ia juga boleh menyebabkan bayinya mengalami jaundis.

    Kulit dan juga mata bayi akan menjadi kekuningan selain paras gula darah mereka yang terlalu rendah.

    Biasanya, bayi yang mempunyai penyakit kuning ini akan dipantau dengan rapi di hospital. 

    #5. Bayi sukar untuk bernafas

    Bayi pramatang atau lahir lebih awal daripada ibu hamil yang mempunyai diabetes gestasi berisiko untuk mengalami sindrom gangguan pernafasan.

    Apabila sindrom gangguan pernafasan ini berlaku terhadap bayi, maka si manja akan mengalami kesukaran untuk bernafas yang serius. 

    Bahaya kencing manis terhadap ibu hamil

    bahaya kencing manis

    Bagi ibu hamil, anda mungkin berisiko untuk mengalami perkara-perkara berikut:

    #1. Tekanan darah tinggi

    Paras gula darah yang tinggi semasa hamil sememangnya boleh menyebabkan tekanan darah yang tinggi. Ia juga boleh menyebabkan preeklampsia kepada ibu hamil tersebut.

    Preeklampsia adalah komplikasi daripada kehamilan yang boleh menyebabkan tekanan darah tinggi yang mengancam nyawa si ibu.

    #2. Berisiko untuk alami diabetes jenis 2

    Apabila wanita hamil itu pernah mengalami diabetes gestasi, maka dia juga berisiko untuk mendapat diabetes jenis 2 pada masa hadapan.

    Selain itu, si ibu juga berisiko untuk mengalami diabetes gestasi pada kehamilan akan datang. 

    #3. Melahirkan anak melalui Czer

    Paras gula darah yang tinggi boleh menyebabkan bayi dalam kandungan bersaiz besar.

    Sekiranya ia boleh mengancam nyawa ibu hamil untuk melahirkannya secara normal, maka si ibu perlu memilih cara bersalin melalui kaedah Czer.

    [health_tool_article id=”128776″]

    Kesimpulan

    Bahaya kencing manis yang dialami oleh ibu hamil bukan hanya menjejaskan dirinya sendiri, tetapi juga bayi yang dikandungnya.

    Oleh itu, bagi mengurangkan risiko anda untuk mendapat diabetes gestasi, amalkan gaya hidup yang sihat sebelum anda merancang untuk hamil. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 05/07/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan