home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Ini Sebabnya Kenapa Perlu Cuci Rahim Selepas Gugur, Ibu Lepas Keguguran Kena Tahu!

Ini Sebabnya Kenapa Perlu Cuci Rahim Selepas Gugur, Ibu Lepas Keguguran Kena Tahu!

Dilation and curettage atau prosedur D&C adalah kaedah cuci rahim yang perlu dijalani oleh wanita selepas keguguran. Tetapi kenapa ia perlu dilakukan? Dalam artikel ini ada jawapannya.

Memahami prosedur D&C

Dilation and curettage, atau lebih dikenali dengan singkatan prosedur D&C adalah proses untuk membuang tisu dalam rahim.

Dalam bahasa yang lebih mudah, cuci rahim, akan dilakukan doktor dengan melebarkan (dilation) menggunakan alat yang dipanggil curette.

Ini untuk mendiagnosis dan merawat keadaan rahim tertentu seperti pendarahan teruk.

Ia juga dilakukan untuk membersihkan lapisan rahim selepas keguguran atau pengguguran terjadi.

Untuk melakukan prosedur D&C, doktor akan menggunakan alat kecil atau ubat bagi membuka/melebarkan serviks – bahagian bawah dan sempit pada rahim.

Kemudian alat pembedahan kuret (curette) untuk membuang tisu rahim.

prosedur D&C

Mengapa prosedur cuci rahim perlu dilakukan?

Umumnya, prosedur ini dilakukan untuk mendiagnosis atau merawat keadaan rahim.

#Untuk mendiagnosis keadaan rahim

Doktor akan mengesyorkan jenis D&C yang dipanggil persampelan endometrium untuk mendiagnosis keadaan jika:

Bagi melakukan ujian ini, doktor akan mengumpul sampel tisu daripada lapisan rahim (endometrium) dan menghantarnya ke makmal untuk ujian.

Ujian yang dilakukan dapat memeriksa keadaan seperti:

  • Hiperplasia endometrium – keadaan prakanser di mana lapisan rahim menjadi terlalu tebal
  • Polip rahim
  • Kanser rahim
#Untuk merawat keadaan rahim

Semasa melakukan proses cuci rahim, doktor akan membuang seluruh kandungan daripada dalam rahim dan bukannya sekadar tisu sampel kecil.

Ia dilakukan untuk:

  • Mengeluarkan tisu yang tertinggal pada rahim selepas keguguran atau pengguguran bagi mengelakkan jangkitan atau pendarahan berat
  • Menyingkirkan kehamilan molar. Keadaan ini di mana tumor terbentuk di dalam rahim dan bukannya kehamilan normal
  • Merawat pendarahan berlebihan selepas bersalin dengan mengeluarkan plasenta yang masih berada dalam rahim
  • Menyingkirkan polip serviks atau rahim – ia biasanya tidak bersifat kanser (benign)

Doktor mungkin akan melakukan prosedur D&C ini bersama prosedur perubatan lain yang disebut histeroskopi.

Semasa ia dijalankan, doktor akan memasukkan alat halus dengan cahaya dan kamera di hujung ke dalam faraj dan melalui serviks untuk sampai ke rahim.

Doktor akan melihat paparan lapisan rahim pada skrin dan mencatatkan kawasan yang kelihatan tidak normal, memastikan tiada polip dan mengambil sampel tisu jika diperlukan.

Ketika histeroskopi dilakukan, doktor juga akan membuang polip rahim dan tumor fibroid.

proses cuci rahim

Risiko cuci rahim yang perlu diketahui

Selalunya, prosedur D&C adalah selamat dan jarang berlaku komplikasi. Walau bagaimanapun, terdapat risiko yang perlu anda ketahui.

Ini termasuk:

  • Rahim berlubang

Lubang pada rahim (perforation of the uterus) berlaku apabila alat kuret mencucuk lubang pada rahim. Situasi ini lebih kerap terjadi pada wanita yang baru hamil dan telah mengalami menopaus.

Kebanyakan lubang akan sembuh dengan sendiri. Walau bagaimanapun, jika saluran darah atau organ lain terjejas, prosedur kedua mungkin diperlukan untuk memulihkannya.

  • Kerosakan pada serviks

Sekiranya pangkal rahim terkoyak semasa prosedur D&C, doktor boleh memberikan tekanan atau ubat untuk menghentikan pendarahan. Selain itu, luka juga boleh ditutup dengan jahitan (sutures).

  • Parut tisu pada dinding rahim

Umumnya, rawatan D&C jarang sekali untuk menyebabkan pengembangan parut tisu pada rahim.

Biasanya sindrom itu kerpa berlaku apabila prosedur D&C dilakukan selepas keguguran atau kelahiran.

Jika berlaku ia cenderung menyebabkan kitaran haid tidak normal, tidak mengalami pendarahan haid atau kitaran yang menyakitkan.

Di samping itu, wujud risiko keguguran dan kemandulan pada masa akan datang.

  • Jangkitan

Terdapat kemungkinan untuk berlaku jangkitan selepas proses cuci rahim, tetapi ia keadaan yang jarang terjadi.

Anda disarankan untuk berjumpa doktor dengan segera jika selepas rawatan prosedur D&C anda mengalami keadaan seperti:

cuci rahim

Jangkaan selepas D&C

Jika anda berasa letih dan mengalami kekejangan ringan selama satu atau dua hari selepas prosedur, ia adalah situasi normal.

Pendarahan ringan adalah biasa selepas prosedur D&C, jadi anda mungkin mahu memakai pad. Elak daripada menggunakan tampon kerana boleh menyebabkan jangkitan.

Walaupun tidak selesa, anda disarankan untuk bangun dan bergerak secepat mungkin. Ini akan menjadikan otot kuat dan membantu mengelakkan pembekuan darah terbentuk pada kaki.

Anda seharusnya dapat meneruskan sebahagian besar rutin harian 1 atau 2 hari selepas prosedur.

Walau bagaimanapun, doktor akan meminta anda untuk tidak menggunakan tab mandi, meruang faraj, atau melakukan hubungan seks sekurang-kurangnya 3 hari dan mungkin lebih lama lagi.

health-tool-icon

Kalkulator BMI

Guna kalkulator ini untuk mengira Indeks Jisim Badan (BMI) dan semak tahap kesihatan berat badan anda. Anda juga boleh menyemak BMI anak.

Lelaki

Wanita

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Asyikin Md Isa Disemak pada 3 minggu lalu
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman
x